Monday, 16 November 2020

JANGAN MEREMEHKAN KERJA ORANG LAIN


Setiap hari bangun pagi perkara pertama yang saya lakukan adalah membuka tingkap & menghirup udara segar. Bila hari semakin terang, saya boleh berdiri 1/2 jam menatap kehijauan pokok. Menikmati bunyi burung riuh keluar dari sarang. Tupai bedekak-dekak & sesekali helikopter juga melintas. 

Unggas & pokok.. Flora dan fauna saling memerlukan. Saling bergantung. Tetiba terdengar rumah bujang sebelah ni berkaraoke lagu Flora Cinta nyanyianMin Malik. Saya suka lagu tu.

 ðŸŽ¼"Setelah hujan  berhenti.... 
Flora cintaku pun bersemi... 🎶
🎵Menjadi pepohon tegak merimbun.. 
Bayang kasihmu oh...! 🎼

(sila sambung sendiri...hihihi)

Dua hari lepas, nampak ada notice ditampal dilobby lif bahawa akan ada pangkasan dan cantasan pokok-pokok dilakukan selama 2 hari iaitu Khamis & Jumaat. 
Hari Khamis saya memang sudah plan ke tempat kerja & Cella ikut bersama. 
Sebelum keluar, saya mengambil gambar kenangan kehijauan flora ini kerana, kerja-kerja memangkas dan mencantas dahan pokok akan dilakukan seawal 8.00 pagi dan saya pula bercadang hendak menyiapkan kerja hingga petang. Tapi kan terpaksa kena balik tengahari sebab Cella tetiba ada online class pukul 2.30 nak guna banyak peralatan. Maka memang betullah, sampai sahaja di rumah, kerja-kerja pemotongan dahan pokok sedang giat dilakukan. 
Memang ini merupakam rutin tahunan, Setiap hujung tahun, pokok akan dicantas apabila memasuki musim hujan. Ia sebagai langkah keselamatan agar tidak berlaku perkara yang tidak diingin seperti pokok tumbang atau dahan patah yang boleh membahayakan kenderaan dan orang ramai yang lalu lalang. 


Asalnya panas terik matahari menyimbah bumi KL. Menjelang petang cuaca semakin bersimpati kepada mereka. Selepas mandi, saya leka memerhati  keluar. 
Tangan lenguh menongkat dagu dijendela. Mata asyik melihat pekerja memangakas  ranting & mencantas dahan pokok. Dengung bunyi gergaji rantai membentuk irama tersendiri. 



Sesekali terdengar jeritan dari atas pokok mengarahkan pekerja di bawah ke tepi. 


Menderummmm bunyi rimbunan sedahan pokok menyembah bumi. Keserasian antara penggergaji & penyambut dahan amat diperlukan ketika mereka hanya berdua diatas gondola yang mencecah 30 kaki dari pangkal pokok. Setiap kali dahan putus dipotong, gondola bergoyang menampung berat. Kudrat yang bukan sedikit diperlukan untuk memegang gergaji rantai di atas gondola yang tidak stabil. Apatah lagi penyambut dahan yang terpaksa mengimbang berat rimbunan dahan yang tidak sepadan dengan sekujur tubuh yang keding. 





Beberapa kali juga badannya melintuk seperti rukuk menahan dahan dari terjatuh ke luar pagar halaman orang. Sesekali dia mengurut-urut lengan. Mungkin lenguh menahan beban yang berat.Sesekali nampak sesuatu dikeluarkan & disember pada dahan. Saya mengagak mungkin itu ridsect bertujuan menghalau kerengga yang bersarang didaun pokok. 
Sebenarnya agak lama saya hanya memerhati kosong tanpa apa-apa perasaan. Semakin lama diperhati, sedikit demi sedikit hati terjentik, betapa kita jangan pernah meremehkan kerja orang lain walau siapapun mereka. 


Pagi 15 Nov 2020 @ 8.45 am..... 
Masih ada sisa-sisa kehijauan hutan khatulistiwa ditengah-tengah hutan batu. 


12 comments:

  1. Salaam, bila Kita memudahkah urudan orang lain, insha'Allah urusan Kita dipermudahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليکم اسلام
      In sha Allah G...

      Delete
  2. Kadang-kadang kita merungut bila jalan sesak, rupa-rupanya bila sampai puncak kesesakan baru tahu ada kerja memotong dahan, terus insaf, mulut yang merungut tadi, mereka juga sedang menjalankan tugas. Semoga urusan kita sesama makhluk sentiasa dipermudahkan.. Amiinnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu betul SK... Selagi tidak nampak punca kesesakan, kadang mulut berbunyi kan... Sudah nampak baru puas hati. Kadang yang selalu jadi sumpahan kebanyakan orang ialah bila terpaksa mengekor di belakang jengkaut tu. Aduhhh..
      Padahal jalan yang kita lalu tu jasa jengkaut tu la buatkan. Dah siap, orang menidakkan hak dia untuk guna jalan.. Kannn
      Kesiannnn

      Delete
  3. mom, i love how u write. keep up the good work.

    ReplyDelete
  4. Rasanya hutan batu lagi banyak kehijauan dibandingkan tempat akak ni .Sebab depan rumah je dah ada kilang sawit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak kilang sawit,
      Bila lalu hi way PLUS kalau dah masuk Perak memang lalu kawasan sawit. Kadang nampak asap tebal kilang sawit & kadangkala ada juga bau yang kurang enak.
      Tapi itulah antara punca eksport negara kita kan.
      Mungkin pokok sawit tu kembali menyerap asap-asap tu kak..
      Saya teringin nak makan cendawan pelepah sawit.. Hihihi

      Delete
  5. Kerja remeh ni jarang anak muda kita nak buat.harap2 yg buat tu diberi ganjaran yg setimpal dgn titikpeluh diaorg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebanyakan pekerja asing ni dari negara yang matawang kecik. Kalau gaji sikit pun bila tukar matawang mereka dah jadi besar.

      Macam anak muda kita berhijrah ke Autralia sebagai pemetik buah..
      Jangan kena tipu dengan agent sudah la.. Kesian sama ada perkerja asing atau anak muda kita kalau tertipu. Niat nak cari rezeki lebih.

      Delete
  6. Baca tajuk je dah setuju 1000 kali

    ReplyDelete