Wednesday, 11 November 2020

DAGING MASAK KICAP PEDAS

Daging Masak Kicap Pedas. Nak masak kari dah selalu sangat. Nak masak sup, rasa kosong sangat. Plan buat masak kicap. Tapi lidah orang-orang dalam rumah ni dah tebal. Kalau tak pedas macam sunyi sepi  je lauknya. Nak kena ada pedas jugak. So, gabungkan masak kicap dengan sambal, jadilah Daging Masak Kicap Pedas


Sejak dua menjak ni macam banyak pula makan daging. Sebenarnya saya semakin malas. Malas nak gi pasar beli ayam. Malas nak siang ikan. Jadi, banyak beli daging. Tidak payah nak siang.. Hihihi.. Balik basuh, rebus sebuku-sebuku tu. Bahagikan beberapa bahagian & bekukan. Tapi jangan lupa isikan sekali air rebusannya supaya daging tidak kering. Jadi, nak masak pun jadi lebih cepat. Nak masak mee ke, sup, kari, kicap, sambal bagai. Kalau masak rendang pun saya akan rebus dulu daging tu barulah hiris & masak. Pada pandangan saya yang tidak begitu rajin ni, kerja menghiris daging lebih mudah.Biasa ada stok dading rebus frozen. Kalau tiba-tiba ada tetamu ke datang, leburkan je daging tu nak masak lauk ke atau nak jadikan rencah goreng mee bagai. Tapi kalau mak saya tengok sudah semestinyalah beliau tidak akan setuju dengan cara saya. Tapi sejak mak dah tidak boleh makan daging, memang saya banyak melanggar peraturan mak berkaitan dengam daging. Kalau emak saya, masak kari daging, tidak akan dicampur organ-organ lain. Tapi saya belasah sahaja, sebab tahu mak tidak makan lagi makanan berasaskan daging dah hampir 10 tahun  sejak hempedunya dibuang kerana batu karang. Emak saya tahan pantang. Mee kuning, nasi goreng, sebarang jenis daging mak sudah tidak makan kecuali ayam, ikan & seafood. Kalau saya, memang pantang, pantang nampak nak makan. Hihihi


Masak Kicap Pedas ni selalu jumpa kat kedai-kedai makan sama ada masak kicap pedas daging, ayam atau ikan. Selalu saya masak ayam sahaja. Sebab biasanya kalau daging saya suka masak rendang. Tapi mungkin sebab dah selalu sangat masak rendang daging, sesekali ubah la selera masak kicap sahaja. 


DAGING MASAK KICAP PEDAS

1/2 kg daging - rebus & hiris nipis
3 biji kentang- potong wedges + goreng
1 bawang besar-hiris
1 biji tomato - belah 6
1 cili merah hiris
1 sudu teh garam
1/2 biji limau purut-ambil jus
1/2 cawan kicap manis
4 sudu minyak
Daun bawang

Bahan Blend:
10 cili kering
1/2 bawang besar
3 bawang putih
1 ruas halia
1/2 sudu lada hitam

1. Panaskan minyak & tumis bahan blend hingga naik minyak
2. Masukkan daging bersama air rebusan.
3. Tambah kicap, kentang, bawang hiris, cili hiris & tambah air ikut kepekatan kuah yang dikehendaki.
4. Tambah, garam, tomato buah & perahkan jus limau purut supaya swlain masam baunya juga menyegarkan. Sesuaikan rasa. Tabur daun bawang

5 comments:

  1. Salaam, lama tak makan Masak kicap.
    Arwah mak Dulu pun rebus daging walau nak masak APA pun.which i found very good and healthy.

    Baca kul 11.54 am... Lapar lak Rasa perut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليکم اسلام
      Jimat sikit masa memasak kan kalau rebus dulu daging. Perbezaan masa 8/9 jam. G kat Timur Tengah yer

      Delete
    2. Salaam check email....

      Delete