Thursday, 26 November 2020

RENDANG ITIK SALAI

 Hari ni saya masak special skit. 

Rendang Itik Salai. Semalam makan gulai itik. Hari ni rendang itik. Esok badan dah berat jalan la macam itik pulang petang.. 


Seperiuk rendang itik. Bukan sekuali sebab saya masak rendang itik ni dalam rice cooker. Kunun-kunun ala masak dalam presure cooker la. Hihihi


Pagi-pagi lagi bersarap la rendang hitik dengan nasi himpit....Maaf zahir batin




Malam tadi saya dah merendang dah itik ni half way. Pagi panaskan semula merangkap sarapan & lunch ni. Hari ni saya masih ke tempat kerja. Tapi gi sorang la. Cella dah tak mahu ikut sebab susah beronline di sana. Ada sahaja barang yang nak guna tapi tak bawa. 



RENDANG ITIK
1 ekor itik salai
2 paket kecil rempah rendang Adabi
1/2 cawan minyak
2 asam keping
2 sudu kerisik
1 kotak kecil santan
1 sudu makan garam
1 ketul gula melaka
2 helai daun kunyit
5 helai daun limau purut

Bahan Blend:
30 cili kering
1 bawang besar
3 batang serai
Seketul kecil lengkuas
1 ketul kecil halia

1. Panaskan minyak & tumis bahan blend hingga naik minyak. 

2. Masukkan itik yang sudah dipotong & dibersihkan. 

3. Biar kecut kering air itiknya. Baru masukkan asam, garam, gula & sehelai daun kunyit simpul

4. Masukkan 3 cawan air + 1kotak santan. Masak hingga itik empuk & kuah pekat

5.Tambah kerisik & daun limau purut & perlahankan api dalam  5 minit supaya kuah naik minyak. 

6.Sesuaikan rasa & tabur daun kunyit hiris halus



Cerita bermula bila cleaner tempat kerja saya bertanya adakah saya hendak order itik salai.Katanya ditempat mereka ada jual macam-macam. Dari segala buah, kuih muih, lauk pauk hinggalah makanan exotic ni. 
Memang saya order la...sekor itik ni harganya ikut seller. Ada yang jual RM 40 ada yang RM 45. Tapi yang ni hanya RM35 seekor penuh tu. 
+ RM 2 kalau nak suruh potong siap-siap. Saya memang  suruh potong siap-siap la. Saya bukan ada pisau besar. 


Ni itik yang  dijual siap masak. 1 bekas tu hanya RM 10. Memang berbaloi kalau ahli keluarga tak ramai. Sedap pula tu. Semalam  cleaner bawa yang dah siap masak, makan ngan roti memang sedap sungguh. Nanti nak order lagi lah..Tapi katanya lauk itik seller tu tidak masak setiap hari. Masak berselang seli dengan lauk lain.. Ayam,ikan, kambing bagai. 




Ni la rupa daging itik yang belum dimasak.Merah pink pekat macam daging burung unta pun ada


Kulitnya berbau asap salai. Tapi salainya tidaklah macam kat Nismiland tu.. Yang Nismiland tu lagi power kot, macam dah masak isinya & asapnya lebih tebal


Basuh dengan merendam dalam air + 2 sudu tepung untuk buang lendir & lemak. Kemudian toskan



Sebab nampak itik ni macam keras liat, saya masak rendang dalam rice cooker.. Ala-ala Presure cooker la kunun 

Ni dah siap dimasak, lebih kurang 1jam 
Cuma lain kali kalau beli lagi saya nak back to normal masak dalam kuali sebab rupanya itik ni mudah empuk. Masak dalam rice cooker macam isi lembut seperti overcooked la.. Anak-anak suka sebab x perlu kunyah lama & senang nak makan. Saya lebih feel yang ada liat-liat sikit. Sama juga kalau makan limau saya nak yang lebih masam dari manis. Barulah limau... Hihihi


Saya juga rebus nasi impit untuk dilawankan dengan rendang itik. Niat asal nak hantar sikit kat jiran sebelah. Tapi segan pula sebab rendang saya tak berapa cantik 
Agak hancur isinya sebab overcooked


Bekal untuk anak bujang. 


Bekal saya... 
Pagi ni masih ada roadblock  di simpang 3 depan kuaters tu. Saya tak la kena tahan. Mungkin sebab drive sorang. Lepas tu dalam kereta sorang-sorang pun saya still pakai face mask. Agaknya polis pun percaya saya akan mematuhi SOP sebab sepatutnya kalau drive sorang tidak perlu pakai face mask pun. Hihihihi



Ajak cleaner sekali merasa bekal rendang saya..Orang sudah berbudi, bantu beli itik, kita berbahasa lah pula, ajak mereka berdua tu makan. Yang hitam dalam mangkuk tu bukan kuah tau. Itu air kopi saya bancuh untuk cleaner.Mug saya ada satu sahaja.. Paper cup habis. Nak ajak mereka minum. Yang ada.mangkuk ni sahaja... Boleh la kan.. Asal boleh minum... Jangan tiru aksi ini.. Hihihihi


Balik petang tadi saya mentong..... 
Hihihihi........ 


12 comments:

  1. Aduhai enak banget rendang itik tu.bebila kena carik gak itik salai ni

    ReplyDelete
  2. Salaam
    Tak pernah makan itik, angsa ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليکم اسلام
      Itik angsa lagi sedap G.. Banyak daging. Sekor angsa boleh dapat sekuli besar kalau masak

      Delete
  3. Sedapnya rendang itik.teringat masa kecik2 dulu arwah mak ada bela itik serati dan itik tu di masak kari pekat,ala2 rendang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni rasanya itik telur yang sudah pencen ni agaknya.. Adik beradik ayam pencen la ni.. Hihihi

      Delete
  4. Tumpang jamu mata di sini. Teringin makan rendang itik salai. Sedapnya cecah dengan nasi himpit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sha Allah kalau ada rezeki jumpa orang jual. Tapi kat Sabah lagi banyak makanan exotic kan cikgu... Suka saya kalau dapat macam tu

      Delete
  5. pada yang makan itik, mesti suka :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syaz tak makan itik ka...
      Ish sedap apa.. Hihihi
      Tapi Cella kata bau itik tu kuat sangat. Saya pula dok cari bau itik tak jumpa.. Hihihi

      Delete