Tuesday, 17 November 2020

ROTI BAKAR PISANG

Beberapa hari lepas nampak blog Amie's Little Kitchen buat roti bakar pisang ni. Nampak sedapnya lahai... Gerak hati mengatakan  roti tu mesti sedap & mesti kena buat jugak ni. 


Maka semalam memang saya membuatnya.. 
Alhamdulillah, sedap sangat. 
Sebelum ini pernah dengar kata roti bakar pisang ni sedap tetapi sebab yang bercakap hanya cakap tanpa ada gambar, maka tidaklah terliur sangat. Tapi bila tengok Cikgu Amei masak macam sedap sangat. Tengok gambar pula.. Macam kata G, rasa nak jilat screen... Hihihi


Masa dalam oven, baunya sangat menggoda qolbu.. 1 rumah bau harum roti bakar + pisang. Keluarkan sahaja dari oven, sengsorang saya makan panas-panas. 


Untuk Cella makan sambil online class pukul 8.00pagi. Dua keping selesai... Abangnya pun sambil nak ke klinik sempat juga 2 keping masuk mulut. Adah taknak sarapan.. nak diet la kot. Saya pun nak diet, tapi bak kata orang "diet tu umpama nelayan... Sentiasa ke lauttttt..." Kikiki.... 

Nasib baik ada lagi roti Gardenia walaupun saya rasa dah expired sehari yang lepas. Tapi roti masih elok. 

Sapu marjerin pada kedua belah roti. Cikgu Amie sapu butter rasanya. Mesti lagi sedap. 
Saya sapu marjerin pelangi sahaja. Saya suka marjerin pelangi sebab ia lembut & yang penting ia keluaran felda. Tapi saya hanya guna marjerin ni untuk masakan lauk pauk, nasi & kuih donat. Kalau biskut raya & kek memang guna buttercup. Nak guna pure butter 3 kali telan air liur tengok harganya. 



Kemudian sapu telur atas permukaan yang sudah disapu marjerin


Susun hirisan  pisang emas dibawa berlayar, masak sebiji di atas peti, hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati. Hihihi. 
Sebab pisang emas ni saiz besar, sebiji pisang dapat untuk topping 2 slices roti.. Keee saya yang hiris pisang tu nipis? Hihihi... 
Saya pernah baca info.. Kenapa orang dahulu mencipta pantun tu menggunakan  nama pisang emas dibawa berlayar. Katanya kerana pisang emas merupakan pisang yang tahan lama, sedap & mengenyangkan. Cara pisang tu masak juga katanya tidak serentak. Pisang emas dikatan akan masak berperingkat atau sebiji-sebiji, maka ia sesuai untuk dibawa berlayar supaya dapat dimakan dalam masa yang lama secara sebiji demi sebiji. Tidak pasti betul atau tidak kerana saya jarang memerhati pisang ini daripada hijau hingga kuning. Selalu saya beli pisang yang sudah masak... Wallahua'lam... 



Buat sampai habis.. 

Kemudian sapu  telur lagi sekali atas permuakaan pisang


Buat hingga selesai. Kalau pecinta manis, boleh tabur sedikit gula atas permukaan pisang yang sudah disapu telur.. Tapi saya ikut Cikgu Amie untuk tidak tabur gula. Hanya manis dari pisang. Tapi saya rasa lain kali nak tabur gula peranglah sebab saya pecinta manis. 
Saya pernah tengok rancangan masakan masa tahun 90's dulu tapi masih segar dalam ingatan.  Pernah tengok chef ni  masak pisang emas dengan gula perang. Sesikat pisang emas dibelah & disusun dalam loyang. Kemudian ditabur gula perang & ditabur sikit butter. Kemudian dibakar hingga bercaremel & dihidang panas-panas dengan ais krim vanila. Sampai sekarang saya masih terbayang. Saya tengok dalam TV. Yang masak tu Chef Florance Tan. Nyonya Melaka yang sangat cantik  yang sentiasa memakai kebaya sulam berkain batik dan murah dengan senyuman manis tu. Saya suka sangat tengok kecantikan wajah, bentuk badan, pakaian & tutur kata Check Florance  Tan tu.


Kemudian bakar dalam oven. Rasanya bakar dalam airfryer pun boleh tapi kalau sekali bakar 2 keping boleh lepas kot. 

