Wednesday, 11 November 2020

MENGIDAM NASI LEMAK BUNGKUS RESTORAN MAMAK

 Tidak semena-mena saya begitu teringin hendak makan Nasi Lemak Bungkus Restoran Mamak. Padahal sudah bertahun saya sudah tidak lagi makan di restoran mamak. Dulu zaman muda-mudi saya makan sahaja di restoran mamak. Cuma sejak beberapa tahun kebelakangan ini sejajar dengan meningkatnya umur, entah kenapa saya tidak mahu lagi makan direstoran mamak.Padahal dolu-dolu makan sahaja tanpa banyak soal. Betul lah kata emak saya, semakin berumur, kita semakin berubah. Cuma beberapa minggu yang lepas saya teringin nak makan tosei yang sudah bertahun saya tidak makan. Punca rasa teringin tu sebab terjumpa sebuah restoran ala mamak yang baharu dibuka  di BTR berdepan pasar pagi. Tapi bukan mamak, hanya makanannya ala mamak. Ada tosei, capati & makanan panas seperti meee goreng, mihun goreng & lain-lain yang hanya boleh dipesan panas-panas.Setiap meja ada sepinggan  yang mengandungi nasi lemak bungkus. Saya langsung tidak teringin pun kerana tekak hendak makan tosei. Bukan senang nak cari tosei yang bukan dibuat oleh mamak. Sudah ketemu, pastinya saya ingin memenuhi selera untuk makan tosei. 

Sepanjang menjamah tosei, saya perhatikan kebanyakan pelanggan yang masuk akan mengambil nasi lemak bungkus & makan dengan seleranya. Baunya juga sangat menggamit selera. Mulanya saya bercadang untuk tapaw sahaja nasi lemak bungus itu, malangnya ketika selesai makan, hanya nampak ada 3 bungkus sahaja lagi di atas salah sebuah meja. Belum sempat hendak bangun, masuk seorang pelanggan terus grab ketiga-tiga bungkus nasi lemak tersebut masuk ke dalam plastik. Nasib baik sudah kekenyangan tosei. Minggu berikutnya  ketika saya ajak Adah seklai lagi ke situ. Hajat kali ini he dak makan nasi lemak bungkus tersebut. Tetapi sebaik sahaja pekerjanya bertanyakan order, laju pula mulut saya memnta tosei & teh tarik. Aduhhhh.... Tetapi selepas makan tosei, saya makan juga sebungkus nasi lemak bungkus tu. Memang sedap tetapi saya berkongsi dengan adah sebab sudah kenyang tosei. Minggu lepas, tiba-tiba nasi lemak bungkus itu kembali terbayang dalam ingatan. Ketika itu sudah PKPB. Memang boleh sahaja ajak Adah ke sana, tetapi kalau saya ajak Adah, maunya Cella merajuk bawa bungkus kain baju balik ke Trengganu. Nak pergi semua, macam sayang pula duit RM1k wooo.... Buatnya kena tahan polis, naik kereta bertiga, dengan alasan nak gi makan kat mamak, memang mengundang saman la ceritanya. 



Makanya saya masak Nasi Lemak Bungkus & letak dalam pinggan & letak atas meja macam kat mamak tu. Hahahaha. Nasi Lemak biasa sahaja. Hanya sambal bilis, kacang & bilis goreng & telur rebus. 



Cuma nasi lemak tu saya buat versi kukus. 
Supaya nasi berderai. Saya juga letak bawang hiris, halia, halba & pandan. Harum baunya. Anak-anak cakap dah macam bau nasi dagang la pula. Haaa, kata Cella kat Ganu susah nak nak cari nasi lemak time breakfast. Yang ada hanya banyak nasi dagang. Kalau nak makan nasi lemak kata Cella banyak dijual waktu malam. Eloklah tu, memang nasi lemak ni saya masak untuk makan malam pun. 

NASI LEMAK KUKUS
4 cawan beras
2 cawan santan pekat + 3 cawan air
2 helai pandan
5 hiris halia
1 sudu teh halba
1 sudu garam
1 sudu gula

1. Bersihkan beras & masukkan dalam kuali
2. Masukkan santan+air, garam, gula, halia & halba
3. Masak atas dapur hingga mendidih & santannya kering.Sementara tu jerang air dalam periuk kukus.
4. Pindahkan nasi 1/2 masak tadi kedalam kukusan yang dialas kain jarang
5. Kukus hingga nasi masak sepenuhnya
6. Nasi boleh ulang-ulang dipanaskan tanpa berkerak bila hendak makan


