PKPB kali ni saya rasa macam banyak pula saya memasak kuih. Macam bulan puasa la la pulak. Kalau hari-hari biasa tidak sempat hendak berminum petang pun. Weekend pun kadang dihabiskan dengan menyediakan bahan masakan untuk seminggu. Nak rebus & bkend cili simpan buat stok. Nak rebus dagjng simpan untuk rencah. Nak iron baju untuk seminggu bagai. Sekian lama juga rasanya sejak Cella sekolah menengah memang baju-baju digosoknya. Saya hanya tahu bangun pagi baju saya sudah siap bergosok. Tetapi 2 bulan dia tiada, saya kena membiasakan diri semula menggosok baju untuk seminggu siap-siap. Kalau tidak alamatnya kelam kabutlah pagi saya.Tapi PKPB kali ni saya banyak mengikut kata hati. Saya menulis blog ni pun sangat menyeronokkan kerana saya dapat ramai kawan baru. Bangun pagi, saya masak lunch sesiap. Sambil membasuh kain, makanan sudah siap. Mengadap kerja (Work From Home) lebih kurang. Petang saya sudah boleh kembali mengait walaupun sudah seminggu baru seluas 3 jengkal. Mata dah rabun.. Hihihi.
Dua hari lepas saya masak Lepat Liat Utara.
Antara kuih kegemaran saya dulu-dulu terutama bulan puasa,emak saya selalu masak Lepat Liat ni. Namanya Lepat Liat kerana dibuat daripada campuran tepung pulut, santan, garam & gula perang. Gula perang ni mak saya panggil gula merah. Saya pernah cuba buat menggunakan gula melaka tapi hasilnya,warna agak pucat & tidak gelap. Rasanya memang sedap. Teksturnya liat kenyal & lemak manisnya hampir menyamai dodol. Lebih sedap lagi dulu-dulu sebab mak saya akan menumbuk beras pulut yang sudah direndam untuk dijadikan tepung. Begitunjuga dengan tepung beras biasa, emak akan menumbuk sendiri. Seminggu sebelum bulan puasa, emak akan sibuk menumbuk bergantang beras & bercupak pulut sebagai stok sepanjang bulan puasa. Seminggu sebelum raya pula, menumbuk pula tepung beras untuk kuih karas, kuih loyang & kuih peniram. Beras pulut pula disangai & ditumbuk untuk membuat Putu Beras (kami memanggil Koi Beras). Juga kacang hijau yang disangai untuk membuat Putu Kacang (kami panggil Koi Kacang)... Ish, simpanlah cerita ni untuk ditulis & dikenang bulan puasa nanti
Lepat Liat... Memang lepat & memang liat. Ada yang meletakkan inti kelapa masin dalamnya. Tetapi sebab sudah biasa makan yang emak buat dulu tanpa inti, maka saya sudah terbiasa Lepat Liat tanpa inti.
Lepat liat ni kalau panas-panas agak lembik macam juga lepat ubi. Tetapi bila sudah dibiarkan sejuk beberapa jam, lebih senang dibuka & bentuknya lebih stabil. Cara buka daun pisang tu adalah seperti monyet buka kulit pisang. Hihihi... Tegakkan kuih & koyakkan daun pisang & tarik kebawah separuh sahaja supaya bahagian bawah yang masih berdaun pisang boleh dipegang untuk mengelakkan lekat ditangan. Memang sedap liat-liat, lemak manis macam dodol.
Tapi hanya saya & Cella sahaja yang makan. Lagi 2 ketul bebudak tu abang & kakaknya tu tak mahunya mereka mencuba kuih-kuih lembik ni.. Sesungguhnya mereka adalah orang yang rugi, kerana kuih ni sedap.. Hihihi. Apapun saya menerima, bukan semua orang sama seleranya.
LEPAT LIAT
2 cawan tepung pulut
1 cawan gula merah( dark brown sugar) masak dengan 1/2 cawan air & tapis
sikit garam
1/2 cawan santan pekat- santan segar
( santan + air gula merah = 1 cawan)
daun pisang
sikit minyak masak- untuk sapu pada daun pisang...
