Sunday, 15 November 2020

MENCARI ULAM

 Bila PKPB macam ni mula teringat kampung halaman. Selalu sibok bekerja, sibok dengan pelbagai urusan dunia, tidak sempat memikir kampung. Bila PKPB banyak kelapangan masa, bermacam kenangan datang dalam fikiran. Anak-anak sibuk dengan urusan sendiri. Kalau ada depan mata pun semua khusyuk dengan handphone ditangan. Hendak berbual dengan kucing, tidak pelihara kucing. 



Kadang-kadang ada burung singgah  di jemuran kain tu pun jadi hal saya mengusik.(sila kuatkan sound) 


Saya rakam suaranya & saya pasang kuat-kuat. Uish, kemain galak burung ni menjawab. Agaknya dia sangkakan ada rakannya sedang berbual. Setiap hari selepas Zohor datanglah ia bertenggek di situ. Jangan diberry atas kain jemuran sudahlah. Kadang sampai dekat 1/2 jam saya melayan mengusik burung ni dengan rakaman bunyi burung. 

Bila burung terbang, melangut saya merenung tasik sambil melihat bangau & angsa berebut kawasan tasik. Sesekali bunyi kambing & kokokan ayam peliharaan Tan Sri tu. Mula teringat kampung. Kalau dikampung seronok mencari ulam. 
Kebetulan pagi Jumaat Cella mengajak ke statitionary. Alang-alang keluar, saya plan nak cari ulam di pasar. Tapi sudah menjelang pukul 12 tengahari, pasar pun sudah nak tutup. Sejak PKP 1.0 pasar hanya buka hingga pukul 12.00 tengahari. 

Dapat la belimbing buluh sikit. 
Itupun puas memilih sebab banyak yang sudah lembik


Nampak dalam pic macam helok sahaja hijaunya tapi hakikat tidak sesegar gambar. Tapi bolehlah... 


Dapat terung telunjuk sikit. Saya suka terung tekunjuk ni sebab isinya  smooth halus. Terung  tekunjuk ni kalau kat kampung saya namanya lain. Terung ni dipanggil Terung Lebai Said. Ada ceritanya setiap sesuatu nama. Ceritanya dahulu kat kampung saya tiada pokok terung ni. Kalau terung siam tu memang banyak ditanam orang. Benih pertama terung telunjuk ni dibawa oleh seorang penjual kain,. Sudah boleh agak la penjual kain tu namanya Lebai Said. Lebai Said akan datang setiap minggu pada setiap hari Selasa menunggang motosikal dengan sebuntil besar bungkusan kain baju dibelakang motornya. Selalunya ada lah sebuah rumah yang terpilih menjadi port Lebaj Said membuka bungkusan kain jualannya. Rumah dihujung kampung, rumah Mad Bedah salah satu portnya. Ramailah mak mak membeli  kain baju secara berhutang & dibayar mingguan. Mungkin sebagai terima kasih kepada tuan rumah yang sudi membemarkan rumahnya menjadi port, maka dihadiahkan benih terung ini yang memang tiada di kampung kami. Dari situlah benihnya dipanjangkan kepada tangan ke tangan untuk dijadikan benih. Tapi saya tidak pasti sama ada tuan rumah itu terlupa nama terung ini lalu disebut lah sebagai Terung Lebai Said atau memang sengaja diabadikan nama  Lebai Said  kepada terung ini sebagai mengenang jasanya memberi benih terung yang tiada di kampung kami. Yang pasti nama Terung Lebai Said itulah nama yang dipanggil orang kampung saya sekian lama. Dari pembacaan baru saya tahu namanya terung telunjuk. Tapi tidak tahu asal usul nama terung telunjuk. Mungkin rupa bentuknya seperti jari telunjuk... Agaknyalah..... 

Cili merah Vietnam. Kalau beli kat Hero ditulis sebagai cili Bangladesh. Tidak apa taraf kerakyatan   cili ini. Datang ke Malaysia sebagai PATI.. Hihihi.. 

Ini sahaja ulam yang dapat. Nak beli petai, harganya 3 papan sepuluh ringgit. Asal ke cantik petainya, mata petai pun tenggelam timbul. Tapi penjual itu pun tidak memaksa pun suruh beli. Dia hanya jual. Kalau nak beli boleh beli, tidak mahu beli diam. Mungkin stok terhad atau bukan musimnya. Selalu paling mahalpun petai ni 2 papan 5 ringgit. 

Teringin hendak makan pisang goreng. Cari pisang nipah atau pisang nangka pun semua sudah habis. Agaknya diborong penjual pisang goreng. Sambar jugaklah sesikat pisang emas dibawa berlayar, masak sebiji diatas peti, hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati. Rm12.50.Tak mampu beli gelang emas, kita beli lah pisang emas. Emas jugak namanya kan... Tidaklah boleh ditukar namanya pisang zulian.. Ada lagi ke zulian sekarang.ni?


10 comments:

  1. Salaam,

    Biar benar Nama terung lebai .....😁😁🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليکم اسلام
      Betull... Tapi sekarang mungkin tinggal generasi muda sudah kenal terung ni namanya terung tekunjuk. Al-Fatihah untuk Lebai Said

      Delete
  2. Pisang ni w/pun buahan tempatan tapi reganya mak ai tak mampu nak beli selalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu cikgu... Tapi hendak menanam lagi lah tak mampu.Tanampun kena redho belum tentu menjadi rezeki siapa. Emak saya tanam memang rezeki monyet sbb tepi hutan. Adik ipar plak tanam tepi rumah kat pekan. Elok pisang matang, elok tinggal pokok sahaja dicantas pwncuri dari luar pagar.Tapi kalau ada tanah nak juga menanam. Heee

      Delete
  3. Betul la pencuri skrg tak kesian pada tukang tanam.kita punya belai siap balut lagi nak tunggu masak dipokok skali tinggal tangkai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ujian kepada penanam. Apapun pahala tetap ada untuk yang menanam.
      Sekali pokok pisang keluar daun putih macam kain kafan seperti yang tular kat Indon baru ni, baru pencuri tu takut kot.. Hihihi

      Delete
  4. Akak duk felda Alhamdulilah kalau setakat ulaman ada je sekitar rumah.Kalau mak cella dekat boleh akak beri...hihii.Cuma terung telunjuk tu je akak pernah cuba tanam tapi tak pernah berhasil.
    Seronoknya dah ada burung sebagai peneman setiap hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnya akak duk felda. Ramai orang, halaman luas boleh bercucuk tanam. Dulu-dulu masa bujang selalu pergi felda sebab
      abang saya kerja pembantu niaga felda. Seronok masa tu.

      Burung ni agaknya Allah hantarkan untuk menemani saya dalam PKPB ni kot.. Hihihi

      Delete
  5. Mahalnya harga pisang emas! Saya jarang beli pisang emas, selalu beli pisang berangan dengan pisang nipah saja. Petai pun mahal juga ye. Ingatkan di LD dah cukup mahal, 1 kg = RM25.00.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun selalu beli pisang berangan.Sebab tinggal pisang emas sahaja, semahal namanya. Hihihi. Teringin nak makan oisang nipah tapi tiada. Petai tu pun melambung betul harganya. Terperannat juga saya, tapi nak diapakan...

      Delete