Monday, 23 November 2020

TIWOL

 Tiwol Singkong a.k.a Nasi Gaplek.Saya keluar ke DP tadi untuk ke Pustaka Rakyat mencari barang assigment Cella.Adah cakap dia nak keluar dengan Ira. Kirim sahaja lah kelapa kepada Adah.Menunggu kelapa dari sekarang belum sampai. Maka kebetulan godek-godek galerry handphone ni, jumpa gambar tiwol  yang saya masak sebelum ni. Eh, ada rupanya gambar tersimpan.Guna sahaja dulu gambar yang ada sebelum masak lagi kalau ada kelapa. 

Tiwol Ubi Kayu 
Ada yang panggil Nasi Gaplek disesetengah tempat di Indon. 
Menjadi makanan sampingan selain nasi terutama dikawasan pergunungan. Selain daripada dimakan dengan kelapa parut ni, dari info yang saya dapat, gaplek ini juga dimakan bersama lauk pauk seperti memakan nasi. Ada yang menggoreng seperti nasi goreng dengan ditambah bumbu tumbuk dan sayur. Yang versi nasi goreng belum pernah saya cuba. Nampaknya kalau tiada kelapa, boleh saya cuba nasi tiwol goreng. 


Sebenarnya saya hendakkan tiwol yang putih kekuningan tu. Tiwol fresh yang masih ada bau masam-masam sikit tu. Walaupun berbau tapi itulah keunikan & ciri-ciri tiwol yang betul.Adik beradik ubi gadung kat kampung saya. Tapi ubi gadung agak susah nak dapat time balik kampung. Setahun dua yang lepas ada emak beli dari pengusaha di kampung lain. Kat kampung saya sudah tiada orang yang hendak proses ubi gadung yang beracun itu kerana perlu menjalani banyak proses & perlu direndam dalam parit yang airnya mengalir & bersih. Sekarang takut parit yang ada risau ada yang meracun rumput bagai. Maka sukarlah sudah nak dapatkan ubi gadung makanan nostalgia tu


Kerana itu saya mencari gadungan ubi kayu a.k.a tiwol. Ini yang saya order dari  Indonesia. Tiwol kering yang mereka panggil gaplek singkong. Warna agak gelap & tiada bau kemasaman. Hanya perlu cuci seperti cuci beras hendak masak nasi tu. Kemudian masukkan dalam tapisan & siram air panas untuk lembutkan gaplek ni. Kemudian dikukus hingga masak sepenuhnya. (ini sahaja yang saya tahu cara masaknya) Mungkin ada cara lain yang saya tidak tahu




Gaplek ni setahu saya asalnya ubi kayu yang di kupas kulit  &  dijemur kering.Kemudian ditumbuk. Tetapi yang saya beli ini nampak bentuk dadu halus dan saiznya sekata seperti dihiris.Bab ini memang saya tiada info bagainya bentukmya boleh jadi sekata.  Walaupun nampak keras seperti batu tapi mudah lembut bila dimasak. Sama juga seperti beras yang keras, lembut melekit bila dimasak.


Tiwol yang yang sudah dikukus.Dimakan bersama kelapa bergaram macam makan pulut. Rasanya pun kenyal-kenyal seakan pulut.Satu yang pasti bila makan tiwol ni memang cepat kenyang & kenyangnya lama. Agaknya sebab itu ia menjadi altenatif kepada nasi. Apapun apa yang saya tulis ini hanya berpandukan minat mengetahui makanan serata dunia dan pengalaman sendiri semata-mata. Mungkin ada info lain yang saya tidak ketahui dengan mendalam kerana tiwol ini bukanlah makanan yang biasa dimakan  di kampung saya. Saya hanya mengenali tiwol ini sekitar tahun 90's. 

12 comments:

  1. Sy Tak pernah makan tiwol ni, kalau mak Cella suka, maknanya sedap la tu kan

    ReplyDelete
  2. Tiwol & gaplek tu benda yang sama ke mak cella?...keliru akak,sebab kalau tiwol tu akak tau lah .Orang kampung dulu selalu buat,tau lah sejak zaman budak2 dulu.

