Sunday, 15 November 2020

SARAPAN MIHUN GORENG DAGING



Hari ni baru betul timer kat blog ni. Sebelum ni entah jam negara mana diikut Cella. Puas saya godek-godek sengsorang cari time nak setkan. Saya tidak berani nak usik-usik tempat lain selain menulis & up gambar sahaja. Takut salah godek kang habis hilang... punggah.....!! Pengsan saya, saya memang tidak tahu nak baiki keadaan. Nak letak profil pic pun tak jumpa tempatnya. Sebelum ini elok sahaja ada pic profil cella. Entah apa saya godek, dah hilang jadi kosong. Takut dah saya nak usik-usik lepas ni. Tulis & up gambar sahaja. Jangan usik lagi.. Takut saya.... 

Pagi ni sarapan awal pagi. Pukul 4.30 pagi saya sudah siap masak Mihun Goreng  ni. Bekalkan anak bujang pergi kerja merangkap sarapan seisi rumah. Sebelum PKPB pun memang seawal pukul 4. 30 pagi saya sudah siap masak, tetapi biasanya saya tidak ambil sarapan. Semua akan bawa bekal. Kadang saya makan awal, kadang makan lewat. Tapi hari ini saya sarapan awal. Adah pun bangun awal bersarapan sebelum subuh lagi. Ingatkan dia nak sahur. 

Sarapan saya. Mihun Goreng & telur rebus 3/4 masak. Kalau makan mihun atau nasi goreng saya suka makan dengan telur rebus. Rasa sedap sangat. Kalau telur goreng, saya rasa cepat muak  Sebenarnya saya sangat fobia nak rebus telur kerana hampir setiap kali merebus telur saya akan terlupa manutup api dapur. Dulu-dulu elok sahaja, tapi sejak ada sekali tu saya merebus telur dari pukul 7 pagi hingga 11 pagi saya teringat ketika berada ditempat kursus.Nasib baik rumah selamat. Telur tu memang jadi arang dalamnya. Tapi yang peliknya periuk tidak hangus. Telur sahaja jadi arang.Kuasa Allah menyelamatkan.. Wallahua'lam.. Lama juga saya takut merebus telur. 
Tapi sejak beberapa tahun ni saya sudah tidak fobia lagi, bila ada hamba Allah kongsikan tips rebus telur yang sangat membamtu.Saya tidak tahu siapa. Apaun saya panjangkan di sini supaya pahala terus mengalir kepada empunya tips. Rebus dalam rice cooker guna tisu dapur yang dicelup air. Celup 2 helai tisu dapur(celup biar basah menitik airnya, jangan perah pula) & alas dalam rice cooker. Letak telur & on cook seperti menanak nasi. Bila tisu kering button tu tertendang menjadi warm. Terus off plug.Tidak lama pun, kurang 10 minit tisu akan kering & button cook tertolak ke warm. Kalau telur terus diangkat dan dikupas, jadi telur 1/2 masak. Kalau mahukan telur 3/4 masak biarkan dalam rice cooker yang sudah off plug itu dalam 2 minit. Kalau hendak masak penuh biar bertutup tanpa buka dalam rice cooker yang sudah off plug selama 5 minit. Semoga Allah mengganjar pahala kepada yang kongsi tip tersebut. 


Mihun Goreng rencah daging rebus. Kekurangan sayur kerana stok sayur sudah habis. Hari ni malas pula hendak bersesak di pasar. Esok pula pasar tutup. Hero pun kalau pergi hari Isnin, ruang ikan d sayur macam dilanggar garuda. Agaknya semua orang berbelanja pada hari Ahad. Nampaknya kena tunggu hari Selasa baru pasar akan buka semula. Teringin nak cari jering tua untuk masak sambal cili padi dengan ikan bilis. Sejak PKP 1.0 pasar akan tutup setiap Isnin & Jumaat. Tapi sejak PKPP pasar tutup setiap Isnin untuk sanitasi. Hikmah Covid 19 ni memang banyak mendidik kita semua untuk lebih berdisiplin & mematuhi peraturan. 


