Sunday, 22 November 2020

NASI ALA AYAM PENYET

Semalam sarapan pulut ikan lengat goreng. Kenyang + mengantuk la. Petang lepas asar baru makan nasi. Disebab kalau weekday, sudah biasa makan nasi waktu petang. Ni dalam PKPB  pun dah jadi x sedap nak makan waktu tengahari. 


Masak ala-ala ayam penyet. 
Nasi putih
Ayam goreng panas
Tempe goreng
Sambal penyet
Ulam
Tapi versi simple la sebab ayam hanya digoreng tanpa rebus. 
Masak simple tapi menambah jugak la
Saya memang jenis suka makan kering-kering
Janji pedas. 
Kalau.sup.,sayur bening saya memang kureng sikit untuk makan dengan nasi. Kalau hirup meratah boleh la. Sebab saya jenis tidak menggemari kuah banjir. Kalau makan biskut dengan air kopi pun, saya akan gigit biskut, kemudian hirup air. Saya memang tidak merendam biskut dalam air sebab rasa macam sudah tiada rasa biskut. Lain orang lain selera. Kalau tidak tiadalah kepelbagaian makanan. Hihihihi

Kalau lauk macam ni memang kena makan panas panas. Nasi panas & ayam goreng pun kena makan panas-panas baru feel


Semua kepedasan sampai melelah air mata sebab saya buat sambal guna cili merah Bangladesh yang merah keras tu. Cuma sudah pesan siap-siap kepada Adah sambal tu pedas. Jangan  cari pasal gastrik tu.Ubat jangan lupa. Seingat saya Adah ni sejak kecik memang tidak makan ubat. Demam macamana pun dia memang tidak akan telan ubat. Biar dipicit mulut, dipegang kaki dan tangan untuk paksa makan ubat, memang dia tidak akan telan. Disembur habis. Kalau dia cakap taknak memang dia tidak akan.. Masa umur 5 tahun pernah dia memberontak masuk dalam bilik tidur dikuncinya dari dalam. Puas mengetuk dia tidak mahu buka. Ugut untuk tinggalkan dia sorang dalam rumah pun dia tetap diam dalam bilik. Puas merayu, memujuk nak keluar beli mainan la, nak jalan-jalan la.. dia tetap diam. Sudahlah masa tu duduk kat kuaters tingkat 1 & tingkap memang tiada jeriji. Bila lebih 1 jam memujuk dari luar bilik tidak membuahkan hasil, mula saya panik takut dia panjat tingkap yang tiada jeriji. Akhirnya saya ambil hammer & pecahkan pintu. Pintu kuaters bukanlah kayu solid cuma papan lapis. Tapi memang pecah lah pintu tu. Sekali masuk cari dia tiada. Uish memang kecut perut la. Rupanya dia boleh tidur bawah katil. Kita yang diluar setengah nyawaku hilang risaukan dia.. Dia boleh tidur dengan nyenyak sampai kita pecahkan pintu pun dia boleh tidak sedar.. Aduhai la anak... 
Nak cakap pasal tidak makan ubat, meraban sampai kemana-mana.. Hihihihi. 
Dia cakap dia mula makan ubat setelah masuk uitm. Sebabnya tidak tahan period pain. & sekarang kena makan ubat sebab gastrik.. Sskarang tahu pula dia makan ubat. Hihihi


SAMBAL PENYET
44 biji cili merah Bangladesh
5 bawang putih
5 bawang merah
2 biji tomato merah
1 sudu garam
1 sudu gula
1 sudu pes asam jawa adabi
1 ketul bslacan sebesar limau nipis
4 sudu minyak

1. Panas minyak & goreng cili & bawang-bawang(tutup kuali kerana cili akan meletus) 

2. Goreng pula tomato & belacan(tomato & belacan goreng selepas goreng cili kerana tomato mudah berair) 

3. Blend cili, bawang, tomato, belacan, garam, gula & pes asam jawa. Blend tanpa air kerana tomato akan mengeluarkan jus. Jika blender tidak dapat berputar, baru tambah air  jika perlu

4. Boleh terus hidang. Jika hendak tahan lama masukkan dalam minyak bekas gorengan tadi & masak hingga mendidih & naik minyak


Lebih sedap jika ada ulam pucuk ubi rebus & ulam raja. Tapi sebab tidak ke pasar, hanya ini ulam yang ada. 


Ayam goreng mesti kena panas-panas baru terangkat. Kalau ori ayam penyet, ayamnya direbus dengan bumbu khas & dicelup dalam bancuhan tepung beras. Lagi sedap la dengan kriuk kriuk macam ikan celup tepung kat Pantai Timur tu. Tapi saya kurang kerjinan. Saya hanya goreng 1/2 ekor ayam. Kemudian goreng tempe. 

4 comments:

  1. Mmg kita mak2 ni lebih penting kn anak. Anak ke dua mcm gitu tak blh mkn ubat dimuntah balik dgn semua isi perut.kalu demam Kita tak tido skali. Bab makan pn lebih masak yg anak selera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la tu
      Mak-mak kita pun macam tu jugak kan. Tapi saya akui saya memang tidak boleh menandingi mak sendiri..hihihi

      Delete
  2. boleh lak dia kira sampai 44 tu ya, sambil berzikir tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihihi...
      SK ni memang alert about number.. Mata tajam

      Sebenarnya masa nak buat sambal tu, cerita dengan Cella pasal sambal 3 budak gemuk.. Hihihi

      Delete