Wednesday, 25 November 2020

MAKAN GULAI ITIK

 Cerita hari ini.. Seawal pagi saya sudah bergerak dari rumah.Banyak kerja sedang menunggu. Kena kejar masa supaya sempat sampai sebelum pukul 8 pagi kerana Cella  ikut. Tapi pukul 8 ada pembentangam assigment. Katanya takut saya balik lambat lagi macam semalam. Jadi nak beronline kelas sambil temankan saya buat kerja. Dah cakap tak payah ikut, saya berani sehaja buat kerja sorang-sorang. Tapi dia nak ikut juga. Pukul 7.45 dah sampai. Saya buat kerja saya, dia beronline.

 

Tengah buat kerja printer pula buat hal. Kertas tidak mahu keluar. Puas digodek tak mau juga dia. Kerana tidak sabar saya jolok jari tempat kertas tu. Jadilah tikus membaiki labu. Terus senyap printer tu. Nasib baik nampak Syukri  lalu tengah  buka pintu bilik dia. Dia siap berkemeja lengan panjang siap nametag kot.. Hihihi. Semangat betul Syukri kerja. Muda lagi orangnya baru transfer dari Sabah. Masa PKP 1.0 hari tu dia masih di Sabah. Bagus orangnya banyak kerja dari bercakap. Syukri kata macam ada benda sangkut kat tempat kertas tu. Selamba dia telangkupkan printer tu keluarlah bendanya sebesar tahi hidung.. Rupanya kesan gam UHU keras termasuk dalam tu. Memang kecik sahaja tapi ia menyekat kertas.  Syukri cakap sepatutnya selepas guna tutup bahagian masukkan kertas tu. Katanya masa di Sabah pernah terjadi pada printernya macam tu juga. Bila ditelangkupkan rupanya ada kulit buah langsat. Mungkin dibawa tupai atau musang. Tapi yang tupai tu pun, macam la tak ada tempat lain nak makan langsat tu.. Hihihi

Syukri dah siap, saya bakar roti untuk sarapan kami 2 beranak. Hari ni tidak masak sarapan. Plan asal nak masak spaghetti  tapi bangun  agak lambat tadi. Pukul 6 lebih baru terjaga. Bawa roti 4 keping & cheese 2 keping. Adah & abangnya pun saya pesan suruh bakarlah roti atau  masak lah apa yang ada, nasi goreng ke, burger ke. Kalau rajin keluarlah beli. Paling malas masak sahaja la megi.


Sandwich maker ni memang saya spend untuk hari yang jika tidak sempat bawa bekal. Cap ayam jer beli pun masa offer. Lepaslah untuk sesekali guna. Cella baru hais kelas pertama. Mengantuk sangat katanya. 


Melelapkan mata lepas habis kelas peetama pukul 11. 30. Frust dia cakap dah pakai cecantik & berbedak lipstick bagai tetiba tak pembentangan tak jadi. Ditambah lagi satu asigment baru.Terus amik bantal kecik tu nak tidur. Kepenatan menyiapkan bahan nak bentang sampai pukul 3 pagi,sekali tak jadi..hihihihi.. Tengoklah sejak dah lebih sebulan  belajar secara online badan dah sekeping tak menyempat nak makan dengan tenang. Malam pula bertungkus lumus siapkan kerja.Sampai tangam dah macam jerangkung. Masa mula balik hari tu, 2 minggu makan tidur sampai pipi dah macam pau kaya. Sekarang dah macam burung bangau ikan tak mahu timbul. 



2 set roti bakar cheese potong 2 dapatlah 4 pcs. Elok nak makan, dengar pintu dibuka,. Huish.. Time-time PKP ni mudah naw terkejut. Rupanya cleaner nak amik sampah. 

Dorang bawa gulai Itik.. 
Memang semalam masa berbual dorang ada cakap tempat dorang ada jual itik salai. Teruja saya nak mengirim. Katanya ada yang dah siap masak gulai & ada yang sekor-sekor mentah. Saya kirim la. Hari ni dorang siap bawa dengan roti sekali... 

Berkongsilah rezeki sama-sama. Makan roti bakar sorang sepotong. Sambung makan roti cicah gulai pekat itik. Lawan pula kopi O. Sebab itu sahaja yang ada. Minum sikit sahaja.. Nanti balik saya makan la ubat... Hihihi.... 
Ya Allah sedapnya gula itik. Walaupun tidak berisi sangat tapi kuah sahaja pun sudah sedap. Seketul tu saya kongsi berdua dengan Cella. Gigit sorang sikit. Tak tahulah sedap sebab makan sorang sikit sahaja atau tengah lapar atau memang gulai itik tu memangnya sedap. Habis makan, mereka keluar meneruskan kerja di luar. Saya sambung kerja. Bila petang menjelang asar kesunyian semula.Kereta Syukri pun dah tiada tu. Cella beria kata nak teman, tapi habis kelas dia order grab gi rumah Auni pula. Bila dah rasa semacam eloklah  kemas-kemas untuk balik. Dulu-dulu zaman muda kadang leka buat kerja  sampai dekat maghrib pun pernah. Tanpa rasa takut. Sekarang cepat pula rasa takut.. Balik dulu lah... Nak gi amik Cella plak kat rumah kawan. Katanya ada kat library. Rumah Auni  tu kat kondo & ada library  kat situ. 


6 comments:

  1. Alahai kesian nya cella sampai tak menyempat nak makan belajar on9.Anak bujang akak pulak sejak belajar on9 ni makin berisi apataknya time rehat sekejap ke dapur cari mkn .
    Sedap daging itik ,lama dah tak makan.Last makan kat rumah orang ,rendang daging itik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukannya tiada masa langsung pun untuk makan tapi dia nak tunggu makan tenang2 yang seleaa katanya. Memang payah la ceritanya.. Hihihi
      Anak akan pun sama yer. Semoga Allah mudahkan urusan anak-anak kita..
      Hari ini saya masak rendang itik la akak..hihihi

      Delete
  2. Salaam
    Printer ketagih gam.😜😜

    ReplyDelete