Friday, 20 November 2020

BUAT TELUR MASIN GUNA TELUR AYAM


Saya pernah cuba buat telur masin guna telur ayam. Menjadi juga walaupun masih kena R&D lagi ni. Saya buat dengan cara mencelup telur ayam ke dalam cuka makan & kemudian golekkan telur tu dalam garam halus. Bersalut garam tu macam kuih donat. Kemudian simpan dalam balang bertutup. Cuma masa agak lama untuk telur tu masin. Lebih kurang 4 minggu. Kuning telur tu cantik & sedap macam telur masin yang dibeli tu. Tapi saya tidak tahu kenapa putihnya sudah tinggal separuh sahaja. Ruang udara tu jadi besar. 

9 comments:

  1. Ooish kejut kita mula baca entri ni smpi bukak ceminmata betul ke ejaan ni T ke P hahaha.pernah cuba buat telur masin tapi rendam dlm air Haram biasanya tuk stok bulan ramadhan dan pernah jugak tak menjadi mcm kulit telur retak halus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haduihhhhhhh...
      Sambil menaip ni hujan lebat yang amat kat luar. Mata pun dah tak boleh baca keybord.. Hihihi.. Jauh nau maksud kalau tersalah walau 1 huruf kan.sib baik lagi 1 huruf depan tu masih menyelamatkan maksud.. Kalau tidak.... Ish.. Hihihihi

      Delete
  2. # air garam.typing error ni kengkadang bahaya gak takut jadi benda lain

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Betul WP
      Telur itik lagi lemak dan sedap. Ini sekadar mencuba.. Hihi

      Delete
  4. Cantik kejadiannya. Nak tanya, lepas salut dgn garam, simpan dlm peti sejuk atau balang di letak di luar? Terima kasih kongsi cara buat telur ayam masin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Simpan diluar. Tapi elok ditempat tidak banyak cahaya. Contoh dalam kabinet dapur (alas bekas sebab takut garam merosakkan lantai kalau kabinet kayu)
      Tapi dari info saya baca, katanya rendam air garam & peram(biar diluar buka dlam peti ais) lagi elok kejadiannya. Saya pun akan mencuba lepas ni

      Delete
  5. telur masin yang sedap bahagian kuningnya. Kalau kuningnya cantik kejadiannya, memang kena buat lagilah ni kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betulllll..
      Semua nak makan kuningnya sahaja kan..
      Jarang kita dengar orang berebut putihnya... Hihihi

      Delete