Sunday, 1 November 2020

31 OKTOBER 2020 - namakucella BERTUKAR ADMIN

Lahirnya blog ini saat cuti persekolahan 2013 ketika aku kebosanan tiada aktiviti. Hanya tulisan pendek & ringkas pada awalnya. Semakin menulis, semakin bertambah ilham & idea & semakin seronok meneroka bahasa. Ketika sekolah, kata cikgu BM, karangan aku& hasil tulisan aku bagus. Masuk sekolah menengah pun cikgu BM terutama sifu aku cikgu Rosmani selalu memberikann motivasi dengan pujian & meminta kawan-kawan kelas merujuk aku ketika ketiadaan cikgu. Paling pahit namun sangat manis, bila aku terpilih sebagai salah seorang untuk persembahkan Ujian Lisan BM masa  SPM. Puncanya kerana sifu aku Cikgu Rosmani bagi markah tinggi  Ujian lisan aku. Tapi Cikgu Rosmaninkata aku layak dapat markah 3?/40 iaitu ke-2 tertinggi keseluruhan. Ye lah aku bukan kelas depan, bukan kelas pandai. Sebab tu aku kena present depan 5 orang cikgu dari sekolah lain. Apa yang aku nak kaitkan dengan cerita di atas ialah betapa aku berminat menulis & banyak membaca serta menulis memang sangat membantu aku BM. Subject lain, aku memang biasa-biasa jer lah.. Sebab tu hanya cerita BM jerk🤣🤣🤣

Menulis memang menyeronokkan, namun, ketika ini aku memang xdapat nak luangkan masa untuk blog ni lagi

Dua bulan aku di Terengganu blog ini sunyi seperti  tidak bertuan. Asalnya terbiar sepi lantaran kesibukan aku yang baharu memulakan rutin baharu sebagai mahasiswa. Namun sesekali ketika aku merindui masakan emak,aku mebukanya sekadar membayangkan sedang menikmati masakan yang aku rindui. Timbul rasa sayang dengan catatan peristiwa dalam keluarga kami & himpunan resipi masakan mak aku
Balik bercuti ni pun hanya sekejapan dapat berebut masa menulis. Bila dah start sem baru ni, aku terpaksa akui memang x punya lagi masa untuk blog. Sekadar sesekali sahaja membaca tanpa post.Maka dengan ini aku terpaksa tangguhkan dulu aktiviti berblog.  


Aku ingin rakamkan penghargaan yang x terhitung untuk semua pembaca yang pernah mambaca blog ini & banyak mendoakan aku dalam diam..Semoga Allah menggantikan semuanya dengan balasan yang baik juga kepada semua.



31 Oktober 2020....post terkhir ni.. Takk nak la cakap berhenti.. Aku hanya tangguhkan & setelah menunjuk ajar lebih kurang, in sha Allah,start November  mak aku akan teruskan dengan gambar-gambar masakan berserta resipi mak aku & mungkin juga cerita-cerita dunia mak-mak. Kami berkongsi ID & P/W. Jika ada kesempatan, aku akan cuba selitkan catatan aku..

In sha Allah..


8 comments:

  1. Semoga dipermudahkan segala urusan Cella. Dulu.. aunty salu tak percaya Iman kata tak ada masa nak update blog, hihi

    ReplyDelete
  2. Kalau tak update kerana study, meaning focus la. 👍👍

    ReplyDelete
  3. Aminnnn🌹🌹
    Selamat maju jaya cella👍👍

    ReplyDelete
  4. Terima kasih...sbb xbiar kan blog nie sepi...sbb blog nie mmg membantu sy...suka sngat blog nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. الحدالله...
      Syukur jika memberi manfaat. In sha Allah. Terima kasih🌹🌹🌹

      Delete