1. Uli tepung pulut,air gula merah ( dark brown sugar) dan garam.
2. Tambah santan pekat sedikit demi sedikit hingga mendapat adunan yang lembut..
( lembik sedikit dari adunan buah melaka)
3. Ambil sekeping daun pisang dan sapu sikit minyak
4. Ceduk adunan 1 sudu besar dan letak atas daun pisang..
5. Bungkus dengan cara menggulung dan lipat kiri dan kanan gulungan kiuh
6. Susun dalam kukusan dan kukus hingga masak ...anggaran 20 minit.
Adunan memang agak lembik kerana jika adunan keras seperti adunan buah melaka, nanti kuih kurang liat. Kalau emak saya, memang ditambah cecair lagi sesudu dua supaya lebih lembik. Lagi lembik adunan, lagi liat & sedap kuih. Cuma, cabarannya masa hendak bungkus. Kalau terlalu lembik, mudah meleleh. Ini tekstur begini sedang elok untuk mudahkan bungkus. Harus diingat, sambil bungkus, pastikan kukusan sudah dipanaskan supaya sebaik siap bungkus semuanya terus dikukus & wap panas akan membantu kuih cepat beku & tidak melelh lagi. Jika dilambatkan mengukus, bimbang adunan meleleh pula nanti.
Ini cara yang emak saya ajar untuk bungkus Lepat Liat. Teknik gulung. Kalau bungkus lepat ubi atau tepung bungkus pula, lain caranya. Bahagian atasnya dilipat. Tetapi buat sahajalah bagaimanapun, asalkan kuih tiadak melelah dan tidak terbuka ketika dikukus. Cuma orang-orang lama, setiap makanan berbeza, cara bungkusnya berbeza. Contoh nasi lemak lain cara bungkusnya, tapai lain cara bungkusnya, ikan bakar, pais juga lain cara bungkusnya.
Salaam
ReplyDeleteSuma kuih ni.dulu mak rajin buat.
Lepat..
Kemas Aja segala balutan daun Pisang Yang siap dilayur atas API.
Begitu juga bungkusan botok botok, pais ikan,nasi lemak etc.
😁😁😁
Dolu-dolu, mak-mak memang pandai masak & kreatif menggunakan sumber alam kan.. Daun pisang, daun kunyit, daun palas, daun kelapa digunakan untuk bungkus makanan yang berbeza. Aroma pun berbeza kan
DeleteWah! Hari ini paparan kita sama, berasaskan ubi. Nostalgia sungguh bila cerita tentang ubi kayu. Memang mak mak kita kreatif sungguh buat macan-macam kuih dari ubi kayu. Anak-anak zaman sekarang tak sama selera dengan kita.
ReplyDeleteCikgu.. Ini bukan ubi🤭
DeleteIni lepat liat daripada tepung pulut.. Hehehe
kalau kat sini lepat tu biasanya diperbuat daripada ubi kayu
ReplyDeleteKat tempat saya ada juga Lepat Ubi Kayu tu WP.Cuma Lepat Liat ni lebih popular di bulan puasa
DeleteLepat nagasari WP dlm letak pisang raja masak di pokok. Terbaik la puan masih lagi masak menu tradisi yg jarang jumpa sekarang ni
ReplyDeleteWaaaa... Lepat nagasari. Pernah cuba buat tapi saya main belasah sahaja guna pisang rastali. Bila dikukus memang lunyai la pisang tu. Rupanya bukan sebarang pisang yer boleh guna.
DeleteSy memang tak ada kerajinan buat kuih bungkus membungkus ni, tapi makan saya suka
ReplyDeleteDalam masyarakat kena ada orag macam SK untuk membantu orang yang berniaga...Banyak jasa orang-orang macam SK ni tau,menggerakkan ekonomi & pengaliran tunai..(aura baru lepas ajet 2021 kan)hehehe
DeleteSave dulu resepi nie
ReplyDelete