Saturday, 14 November 2020

SENGKUANG CALIT NOSTALGIA ZAMAN SEKOLAH

Semalam saya ke tempat kerja. Planing nak siapkan beberapa perkara.Cella cakap nak ikut nak temankan sambil beronline class. Katanya tidak mengapa kerana hanya  1 kelas lect  sudah maklumkan akan mula lewat & 1 kelas sudah cancel kerana lecture ada meeting. So, pukul 8.45 baru bergerak. Mengejar masa juga takut jem kat consruction tu sebab kelas Cella pukul 9.30. 

Saya melayan kerja saya, Cella pula melayan online classnya. Plan asal nak balik pukul 3 petang, boleh la bereskan banyak kerja. Tapi elok saja cella habis kelas pukul 12,00 katanya  lect. baru cakap kelas pukul 2.30 tetap ada pula & malam nanti pukul 9. 00 sambung  lagi Usrah sempena malam Jumaat. Nak tak nak, kena balik juga sebab kelas pukul 2.30 tu nak pakai banyak peralatan & semua kat rumah. Maka  pukul 12.30 terpaksalah kemas untuk balik. 


Nak ceritanya pasal Sengkuang Calitnya. Tapi intro punya panjang. Sebab Sengkuang Calit ni beli masa OTW balik tu la. Saya nampak ada lori jual bermacam buah potong, rojak buah & sengkuang calit ni, depan pasar. Sebelum ni dah nampak dah tapi tidak kisah pun.Sebab pernah beberapa kali jumpa sengkuang calit, beli tapi rasa dia  tidak seperti saya bayangkan. Pernah beli depan  restoran ayam kampung kat tepi velodroom lama tu yang dorang kata sedap.. Pun tidak sama yang tekak saya nak. Cuma selepas baca review dalam group komuniti kata Sengkuang Calit depan pasar tu sedapnya macam Sengkuang Calit dulu-dulu membuat anak tekak saya meronta-ronta hendak merasa. 

Hanya beli 2 keping nak makan dalam kereta sahaja sebab sudah tidak sabar + kelaparan. Makan berdua sahaja dengan Cella sebab Adah puasa. Sejak Isnin hingga Khamis memang dia puasa. Rajin pula dia bangun sahur sengsorang pukul 4 pagi. Saya rasa malas nak puasa minggu ni. Minggu depanlah kalau rajin. Hihihi

Masya Allah sedapnya lahai Sengkuang Calit ni. Sengkuang yang sejuk, sos yang memang masih sama rasa sos sengkuang calit zaman sekolah dulu + taburan kacang yang rangup menambahkan asyiknya mengunyah & menelan. Jarang nak jumpa makanan yang rasanya masih sama seperti yang kita pernah makan semasa zaman sekolah. Tapi sengkuang calit yang ini saya rasa sama seperti sengkuang calit yang dijual olah Mak Lang Jah kantin sekolah rendah tahun 80's dulu. Ketika itu harga sekeping sengkuang calit seposen. Orang Kedah cakap sekupang. Memang duit belanja sekolah saya hanya bawa sekupang sahaja, maka hanya dapat beli sekeping sahaja lah. Itupun nasib baik bawa bekal air teh 0 dari rumah. Zaman tu kawan-kawan sudah bawa duit belanja dua puluh sen, tiga puluh sen & ada yang lima puluh sen untuk sekolah rendah. Tapi emak hanya mampu bagi sekupang sahaja. Memang kena buat pilihan la nak beli kuih atau sengkuang  calit waktu rehat. Selalu saya beli cucur jejari keledek ataupun sengkuang calit ni. Nasi lemak memang tidak merasa la untuk beli sebab nasi lemak sebungkus 2 kupang (dua posen) Yang masih terbayang dalam ingatan, selepas masuk waktu rehat akan ada la baju murid   lelaki yang comot terkena sos sengkuang calit. Baju murid perempuan tidak nampak sangat kalau kena tumpahan sos sengkuang calit sebab masa tu semua murid perempuan pakai pinafore blue black kan. Tapi masa tu mana ada perasaan malu.. Waktu Pendidikan Jasmani pun murid perempuan hanya pakai kemeja putih lengam pendek,kemeja dalam, selepas menbuka baju luar blue black tu. Kemeja putih, seluar pendek. Ha, berkejarlah dengan lelaki perempuantanpa ada perasaan apa-apa pun. Cuba kalau sekarang???? 


Sebenarnya hari ni beli lagi sekali sengkuang ni sebab rasa bersalah tidak beli sekali untuk Adah yang berpuasa semalam. Rasa macam esok pun nak kena beli lagi sekali la.. Bersalah pula tidak beli sekali untuk si bujang. Ada la alasan untuk beli lagi kan.. Hihihi. 
Tapi sedap sungguh, ni pun masih terasa-rasa kat mulut ni. Rasanya memang sama dengan sengkuang calit seposen zaman sekolah rendah. Cuma sekrang nilai wang sudah semakin kecil. Seposen dahulu menyamai RM2.50 sekarang. Dahulu nilai ni boleh beli 25 keping, sebulan belanja sekolah saya! 

