Monday, 2 November 2020

POSTING PERTAMA : 1 NOVEMBER 2020

 اسلام عليکم

Salam kepada semua pembaca blog "namakucella" semoga semuanya dalam rahmatالله..


Lain benar bila mahu menulis sepenuhnya. Bukan tidak pernah menulis kerana sebelum ni memang saya menulis resipi-resipi  sebelum di copy & paste ke blog ni. Saya memang rabun IT. Rabun jer, bukan buta 🤭Hanya tahu sikit-sikit yang basic sahaja sekadar keperluan kerja. Saya tiada IG bagai.cella pernah creat akaun IG untuk saya, tapi saya tak pernah guna sampaikan p/word pun saya tak ingat. Nasib baik tahu guna whatsApp. 🤭

Saya hanya seorang ibu biasa yang tidak sempurna.Saya juga bukan seorang yang pandai memasak tetapi saya memang 'rajin' memasak. Hakikatnya merajinkan diri untuk memasak. Sebagai ibu bekerja, memang ada masanya penat tetapi saya tetap merajinkan diri untuk memasak waima untuk makan saya seorang. Sesekali ada je membeli makanan dari luar atau makan di luar. Tapi biasanya memang saya akan masak.Kalau tidak masak saya rasa tidak lengkap hidup saya..Mungkin saya sudah sebati dengan periuk belanga kerana saya mula memasak sejak  berumur 8 tahun dan emak saya menyerahkan sepenuhnya kerja-kerja memasak untuk keluarga menjelang umur saya 10 tahun. Kebetulan ketika berumur 10 tahun saya bersekolah sesi petang. Maka, sebelum ke sekolah saya bertanggungjawab menanak nasi & sekurang-kurangnya menggoreng ikan untuk dimakan bersama nasi sebelum ke sekolah. Peraturan emak saya adalah WAJIB makan nasi sebelum ke sekolah. Tiada kompromi, mesti makan nasi dulu. Mungkin kerana emak saya bimbang saya akan kelaparan kerana ketika itu sebelum ada basikal, saya perlu berjalan kaki ke sekolah yang jauhnya lebih kurang 5 batu (8km). Bayangkanlah jika saya tidak makan nasi sebelum pergi sekolah, bermakna saya hanya akan bertemu nasi bila pulang dari sekolah di rumah ketika hampir maghrib. 

Ish, seronok pula bercerita. Terasa saya kembali ke zaman persekolahan itu. Walau kehidupan persekolahan sangat meletihkan. Penat untuk dilalui tapi seronok untuk dikenang....... Nanti saya akan sambung 


Hari ini saya nak kongsikan 1 resipi yang mak saya ajar lebih 30 tahun yang laluMasak Lemak Putih Putik Jagung. Saya masih ingat ketika itu, emak saya menanam jagung untuk dimakan & juga untuk dijual. Dalam sepokok jagung ada jagung besar dan ada jagung kecil.. Biasanya putik jagung yang dipetik untuk masak sayur ni, memang putik jagung bersaiz kecil yang keluar dicelah-celah "ketiak" tangkai daun. Jagung ini tidak akan membesar dan tidak akan berisi. Sebab tu hanya sesuai dijadikan sayur. Tapi yang saya masak ni putiknya dibeli. Kemain mahal sekrang ni. Padahal dulu-dulu tiada harga pun.... Itu dulu.... Mmm kalau nak banding dulu dan sekarang, memang tidak ada sudahnya la kan..Kita teruskan dengan Masak Lemak Putih Putik Jagung.. 

Putik jagung

Bahan-bahan  sudah siap dibersihkan dan dihiris

MASAK LEMAK PUTIH  PUTIK JAGUNG
15putik jagung 
1kotak kecil santan
2 sudu ikan bilis bersih
1/2 bawang besar
1 biji cili merah
1 sudu teh garam
Sedikit suhun 

1. Putik jagung dikupas kulit luar yang hijau. Kulit lembut yang putih jangan dibuang. 
2.Hiris putik jagung, bawang dan cili merah
3. Dalam kuali, masukkan putik jagung, bilis, bawang, cili, suhun & 1 cawan air. Masak hingga mendidih. 
4.Bila mendidih baru dimasukkan garam dan  santan kotak/santan pekat & biar mendidih sekejap sahaja. 
5. Sesuaikan rasa. 

Masak Lemak Putih Putik Jagung. 



19 comments:

  1. Salaam,

    Welcome to the world of blogging 👍👍

    ...makanan nampak sedap... Home cook..

    Bagus lah menulis ni ..merehatkan stress.


    Wasalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليکم اسسلام
      Terima kasih G...
      Betul la menulis macam rehatkan stress.. Terima kasih

      Delete
  2. Assalam, Mak Cella (namanya tak tahu, macam belum diperkenalkan.. kan kan.. hihi)

    Terima kasih infonya, baru sy tahu mana asal putik jagung tu, selama ni sy ingatkan ia adalah jagung yang masih putik dan akan membesar. Selalu sy fikir, sayangnya putik jagung ni dipetik sebelum membesar, rupa2nya memang asalnya begitu tidak membesar sebagai jagung biasa. Masak lemak ni haruslah ada sambal belacan dan ikan kering, kan.. barulah ngam.. tapi Cella makan ke ikan kering, hihi.

    Tercuit hati baca kisah jalan kaki 5 batu tu, kalau kat JB ni 5 batu tu dari Plaza Angsana sampai simpang ke Pontian.. pengsan... tapi kalau masih budak2 memnag tak terasa jauhnya, cuba sekarang..

    Teruskan menulis, saya suka baca cara Mak Cella menulis, betullah kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi, cuma Cella tu banyak typo, hahaha..

    Sorry, terkomen panjang beno.. singgah2lah tinggalkan komen di blog sy ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليکم اسسلام
      Salam kenal SK (dah baca blog SKDTJ semua panggil SK) panggil SK jugak lah.
      Pasal putik jagung tu ya, saya tahu sebab mak tanam jagung. Kalau tidak,mungkin saya juga tidak tahu tu.. Sayur lemak putih ni budak-budak sekarang tak minat pun. Kadang syok sendiri sahaja bila masak lauk mak-mak ni. 🤭
      Ok sahaja panggil Mak Cella pun... 😁
      Pasal jalan kaki 5 batu tu pun betul. Masa tu kanak-kanak, tenaga kuat lagi & Allah pun banyak mudahkan urusan ketika bersekolah dulu.Nanti ada masa kalau rajin, saya kongsikan gambar sekolah saya dulu-dulu, sekolah orang asli lagi cantik rasanya.Seronok baca blog SK selalu jenjalan makan-makan merata tempat👍

      Delete
  3. Assalam...wah mak cella dh masuk ni. X sabar nk tnggu entri seterusnya dan seterusnya dan seterusnya. Hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليکم اسسلام
      Terima kasih... In sha Allah.... Macam kenal ni🤭

      Delete
  4. AssalamuAlaikum salam prkenalan dialam maya mak cella.untuk makluman puan,banyk resepi puan yg menjadi rujukan saya.spcial sekali nasi kuning! N kuih seri muka.aummmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليکم اسسلام
      Salam kenal juga Naz shima. Jangan lah panggil puan.Macam formal sangat.. Panggil Mak Cella pun ok tu.. Alhamdulillah jika ada ilmu yang boleh digunakan..Nasi kuning tu memang makanan nostalgia dulu-dulu.Saya suka masak makanan lama-lama sambil bercerita kepada anak-anak walaupun mereka bukan nak dengar sangat pun.. 🤭Sekarang kat tempat saya pun dah ada orang jual nasi lemak kuning tu.

      Delete
  5. terimakasih sudah berbagi resep nya
    https://bit.ly/2YMhGVb

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Terima kasih juga bun, membaca catatan blog ini

      Delete
  6. Assalamualaikum..Mak Cella,.salam kenal ...saya dri butterworth...saya suka ikuti blog nmakucella,.

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليکم اسسلام
      Salam kenal juga dari saya. Terima kasih membaca. Cuma posting2 selepas ini lebih mak-mak la pula🤭

      Delete
  7. Salam kenal mk cella...akak sentiasa ikuti blog ni dan banyak mencuba resepi2 yang dikongsi.Seronok dapat cuba resepi2 orang utara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal jugak saniahibrahim. Janganlah berakak. Saya juga sudah tua sudah 40++..
      Alhamdulillah jika resipi yang dikongsi memberi manfaat..

      Delete
  8. Salam kenal mak cella 😊
    Cikbunga selalu ambik resepi dari sini✌️

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليکم اسلام...
      Silakan jika ia memberi manfaat, Alhamdulillah
      Maaf baru perasan ada komen. Terima kasih Cikbunga

      Delete
  9. Assalamualaikum Mak Cella... terima kasih sudi share resepi yang sedap dan simple... selalu sy belek blog ni kalau xde idea nak masak... semoga terus berkongsi resepi dan apa apa sahaja untuk panduan pembaca blog ni... ❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليکم اسلام...
      Sama-sama Luckygirl.
      Saya hanya share sekadar yang saya tahu. Semoga ia berguna kepada orang lain

      Delete