    ReplyDelete
  3. Hihihi...
    Saya telah mengkonfiuskan ek.. Hihihi
    Yang saya faham gaplek tu yang belum masak tu. Gaplek yang dah masak dipanggil tiwol.
    Ke saya salah faham sebab ni bukan makanan tradisi kampung saya ni. Tapi saya suka.
    Masa order, suplier cakap gaplek ni lah dimasak menjadi tiwol.Saya cium tiada bau masam seperti yang saya nak, tapi dah katanya gaplek ni dimasak untuk jadikan tiwol..
    Hehehe betulkan tau kalau salah
    Sebab saya hanya tulis apa yang saya tahu. Kalau dapat jawapan yang pasti nanti saya betulkan info.. 🌹🌹🌹

    ReplyDelete
  4. Tiwol..teringat dulu masa kecik. Mak saya selalu buat tiwol ni sendiri. Tapi kalau tak silap guna ubi biasa je. Jemur tengah panas. Tak ingat keseluruhan proses tapi memang selalu la mak buat masa dulu². Sekarang ni, mak pun dah xkuasa nak buat sbb ubi pun payah nak dapat. Hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hebat orang-orang dulu kan. Kreatif dalam mempelbagaikan hasil makanan sekeliling. Sayangnya banyak yang kita lupakan

      Delete
  5. Ni sedap! Last mkn ni masa kecil2 dulu. Haha saya ni selera kmpung. Dulu nenek buat ni sbb kat kampung bnyk tanam ubi. Ibu saya ckp boleh dibuat kuih koci.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaahhh boleh buat kuih koci ke.. Daun pisang ada ni tapi inti pula kemalasan... TQ info

      Delete
  6. Kecik2 dulu ingat jugak Ada Ubi yg kena rendam dulu smpi lembut pastu ramas2 bagi hancur jemur kering .bila nak mkn tumbuk halus kemudian kukus mcm sagu.
    Ada jugak versi potong kecik2 jemur kering. Dulu kecik Tak ambik pot sbb tak suka bau mcm Ubi busuk tapi tetpaksa makan sbb tak ada beras

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh... Ubi tu rendam sampai hancur ke.. Saya ingatkan rendam tu untuk buang kanji & ubinya masih keras ssbab pernah makan yang bau masam tu bentuknya berketul sebesar ibu jari dikukis digaul kelapa. Warnanya putih kuning bukan gelap macam saya masak kat atas tu

      Delete
  7. Masa kecik2 dulu selalu tengok mak masukkan ubi dalam karung. lepas tu karung ubi dimasukkan dalam parit yang airnya mengalir. Tak ingat berapa lama, tapi berhari2 jugalah sehingga ubi itu lembik. karung ubi dibawa ke darat.memang ada bau busuk sewaktu karung dibuka, isi ubi yang sudah lembik dipisahkan dari kulitnya. Kemudian isi ubi tadi dijemur hingga kering. Lepas tu ... Ingat-ingat lupa dah macamana prosesnya.Bila sudah kering, ubi jadi hancur seperti tepung (mungkin mak tumbuk) atau memang ubi sudah semulajadi jadi tepung terus sbb lama direndam. Yang saya ingat seterusnya mak simpan tepung tadi dalam balang. Kalau nak makan, mak kukus, tambah kelapa parut dan garam.Ada juga mak buat lepat tiwol.Kalau tak silap, ubi yg berbau busuk tu dipanggil gaplek, dan yg sudah jadi tepung itu dipanggil tiwol. Allah... Teruk betul saya ni.Nama saja anak Jawa, tapi lupa benda2 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh direndam hingga lembut yer. Saya belum pernah melihat sepenuhnya dari permulaan. Kalau macam cikgu cerita ni rendam macam ubi gadung juga. Cuma ubi gadung disagat nipis macam kerepek sebelum rendam.Bila rendam ia lembik tapi tak hancur. Bila kukus dia jd mekar semula.. Cikgu belajarlah dari emak cikgu.nanti kongsikan ilmunya dengan kami. Sayang dibiar hilang

      Delete