Saya makan panas-panas. Tapi Cella kata makan yang dah sejuk lagi sedap.Walau roti sudah tidak rangup tapi lagi sedap sebab lebih manis bila sudah sejuk. Alhamdulillah atas rezeki dari Allah untuk kita semua.. 

12 comments:

  1. Oh, baru sy tahu info pasal pisang emas tu, masak sebiji demi sebiji sebab itu sesuai utk dibawa belayar.. masa sy form 4 dulu, ada tugasan bawa pisang emas untuk Pendidikan Seni, bergadh2 masing2 sebab tak tahu rupa pisang emas, hehehe.

    Resepi Roti Pisang ni harus dicuba nanti, kena beli pisang dulu, tapi roti memang banyak dalam rumah, ke... nak sy gantikan dengan buah lain, epal sesuai tak?? hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang dahulu banyak ilmunya & suka memerhati keadaan sekeliling kan. Tu sebab banyak peribahasa orang dulu-dulu berkaitan alam sekeliling.

      Agaknya zaman kita sekolah dulu memang macam tu.Zaman kita sekolah lebih kurang sama, cuma saya dipedalaman, SK dibandar. Kalau SK kena bawa pisang emas, saya kena bawa ikan talang kering sekor untuk lukisan..

      Delete
  2. Nampak sedap plak roti pisang tu laaa.. nanti nak cubalah, sonang nauu cuma kenalah beli pisang dulu hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aa.. aaa Lin... Sedap pulak tu. Saya syorkan pisang emas @ rastali sebab lebih manis & padat. Kalau cavendish dia macam berair skit kan.

      Delete
  3. Salaam, pasal expiry date ni ..
    Expiry date ni untuk seller and manufacturer audit their stocks.
    Lifo fifo.

    Walaupun dah expire makan Masih boleh dimakan Dan elok. Mungkin tak lah seharum fresh. Tapi tidaklah Pula rosak.
    Kaji semula bila zaman hangtuah.. portugis belanda Dan Arab belayar mengikut angin ke wilayah Asia. Until membeli rmpahnrqtus Bunga cengkih etc.
    Bila sampai do negarq mereka mereka kena Naik kuda berhari berbulan. Bahan mereka beli mahu bertahun lama. Ok je

    Makanan Yang expired tunkalauntin kemek Ada damaged Dan kesan karat Tu memanglah. Kalau setakat expire sehari dua seminggu dua sebulan dua ok Lago. Kalau roti Beli on the date of expiry kemudian disimpan dalam freezer sampai berbulan hingga setahun ok je. Janji tak terdedah etc

    So Lepas ni jangan la.risau kalau cilo Kering sadin tuna atau ikan bills atau APA saja yg expired Terus buang.ianya masih elok kalau tidak Ada karat Dan kemek pada tin.

    Kalau.zaman perang ubat ubat Dan makanan yg disorok bertahun .. Masih dimakan dan mereka survived makanya tidak Ada bezanya sekarang.

    Janji makanan disimpan elok jauh Dari matahari Dan panas.
    ๐Ÿ‘๐Ÿ‘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhhh...
      TQ G atas penerangan panjang lebar.... Betul jugak kan.. Dulu-dulu tiada istilah expired date kan.. Dulu.. Kalau makanan dah rosak baru buang

      Delete
  4. Salaam
    Ni style omputih breakfast roti sapu butter letak Pisang..hahah


    Jangan lupa sanitise screen Dulu.. sebelum menjilat screen.๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿ˜๐Ÿค“

    ReplyDelete
  5. Wah mudah sangat resepinya...nak buat jugalah untuk anak2 .Pisang masak sedang ada ni tapi bukan lah pisang emas tapi pisang kapas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, seronoknya mesti pisang fresh tanam sendiri ni.. Lagi sedap tu.. Pisang kapas pun sedap kan... Saya ada beli sesikat 4 hr lepas. Beli yang hijau nak buat gulai, Sekali esoknya semua masak kuning.. Tak sempat nak mengari.. Kita mendessert la.. Hihihi

      Delete
  6. Kat tmpt Saya pisang emas susah cari sbb dah diborong tauke puding raja.pisang yg ada mahal kemain jadi Tak sempat nak dibakar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puding raja....
      Sedapnyaaa.... Kat Pahang yer...
      Saya suka puding raja...
      Pisang apa-apapun rasanya boleh sahaja ni bakar dengan roti, cuma yang saya perasan kalau pisang cavendish dia memang berair skit

      Delete