Monday, 16 November 2020

REZEKI NASI DAGANG vs AKOK

Dinner malam tadi. Nasi Dagang & Kuih Akok. Rezeki dari pemberian. Nampak Nasi Dagang & Kuih Akok dah boleh agak la kan makanan dari Kelantan. Memang yang memberi pun orang Kelantan. Alhamdulillah. 

4 pack Nasi Dagang & 8 pcs Kuih Akok. Elok-eloklah dapat sorang sebungkus nasi & 2 keping kuih akok. 
Dapatnya waktu petang. Tapi sebab semalam masih kekenyangan, maka dibawa ke malam. 


Selalu Kuih Akok hanya dapat pada bulan puasa. Itupun nasib lah kadang dapat yang sedap kaya dengan rasa telur dan santan. Kadang dapat yang kaya dengan rasa tepung dan gula. Hihihi.. Saya memang pernah cuba buat menggunakan acuan baulu. Tetapi cukup sekali itu sahaja. Hihihi. Ada yang cakap lagi mudah buat guna tray muffin d bakar dalam oven. Ada yang buat guna sandwich maker. Tapi saya belum ada kerajinan. Dapat makan kuih akok tanpa perlu buat sendiri satu kesyukuran untuk saya.. Hihihi




Nasi Dagang Putih. Ya, saya lagi suka nasi dagang putih. Tapi kalau beri nasi dagang merah pun saya makan. Cuma kalau masak sendiri saya suka masak nasi dagang putih sebab lebih mudah dan cepat. Nasi Dagang Merah banyak songeh sebab beras merahnya keras. Kukus sekejap akan mentah. Kalau salah teknik berasnya pecah kembang, kurang sedap. Tapi nasi dagang merah unik la berasnya berbatik merah. Saya pernah juga masak Nasi Dagang Merah untuk jamuan Raya Haji. Walaupun kami orang utara tapi lidah kami taste friendly. Hihihi. Lontong Johor, Sambal Goreng  Jawa Selangor, Laksam Kelantan , Nasi dagang Trengganu, Sambal Tempoyak Perak, Gulai Patin Pahang, Laksa Perlis, Pasemboq Penang, Rondang Maman Nismiland, Asam Pedas Melaka, Mihun Singapore, Mee Kolok Sarawak & Latok Sabah.. semua masuk. 

Set Nasi Dagang Kelantan. 
Nasi Dagang
Gulai Ikan Aya
Acar Mentah
Serondeng Kelapa
Sambal Cuka.. 

Maknanya selama ini saya buat tak lengkap la. Saya biasa buat nasi dagang makan dengan gulai ikan aya, telur rebus & acar mentah sahaja.. Kena belajar lagi la ni


Kuih Akok ni pun sedap

4 bungkus nasi dagang & 1 yang tiada getah ikat tu kuih akok. Katanya kenduri cukur rambut. Norma baharu sekarang tidak memungkinkan untuk buat kenduri untuk elakkan kumpul beramai. Ramai yang menyesuaikan dengan keadaan. Kenduri hanya packing makanan & hantar rumah ke rumah. Yang berkahwin pun hanya buat yang wajib. Tiada lagi kenduri besar seperti 2019 & kebawah. Masuk 2020 perubahan drastik angkara virus yang tidak kelihatan. Saya selalu terfikir adakah akan datang kita akan beransur mengundur ke belakang dan kembali kepada kehidupan di masa lalu. Kembali bertani, bermasyarakat & hidup serba sederhana & teknologi seadanya sahaja? 
Kembali kepada kenduri sederhana tetapi saling bergotong royong kerana teknologi dan gajet semua kian hilang. Anak-anak zaman 2050 akan kembali bermain lumpur, main gasing, main pondok-pondok, main senapang kayu & main tuju tin. Ibu ayah mereka juga kebanyakan berkebun kerana dibandar sudah tidak menjanjikan pekerjaan yang banyak seperti era awal 2000's lagi.
Ish...jauh la pula saya.... 

18 comments:

  1. Aslmkm Alhamdulillah Allah beri murah rezeki pada kita semua yang Jeni's semua masuk ni. Tak pernah jumpa nasi dagang ngan serunding
    kelapa.ye la kalu boleh balik ke zaman dulu hidup sederhana nak makan bercucuk tanam keliling rumah. Rindunya zaman kecik Kita kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Untung tekak dapat merasa semua makanan. Yang siksa perut la kena memproses tanpa henti. Saya pun ingat kelapa ni untuk nasi kerabu sahaja.