Gambar kejap terang, kejap gelap. Biasalah sejak dah mokcik-mokcik ni, handphone pun macam mata ni juga kejap terang kejap kelabu(padahal sendiri yang tidak pandai nak ambil gambar cantik-cantik) 

BIHUN GORENG DAGING
1 paket bihun
1 mangkuk daging siap rebus & hiris nipis
1/4 cawan kicap manis
1 sudu teh garam
1cawan air rebusan daging
4 sudu minyak
daun bawang/ daun sup

Bahan Blend:
10 cili kering
2 cili merah
1/2 bawang besar
3 bawang putih

1. Rendam bihun dalam air sejuk
2. Panas minyak dan tumis bahan blend hingga naik minyak
3. Masukkan  daging rebus siap hiris & air rebusan daging dan garam
4. Masukkan bihun yang sudah direndam & balik- balikkan bihun sambil direnjis kicap manis
5. Masukkan sayur & gaul rata.
6. Sesuaikan rasa & tabur daun sup/ daun bawang hiris


Saya suka guna mihun Jasmine. Kenyal & mudah nak diurus. Mihun ni antara sarapan kesukaan saya.Tapi kalau mihun overcook yang putus-putus pendek-pendek tu saya langsung tidak ada selera nak jamah. Padahal mihun jugak kan. Saya suka mihun yang panjang-panjang tidak dikerat. Selera manusia ni macam-macam. Harap-harap saya bukanlah seorang emak yang cerewet apabila sudah tua nanti(sekarang belum lah tua sangat kot..hihihi)agar tidak menyusahkan anak-anak. Juga semoga jika anak-anak ada jodoh mereka nanti harapnya saya bukanlah mertua yang banyak songeh yang sibuk mahukan kesempurnaan menantu sedangkan diri sendiri sangat tidak sempurna. Semoga saya dapat melalui hari-hari tua dengan tenang, manampal segala kelompongan amal ibadat yang tertinggal, serta dikurniakan nikmat  kesihatan sekiranya dipanjangkan umur. Tetiba saya rasa nak nangis. Sungguh... 


Pagi ini untuk kesekian kalinya saya mungkir janji sekali lagi. Janji saya untuk tidak minum kopi tidak saya tepati. Teringin sangat hendak minum kopi. Untuk kurangkan sedikit rasa bersalah, saya tambahkan susu tepung. Tidaklah nampak sangat kekopian nya... Semoga kopi ini bukan penyebab sakit kepala tetapi semoga Allah jadikan kopi ini sebagai penawar. Amiinn


10 comments:

  1. Berselera sy tengok mihun goreng daging tu.. sy pun pernah, nak rebus telur, didihkan air, lepas tu dok ulang alik sidai baju, lupa tengah didihkan air. Lalu lagi sekali nampak air dapur menyala dan ada periuk tertenggek, baru teringat, huhu. mujur cuma air periuk sahaja yg kering.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik air kan. Kalau panaskan kuali berisi minyak & terlupa lagi bahaya kan SK. Pernah dengar cerita si isteri dalam pantang, anak menangis lapar. Si emak panaskan minyak tapi baby menangis. Emak dah lupa kuali tu, si bapa balik nampak api menyala dalam kuali. Kerana panic si bapa terus pegang telinga kuali nak angkat. Akibat kepanasan kuali terlepas jatuh atas kaki tersiram minyak panas...ngeri mendengar.. Nauzubillah....

      Delete
  2. Saya penah masak air pastu suami akak jenjalan.dlm 6km teringat terus jerit sekuat hati .sejak itu Tak berani masak air dlm cerek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu kalau tetengah malam menjerit kuat tu, mau viral jeritan misteri tengah malam tu..
      Nampak kan..mak-mak ni banyak bemda nak fikir sampai boleh lupa jerang air & rebua telur

      Delete
  3. Saya pun x suka makan bihun/laksa/mi yg pendek2 hancur dikacau masa masak. Kena ada skill masak. Baru berselera nk makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Faiq... Kalau boleh nak kekalkan rupa mihun kan.. Tapi tulah lain orang lain citarasa. Ada kawan saya dia suka yang hancur-hancur katanya senang nak telan.

      Delete
  4. Saya pon suka gu kan mihun goreng degn telur rebus👍

    ReplyDelete
  5. Syukurlah kalau hanya telur yang jadi arang. Saya pun pernah beberapa kali lupa tutup api dapur, tapi takah sampai keluar rumah api dapur masih menyala. Mee hoon goreng daging sedap rasanya. Saya suka sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. Syukur sangat nasib baik tiada kebakaran. Kuasa Allah hanya telur yang hangus. Ramai yang melalui pengalaman lupa tutup api kan... Dah dunia kita banyak didapur

      Delete