Friday, 20 November 2020

TEH BUNGA ROSE

 Semalam punya semalam untuk kesekian kalinya, saya panic buying lagi sekali. Puncanya tidak dengar berita yang pasti. Hanya baca dari orang kongsi. Katanya mungkin KL akan PKPD memandangkan kes Covid semakin meningkat. Dalam group whatsApp pun ada maklumkan jika PKPD, meeting dibatalkan. Akibatnya tanpa usul periksa,saya panic nak beli barang dapur. Tetapi tidaklah sepanic PKP 1.0 dulu. Saya jadi panic sebab kebanyakan barang dapur kehabisan.Ajak Adah temankan, Cella ada kelas. Habis beli barang, Adah belanja beli lunch untuk semua. Lega sikit tidak perlu masak lunch. Tapi bukan berehat pun, mengerjakan pula siang ikan storage barang dapur. Pastu reward diri sekejap.. Zzzzzzzz.. hihihi

Petang teringin pula nak minum kopi. Tapi pujuk juga hati supaya tidak minum kopi. Gantikan dengan secangkir rose tea ni. 
Sudah lama beli rose ni. Baru beberapa kali sahaja minum. Saya bukan suka rasanya yang kelat-kelat tawar. Tetapi saya lebih suka harum mawar yang lembut. Bila dituangkan air panas, dapat menghidu wap panas dengam aroma lembut bauan rose. Orang kata rose tea ni banyak khasiat. 
Antaranya;
- Awet muda
- Membantu penghadaman
- Melegakan demam
- Melawaskan
-Melegakan  stress

Orang perempuan bila dengar awet muda, terus excited handak minum kan. Tapi dalam banyak-banyak khasiat tu saya rasa melegakan stress tu saya setuju dan kesan segera. Kalau nak kata awet muda, minum  banyak  kali dah pun tidak nampak pun kesan nya. Hihihihi.. Tapi kalau kata mengurangkan stress tu  saya rasa macam ada betulnya & nampak kesan segera kerana  menyedut haruman wap rose tu memang terasa tenang dan ralit.Lagi-lagi kalau minum time hujan sejuk-sejuk. Bolehlah sedut bauan rose ni & berangan berada  ditaman. Saya memang kuat berangan. Baunya lembut tapi tegas. Hihihihi


Sebab teh ni tawar-tawar kelat, 
Kita lawankan dengan Cucur Jawa ni


Minggu ni 2 kali dah buat cucur Jawa. Javanese pun belum tentu buat kot.. hihihi. Itu antara kuih yang mudah nak buat & tak banyak bahan. Hanya tepung beras, tepung gandum, garam, gula & air. Minyak untuk goreng. Mintyak pun dalam 1/2 cawan sahaja, tidaklah seperti pisang goreng yang memerlukan minyak lebih banyak


Cucur Jawa 3 pcs selesai. Rose tea ni jenuh nak habiskan. Lagi sedap dihidu darioada di minum.. Hihiji... Sebab  baunya memang saya sangat suka. Dah lama beli teh ros ni. Rasanya tahun lepas lagi ni. 


9 comments:

  1. Replies
    1. Harum bau rose ni kan....
      Dulu saya pernah baca dalam majalah pelakon Umie Aida mengamalkan makan kelopak bunga ros untuk kecantikan... Majalah tu saya baca zaman Umie Aida pun belum kahwin. Hihihi

      Delete
  2. Rasa tak kena plak rose jadi teh tapi kalu masuk dlm sirap lagi ngan kn.apa pn tepok dada tanya selera

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak cuba masuk dalam sirap takut pula rasa kelat... Tapi boleh cuba juga tu masuk dalam sirap

      Delete
  3. Salaam,
    Saya tak minum kopi.so bila minum rose petal tea..sedap me.rasa rose.extract.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin rose ni juga ada gred. Yang saya beli ni mungkin yang gred rendah. Lebih kepada bau tapi kurang rasa

      Delete
    2. Salaam, atau coffee drinker taste bud too desensitize?

      Delete
  4. Saya pun peminat teh bunga rose. Selalunya renih dengan api perlahan, tambah seketul dua gula batu. Minum tak cukup secawan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh... direnih yer..
      Saya biasa isi dalam cawan & tunag air panas sahaja.. Kena cuba renih pula lah lepas ni..

      Delete