Asalnya semalam tu saya tidak beli sengkuang untuk Adah sebab saya sudah beli kuih fav dia untuk berbuka puasa.. 


Kuih Keria Gula Melaka kegemaran Adah. Kuih Keria Gula Melaka ni pernah mencipta kenangan ni. Masa baru-baru viral kuih ni kat Melaka pada tahun  2016.Masa tu Adah study kat UiTM Segamat. Balik dari Segamat terus singgah kat Melaka nak cari Kuih Keria Antarabangsa. Walaupun dah call buat pesanan tapi tiada rezeki. Adah sampai ulang dengan kawan pergi lagi selepas tu pun sama hampa kecewa. Tapi sekarang kat KL pun dah ada jer kuih ni. Cuma tidaklah saya tahu rasa dia sama atau bagaimana. 


Kuih ni pun sebenarnya plan asal nak beli 20 pcs sahaja tetapi Cella kompius dibelinya banyak. Sudahnya bagi la sebungkus kat pondok jaga perumahan kami ni. Sebungkus makan cella sambil cella beronline kelas, sebungkus lagi simpan untuk Adah makan waktu iftar  & untuk abangnya sekali 

Petang tu kan dinner + iftar Adah saya masak nasi goreng sardin tu. 

Petang, sambil Cella beronline class, abangnya balik kerja belikan pula minuman apa ntah ni


Macam ais krim tapi ada topping bebola gold tu & honey comb. 
Tidak berminat saya

Rupanya abangnya sudah janji hendak belanja ni untuk adik-adiknya. 

Mmmm.. Kalau saya memang tidak la membeli  minuman sahaja harganya sama dengan 3 pcs pizza family size. Kalau saya baiklah saya beli 1 minuman ni, 2 pizza. Makan & minum la kongsi-kongsi pun. Sudah boleh jadikan makan malam. Tetapi bila saya cakap macam tu, mereka adik  beradik memberikan hujjah-hujjah mereka. Mereka anak-anak zaman melenium pastinya tidak sama pemikiran dengan saya. Mereka bersatu mempertahankan pendapat. Saya hanya berseorangan memberi serangan. Akhirnya saya bangun, ambil baju kelawar & terus pergi mandi..... 



6 comments:

  1. Salaam, different mindset . Different economy era..

    Setuju ibu cella punya perkiraan. Boleh cover dinner sekali ..

    Cost effective..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul G.
      Anak-anak ni mereka memang bukan orang kaya tapi mereka jarang susah & kita pun buka lah nakkan mereka susah.Cuma kadang-kadang dek kerana tidak melalui kesusahan takut nanti mereka alpa.

      Seperti saya selalu cakap kepada mereka, emak berfikir cara berjimat belanja, mereka berfikir apa yang nak dibelanja.

      Tapi itulah, nak berleter sesangat pun mereka hidup di zaman berbeza.. Hanya doa sahajalah mengiringi

      Delete
  2. Aslmkm sama la pemikiran kita nak berbelanja kira untung rugi asik banding zaman susah dulu. Sudahnya tak beli sbb tak berbaloi.zaman sekolah w/pun pakai baju kurung tapi waktu pj kena pakai seluar pendek n t shirt.terserlah la peha putih gebu gitu tapi budak lelaki tak rasa pe2 lebih takut cikgu pj

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليکم اسلام
      Betul... Kita mencongak duit untuk berbelanja. Terkenang kesusahan dulu, tidak mahu mereka mewarisi kesusahan, Tapi jauh disudut hati berharap mereka belanja berhemah. Utamakan keperluan dari keinginan.

      Wahhh... Peha putih gebu tu kalau sekarang ni silap-silap dah kena viral... Hihihi

      Delete
  3. Seronok baca cerita nostalgia mak cella .Yalah pengalaman dan cerita kita berbeza kan.Sengkuang calit ni rasa nya di kg akak dulu tak berapa popular.Akak dah tua2 ni baru dapat merasai nikmat sengkuang calit.Apatah lagi bila membaca blog2 oranglain tentang nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman kanak-kanak banyak sangat kumpul kenangan kak.. Hihihi

      Dah tua ni hanya mampu mengenang sahaja kenangan yang lalu. Nak cerita kepada anak-anak pun apa yang mulut saya nak sampaikan bukannya sama dengan apa yang telinga mereka nak dengar.. Hihihi.

      Sekarang ni kuasa viral mampu membuat sesuatu makanan tu terkenal kan.. Tapi zaman kita-kita dulu banyak permainan yang sama walaupun tinggal dilain-lain negeri. Padahal bukan ada media sosial pun

      Delete