      Bayangkan kalau kembali ke zaman dulu. Mas tu budak-budak yang baru sedang membesar sekarang yg nama mereka panjang2 berbelit ni dah jadi atuk & nenek.Bila tanya siapa nama nenek kau.. Dijawabnya.. Qaseh Lailatul Issabella Quayyim.....cucunya nama Ali bin Abu... Kikkiki

      Delete
    2. Ois dah meraban jauh ni hahaha .memang trend nama anak zaman ni panjang kemain smpi Kita takut silap sebut

      Delete
    3. 🤣🤣Saya memang suka meraban... 😆😆

      Delete
  2. Alaa sedapnyaaa... suka nasinya dan gulainya nasi dagang tu.. kalau buat sendiri takut tak menjadi pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa.. Baca blog Lin selalu ke Ganu tu, makan sahaja di sana.. Lagi puas dah tentu-tentu orang yag pakar buat.Badan tidak penat, dapur tidak kecah... Hihihi

      Delete
  3. Apa yg Mak Cella fikir tentang pengunduran tamadun tu, sy pun ada terfikir, lagilah masa pkp lepas semua capaian internet meredum, jadi rasa mcm akan kembali ke zaman lampau

    ReplyDelete
    Replies
    1. SK..
      Masa PKP 1 saya ada tonton 1 program agama ni kat TV3.. Tak ingat apa nama.. Waktu pagi.. Perbincangan tentang dunia sebelum kiamat(sesekali insaf jap) hihihi..
      Katanya itu sebab Rasulullah suruh belajar memanah, berkuda bagai kerana akan tiba zamannya sebelum kiamat...ketika imam Mahdi turun nanti,akan datang tentera-tentera berkuda membawa panjigpanji dari arah timur membantu menentang Dajjal...
      Banyaklah detail dari kitab yang dihuraikan. Saya share la kat group kawan-kawan ajak tengok program tu . Sekali ada sorang ahli (dipanggil ustazah plk tu) sound kat saya cakap saya berdosa menakutkan orang dimusim PKP..Aduhhh,saya tengok tu kt TV3 program yg disahkan, bukan saya kutip kat kedai kopi.. Tapi apapun, semoga kita semua dimatikan dalam hasnul khotimah..

      Delete
  4. Betul la kengkadang takut nak share benda ilmiah nnti ada yg salah faham. Lebih baik kita meraban kisah dahulu kala mandi dlm parit hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Saya suka gak meraban cerita kenangan dulu-dulu kat kampung zaman-zaman sebaya dorang ni... Tapi tu la cerita kita tak sama ngan dorang.. Selalu ank bongsu la jd mangsa kena dengar... Ikut jerlah radio dalam kereta pun Radio Klasik ja sampai banyak penyanyi & lagu-lagu lama dia hafal.Nasib la.. Hihihi

      Delete
  5. 2050? Tamadun manusia ada tahapnya, ada perubahannya. Sama ada meningkat atau menurun, itulah namanya perubahan. Tidak mustahil manusia akan kembali hidup seperti zaman yang telah ditinggalkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagaimanalah kehidupan masa depan kan cikgu...
      Kehidupan alam selepas kwmatian, selepas kiamat..
      Mula la terfikir lagi jauh yang tidak tercapai pemikiran.. Hanya Allah yang tahu

      Delete
  6. Salaam,
    Kat negara barat Banyak dah orang bangsa kulit putih berpindah keluar Bandar. Buat farming self sufficiency living. Back to old style of living.
    Apparently kat UK and USA Banyak berbuat demikian.
    Sebelum virus ramai berbuat demikian. Dan mereka Dari golongan umur 30an ke atas.
    Beli tanah, but rumah sendiri, Bina solar system, air off grid. Tapi Masih rely on minyak la untuk generator.
    Hari ahad mereka pergi ke gereja.

    YG kerja mubaligh kat negara jiran kita bertahun tahun, balik negeri. Buat rumah sendiri beli tanah, etc.

    Duduk di.kawasan terpencil.ramai la Yang buat video.

    Semua senarai makanan Tu saya suka.tapi except laksa Sarawak.. rempah nya kuat semacam. Pernah Cuba. Maybe kena Cuba lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kat barat kampung dorang macam best sangat kan.Kampung mereka nampak bersih & kemas.
      Masa sekolah rendah saya selalu berangan nak tinggal kat New Zealand atau Australia. Sebab masa tu ada buki Ilmu Alam pasal penternakan di sana. Rasa best sangat

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Kalau kawasan kampung established okla.kalau Yang duduk betul betul ulu bila snow Dan banjir serta hujan lebat berlumpur gak.especially terpencil ..jalan takde tar. Jenuh... Dirt road selorong sempit.

      Grass always looks greener on other's field.

      Delete
  7. Teringat masa duduk tengganu dulu.
    Suka sangat sarapan nasik dagang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang di sana nasi dagang famous sebagai sarapan pagi kan.. Anak saya yang belajar di sana pun cakap kalau pagi hanya nasi dagang, jarang jumpa nasi lemak

      Delete