Friday, 13 November 2020

NASI GORENG SARDIN vs TELUR REBUS

 Bila masak sardin, haruslah diikuti Nasi Goreng Sardin bagi menghabiskan sardin. Hari Selasa masak Asam Pedas Sardin  1 pack. Dari 5 pcs sardin tu, hanya seketul berusik. Hanya kuah yang luak. Hari Rabu ulang-ulang panaskan pun, macam dah tak jalan juga sardin tu. Agaknya sudah terlalu kerap masak sardin. Sudah hilang exclusive.. Hihihihi


Seperti biasa, jalan terakhir adalah masak Nasi Goreng Sardin


Nasi Goreng Sardin untuk dinner malam tadi. 

NASI GORENG SARDIN. 


Nasi Goreng Sardin ni saya suka kalau makan dengan telur rebus. Sorang sepinggan nasi goreng sardin.. Tak cukup boleh tambah. Tapi telur tu ada yang kuning & ada yang oren. Yang kuning tu beli kat Hero. Yang egg yolk oren cantik tu beli telurnya kat Speedmart. Saya suka beli telur kat Speedmart sebab telunya nampak oren menarik. Kalau tak, kena la beli telur omega, dapatlah egg yolk yang oren cantik. Nak lagi cantik & sedap guna telur itik. Confirm egg yolk cantik & rasa lebih lemak. Cuma harganya boleh tahan. Sebiji dekat singgit juga harganya. Sebab tu telur masin mahal agaknya.


NASI GORENG SARDIN 
3 cawan beras- tanak nasi
2 tin sardin(saya recycle saedin asam pedas) 
1/2 bawang besar cincang
3 bawang putih cincang
2 sudu cili blend/2 sudu chilly flakes
1 sudu teh garam
1 batang carrot - potong jejari
1 pokok daun sup+ daun bawang
4 sudu minyak

1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih
2. Tambah cili blend dan masak hingga naik minyak
3.Masukkan sardin bersama sosnya dan lenyek2 kasar dengan sudip
4. Tambah garam dan carrot & daun bawang
5. Bila carrot lembut masukkan nasi yang dah dilerai dan kacau rata hingga naik wap. 
6.Jika guna chilly flakes, taburkan atas nasi. 
7. Sesuaikan rasa dan tabur dun sup daun bawang
**sedap makan bersama telur rebus)

Merah menyala tetapi tidak lah sepedas rupanya
Tiada sayur hijau. Hanya tambah daun bawang. Saya suka ubi bebawang ni. Manis kalau dimasak


Mencuba rakam video.Video goreng nasi jer pun.. Selalu Cella yang rakam...Saya pernah cuba tapi kalau saya rakam tidak pernah menjadi. Gelap gelita macam blackout. 
Ni sudah reti sedikit dah diajar anak-anak...Hihihi
Tapi rakam gambar dah ok sikit kata Cella. Kalau tidak sebelum ni tidak pernah syap.. Mesti blur... 
Kadang terfikir, bagaimanalah teknologi 10 tahun akan datang. Tak terkejar saya.... 
Jenis cepat putus asa kalau diajar.. Huhuhu


Warna nasi ni nampak merah menawan kerana saya gunakan  Cili Boh Rindu. Haa namanya gempak. Tapi sepadan dengan hasilnya.. 

Ada kawan jual homemade cili boh ni. Namanya Cili Boh Rindu Kak Rose. Memang sepadan namanya. Warna cantik & halus tiada biji cili langsung. Tidak terlalu pedas sebab beliau menggunakan cili kering biasa + cili kering licin yang besar. Semua kawan-kawan yang beli berpuas hati. Lepas ni memang saya beli sahajalah cili boh ni. Tidak perlu blend lagi dah. Saya bukan rajin nak buang biji sampai bersih & blend sampai halus macam ni. 


8 comments:

  1. Pictures dah Makin upgrade 👍👍👍👍👍teruskan menulis puan yg budiman

    ReplyDelete
  2. Saya pun suka nasi goreng sardin. Tambah cili padi potong, tambah pedas menyengat, tambah sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa. aaa la.. Patut rasa macam ada tertinggal.. Rupanya cili padi
      Saya ada baca 1 poting cikgu pasal Mihun Gorwng Sardin.. Pun nampak sedap.

      Delete
  3. Betullah, dari Cella jadi admin dulu mesti post nasi goreng sardines akan menyusul sehari selepas lain sardines, heheh.

    Sy Tak pnh berbelanja di Speedmart, macam tak reti, nak belajar2 la nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi.. Dah boleh agak yer SK.. Kalau masak sardin, pastu mesti nasi goreng sardin.

      Belanja kat pasaraya lebih midah sebab one stop. Tapi kalau setakat barangan runcit sikit-sikit saya suka beli kat speedmart. Kat tempat tinggal saya ada 2 speedmart tapi saya dua-dua tempat tu serabut & pekerjanya juga kabut & hangin semacam. Saya tal selesa nak memebeli.Mungkin mereka penat sebab sini penduduk pandat, mereka mesti penat. Saya suka beli kat Speedmart dekat tempat kerja, tenang sahaja nak berbelanja.Cutomers pun tifak ramai sebab macam kawasan elit juga situ. Mana dorang nak masuk speedmart sangat.So,rezeki untuk orang-orang macam saya nak membeli dengan aman. Hihihi

      Delete
  4. Replies
    1. Alhamdulillah sedap WP. Kalau makan bersama ulaman ni lagi sedap ni

      Delete