Saturday, 28 November 2020

AIR NASI

 

Air Didihan Nasi atau hanya dipanggil Air Nasi. Minuman nostalgia zaman dulu. Bila mak tanak nasi terutama menggunakan beras yang baharu dituai padinya memang selalu dapat minum air nasi ni. Tiap kali emak tanak nasi atas dapur kayu yang tinggi tu, saya akan panjat tin beras yang bersusun tepi dapur kayu tu. Menanti dengan harapan ada air nasi yang mak akan cedok. Beras kalau padi yang baharu dituai agak sukar hendak mengagak airnya. Ini kerana beras daripada padi baru lebih kurang beras wangi cap naga. Baunya sangatlah harum tak ubah seperti beras wangi. Teksturnya memang melekit berkanji macam juga beras wangi. Kalau terkurang air akan mentah. Kalau terlebih sikit air akan lembik. Jadi selalunya untuk elak nasi lembik, mak akan buangkan sikit air masa mendidih. Air tu memang pekat kalau nasi beras baru. Mak akan sendukkan perlahan supaya tidak tersenduk nasi yang sedang mendidih itu. Dapat dalam 1 cawan mak tambah sikit garam & gula. Kacau & berebut minum dengan adik saya Achik. Itulah Air Barli bagi kami. Hingga sekarang sesekali saya masih mencedok air didihan nasi & +gula & sikit garam & menikmatinya. Sunggulah tidak seenak nasi puluhan tahun dahulu tapi setiap kali minum, kenangan-kenangan lalu tetap segar dalam ingatan seperti baru sebentar tadi terjadi. 


Bila padi semakin lama disimpan dalam jelapang, bila dijemur & dihantar ke kilang untuk dimesin dijadikan beras, lama kelamaan beras sudah tidak lagi sewangi ketika baru dituai. Sikit demi sikit beras kembali rasa seperti beras biasa. Jika terlalu lama disimpan padinya, beras yang terhasil akan sedikit kemerahan & dipanggil padi usang atau beras usang. Dulu hampir setiap rumah ada jelapang sendiri untuk menyimpan padi untuk bekalan hingga tiba pula musim menuai padi musim seterusnya.Seguni atau 2 guni dipilih daripada padi terbaik diasingkan & ditandakan sebagai padi benih. Yang itu tidak akan diusik.Yang selebihnya adalah untuk stok makanan harian. Kalau ada kenduri kahwin di kampung, mak cakap memang orang kampung akan sumbangkan padi kepada tuan kenduri. Seorang 1/2 guni akan dikumpul, dijemur & ditumbuk bergotong royong beramai macam rewang. Yang berjiran akan menggolek lesung ke rumah yang akan kenduri untuk membolehkan menumbuk padi beramai. Rempah kari pun mak cakap masa perkahwinan emak dulu bergantang-gamtang perlu ditumbuk untuk gulai 2 ekor kerbau. Mak cakap rempah ketumbar, jintan segala dijemur & disangai. Kemudian ditumbuk di diayak  secara bergotong royong. Zaman saya, sudah tiada lagi acara menumbuk rempah ratus tu. Sudah dibeli rempah siap bentuk serbuk tu. Cuma padi, saya sempat merasa beras daripada padi yang ditumbuk & dikisar dengan pengisar tangan. Dulu kat kampung saya padi hanya sekali setahun kerana tiada bekalan air yang disalurkan melalui  tali air. Hanya mengharap hujan semata-mata. Tapi rezekinya Allah kurniakan kemenjadian hasil memang tak terjangkau akal. Dengan limpahan padi, ikan haruan, keli, puyu dan segala macam pokok buah-buahan yang tidak ditanam tapi banyak yang tumbuh sendiri & dikongsi makan seluruh kampung. Ok dulu meraban hari ni. Dari Air Nasi dah jauh pula merabannya. Hihihihi

10 comments:

  1. Seronok baca meraban orang ni sbb sama kisahnya. Sengaja letak sir banyak2 bila tanak nasi tuk ceduk air nasi.bezanya kami makan beras usang sbb tu yg termampu beli. Pilih la segala ulat ,bubuk dan antah kengkadang terlepas gak.bila mkn Tak boleh tinggal seulas nasi pn.skrg dah senang selalu buang nasi huhu.
    Semuga Allah ampunkan kami kerana kufur nikmat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ujian masa lalu adalah untuk kesyukuran & kekuatan masa kini untuk kita. Berakit ke hulu, berenang ketepian...

      Delete
  2. Setiap cerita ini kemblikn saya ke zaman dulu.pernah merasa air beras.bau wangi beras dari guni.di daerah s.petani dulu jika ada kenduri kahwin,akan ada nasi menyorok...gulai pisang campo ikan bilis,sambai belacan n ikan tamban tergeliat goreng !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Naz ada satu masa tu memang trend menyerok pagi nasi gulai pisang ikan bilih.. Pastu berubah ke pulut nyoq ikan masin, last sekali yang sempat memyerok pagi rumah kenduri nasi lemak. Suka kenduri di Kedah. Setiap tahun balik makan kenduri. Tapi 2020 covid. Tak merasa la

      Delete
  3. Zaman kecik2 dulu, tanam padi sendiri memang selalu minum air tajin ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh.. Kat Johor pun tanam padi juga ye WP? Pernah dengar Javanese memang panggil air tajin. Sebelum ni saya hanya tahu tajin (tagine) sejenis bekas memasak macam kon yang terkenal di Morocco

      Delete
  4. Dulu mak kita uh minum air didihan nasi ni untuk hilangkan muka yang berjerawat, hihi. Ambil jugak air nasi untuk sapu dimuka, tu yang 'cantik' sampai sekarang, kahhhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, boleh hilangkan jerawat ye. Betul lah SK cantik sampai sekarang.Kalau saya dah tua ni boleh lagi ke guna air nasi nak cantikkan muka.. Hihihi

      Delete
  5. Bestnya merasa beras baru.Akak tak pernah merasa sebab kehidupan masa dulu dan kini bukan daerah sawah bendang.Tapi pasal air nasi tu memang selalu buat .Kalau arwah mak masak nasi memang tunggu nak kan air nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau akak nak feel beras baru tekstur dan baunya lebihbkurang beras wangi cap naga mutiara. Ada jual paket kecik 1kg dalam rm8.. Kebanyakan kita kelahiran 80's dan kebawah memang pernah minum air nasi ni kan

      Delete