SAMBAL BILIS

2 cawan ikan bilis
1 asam keping
1 sudu teh garam
1/2 keping gula melaka
1/4 cawan minyak

Bahan blend:
2 genggam cili kering
(gunting, buang biji & rebus)
1 bawang besar

1. Panaskan minyak dalam kuali & goreng ikan bilis.
2. Tanpa mengangkat bilis yg sedang  digoreng, terus masukkan  cili yang dah blend dengan bawang besar.Biar mendidih bersama bilis goreng supaya sambal lebih sedap.
3. Bila sudah naik minyak,masukkan asam keping,garam & sedikit gula melaka.
4. Kacau sesekali sampai kering dan minyak naik dipermukaan sambal. sesuaikan rasa

Penuhkan nasi dalam mangkuk kecil & tekan sedikit supaya terbentuk kemas


Isi sambal tumis, bilis goreng & kacang goreng

Kerana ada yang tidak makan kacang goreng, maka kacang tidak dimasukkan dalam bungkusan. Siapa yang mahu kacang bilis ini, sendiri tambah. Saya la yang paling suka kacang & bilis goreng. Heee


2 cara lipatan bungkus nasi lemak. Bentuk kon & bentuk macam kuih koci

Bungkusan saya.Telur rebua sebiji. Sambal & kacang bilis goreng banyak-banyak
Saya makan dengam penuh feeling. Sedap sangat pada tekak saya dengan telur yang 3/4 masak tu saya rasa puas makan nasi lemak ni. Wlok-elok lepas makan, emak saya call. Emak tanya sudah makan ke belum. Saya cakap la baru sudah makan nasi lemak. 2kali emak saya tanya untuk kepastian. Bila saya iakan memang kami makan nasi lemak, panjang pula emak berceramah. Maklumlah dalam 2 minggu, 2 kali saya masak nasi lemak untuk makan malam + sekali pulut lemak sambal bilis.. Hihihihi... Kata mak saya,  tak elok makan nasi lemak dah malam nanti susah nak hadam. Tak bagus selalu makan nasi lemak bila dah berumur. Macam-macam lagi la.. Saya mmm....mmmm kan jerlah. Makan tetap saya akan makan lagi nasi lemak ni, tapi tidak lah saya melawan cakap emak. Emak saya memang badannya fit, kecil  molek & sihat walaupun sudah berumut 73 tahun. Kalau dibandingkan stamina emak saya dengan saya yang 40-an ni memang jauh ketinggalan la saya...Langkah emak saya pun 4 kali lebih laju dari saya... Hihihi


8 comments:

  1. Beruntung puan masih ada mak.tengok post nasi lemak teringin la pulak mmg dah lama tak mkn air tangan sendiri siap tambah kangkung celur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah mak saya masih sihat.
      Dalam PKPB ni masak apapun rasa sedap sebab kita boleh makan tanpa kelam kabut. Hihihi

      Delete
  2. Hari tu kan, masa sy pergi Cameron, sy nampak ada makcik tu sebiji macam maknya Mak Cella, Cella kan selalu masukkan gambar toknya dalam blog ni, tapi tak tahulah betul ke tok cella tu sebab ahli yg lain sy tak brp kenal & setahu sy kalau tok berjalan mesti ada Achik nya, achik pun sy tak brp ingat wajahnya, heheh...

    Nasi lemak waktu malam harganya dua kali mahal dari harga sarapan pagi, kan. Teringin pulak nak rasa nasi lemak Mak Cella ni, hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, bila tu SK
      Kali terakhir ke CH tahun lepas bulan Disember lepas balik Pangkor lepas Cella SPM tu.

      Kalau selepas itu setahu saya tiada ke sana. Tapi tidak tahulah kot mak & achik gi senyap-senyap tidak bagitahu...hihihihi..kantoi mereka

      Delete
  3. Telur rebus tu...adeehhh sedapnya stail rebus masih meleleh kuningnya tu. Kena makan dua biji ni kalau begini. Moga, terubat rasa mengidam nak makan nasi lemak bungkus restoran mamak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, kita geng suka twlur kuning tu yang tak keras.
      Tapi dalam rumah ni ada pula yang tidak makan kuning telur.. Hihihihi..
      TQ cikgu

      Delete
  4. Tak pernah makan nasi lemak kat kedai mamak... Makan tosei ngan roti canai jew

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dulu-dulu makan... Cuma dah tua-tua ni jadi xnak makan pula. Yang hari tu saya terliur nak sebab bukan mamak tapi restoran tu menunya macam kat mamak.. Padahal entah-entah yang letak nasi lemak kat restoran tu memang mamak pun.. Hahaha

      Delete