Tuesday, 17 November 2020

KARI AYAM GUNA REMPAH KARI IKAN

Kari Ayam Guna Rempah Kari Ikan. Sejak setahun dua kebelakangan ini kalau masak kari ayam atau kari daging saya sudah tidak menggunakan rempah kari daging. Sudah lama juga tidak membeli rempah kari daging kerana sudah tidak gunakan lagi. Puncanya mungkin kerana dulu-duluan masa Adah & abangnya masih study kat Johor & Kedah, tinggal saya berdua dengan Cella sahaja.Selepas balik sekolah Cella akan ketempat kerja saya & petang barulah balik. Kadang dia ada aktiviti sekolahnya hingga pukul 5.30 petang, saya pula yang terpaksa menunggunya di bawah pokok depan sekolah. Balik, kami akan singgah Mamak AJ Maju & juadah wajib mesti saya akan makan nasi lauk kari  kambing @ kari ikan tenggiri yang pekat & keras bau rempahnya. Masa tu saya sangat suka. Tapi sudah nama manusia, mudah berubah dengan waktu. 


Sekarang kalau masak kari, semua kari saya hanya guna rempah kari ikan...Tapi masa menumis memang saya masih guna rempah ratus penumis. Tak tahulah selera akan datang bagaimana pula.. Hihihi
Kadang hari ni suka, esok sudah tidak suka. Kadang beria tidak suka. Tetapi tetiba suka yang amat. Sebab itu suka pun berpada, tidak suka pun berpada,kerana kita bersifat baharu.. Pesanan penaja ini lebih kepada adalah untuk diri sendiri.. Hihihi


KARI AYAM  REMPAH KARI IKAN
1/2 ekor ayam
2 biji kentang- belah 4
1/2 kotak santan
2 sudu teh garam
3 sudu serbuk kari ikan
4 sudu minyak

Bahan Tumis:
1/2 bawang besar
2 bawang putih
1 kayu manis
3 bunga lawang
3 hiris halia
1 tangkai daun kari

1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis
2. Bila harum masukkan rempah kari ikan  yang dibancuh dengan 1 cawan air
3. Biar mendidih sekejap, kemudian masukkan ayam dan kentang & masak hingga naik minyak.
4. Masukkan 3 cawan air dan biar mendidih hingga kentang empuk
5. Tambah garam dan santan .
6. Biar memggelegak & kemudian perlahankan api supaya mendidih perlahan agar kuah naik minyak dan  cantik
7. Sesuaikan rasa


Dulu mak saya pesan, kalau masak kari (mak saya sebut gulai) bagi rempah naik minyak dulu baru masuk santan. Tujuannya supaya rempah masak sempurna. Kat utara sebab kari adalah lauk yang digemari,wmak-emak akan ajar la tips masak kari. Mak-mak lain pun mesti ada tips nya. Sama juga macam masak sambal tumis & asam pedas kan... 


Kalau tidak mahu guna santan, pun sedap sahaja kari ikan atau ayam. 
Ada bau kari tak... 
Berasap mendidih dalam kuali.. 
Hihihi


Apa juga jenis kari saya selalu masak awal beberapa jam supaya bila nak maka kuah akan lebih pekat &sedap. Ini kari bila dah petang, semakin pekat berminyak. Buat cicah capati sedap ni. 



8 comments:

  1. Salaam,
    Sama.masak Kari daging pakai mana pun sama.
    Kalau tak pakai santan letak yoghurt plain . Tak pon tomato can atau fresh.. Kari ikan letak asam jawa.. sedap je cicah roti etc.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la kan kalau tengok mat saleh masak kari lagi sempoi kan..tiada banyak rempah pun kan

      Delete
  2. Akak selalu juga buat kari ayam guna kari ikan dan kadang2 campur ke2 nya.Tapi tulah kadang selera kita berubah2 kan spt mak cella kata.
    Tapi orang utara masak kari memang terbaik...sedap sangat.Akak besan orang utara tu yang tahu tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh, akak berbesan orang utara yer.Nanti kalau ke sana musim raya boleh terus ke Kedaha.. Heee

      Tapi orang Johor pandai masak Asam Pedas.. Setiap negeri ada makanan istimewa kan... Meriah Malaysia

      Delete
  3. Segala jwnis kari mmg minat cuma kalu Kat kedai mamak baunya blh potong selera jadi kena masak sendiri baru umpp cuma kengkadang tak sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu saya suka kari mamak.. Tapi tetiba selera menolak pulak sekarang.Tak tahulah esok-esok pula..

      Masak kadangkala dipengaruhi mud.Cef hebat pun juga kadang masak tidak sedap. Kalau hari yang x sedap tu senyap-senyap masukkan kedalam plastik, ikat elok-elok... Simpan dalam tong sam.... Buat rasa tidak bersalah.. Hihihi

      Delete
  4. Kita pulak, suka masak guna rempah kari ikan untuk ikan dan rempah kari daging/ayam utk daging dan ayam. Tapi, kalau masak kari seafood, kita suka guna rempah kari daging/ayam. Santan pulak kalau masak kari ikan baru masukkan, kalu kari daging/ayam kita tak masukkan santan, tapi yang pasti, tak reti nak masak kari cair, mesti pekat macam kedai mamak, huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak gunakan santan pun sedap kan.. Tak muak.. Tapi sayapun kadang masak rasa sedap.. Kadang kalaut rasa dia... Hihihi...

      Kari pekat @ asam pedas pekat, gaul nasi panas-panas sedap lahai...

      Delete