Friday, 6 November 2020

ASAM PEDAS DAGING

Dua hari lepas saya masak Asam Pedas Daging. Asalnya saya bercadang memasak  Asam Pedas Ikan,tetapi memandangkan anak bujang cuti, saya putuskan untuk masak Asam Pedas Daging. Ini kerana anak bujang saya tidak makan ikan. Asam Pedas Daging semua isi rumah ini memang makan.

Asam Pedas Daging
Ketika memasak Asam Pedas Daging imi saya terbayangkan alangkah lebih sedap jika menggunakan Daging Tetel. 
Lebih 10 tahun dahulu ketika emak saya masih makan daging, Asam Pedas Daging Tetel + Lemak  memang menjadi kesukaan emak saya. Biasanya jika balik kampung, emak saya akan membeli daging bercampur lemak untuk minta saya masakkan Asam Pedas. Bukan lemak putih yang cair ketika dimasak & membeku melekat ketika sejuk. Sebaliknya lemak lembu yang bewarna kuning & teksturnya kenyal. Sungguh sedap dimasak asam pedas. Tetapi haruslah colestrolnya tinggi. 


Jika masak Asam Pedas Daging, saya memang akan letak daun limau purut
Daun kesum pun letak juga


ASAM PEDAS DAGING
1/2 kg daging
1 sudu teh penuh pes asam jawa Adabi
1 sudu garam
1 sudu teh penuh gula melaka
5 helai daun limau purut
5 tangkai daun kesum
1/2 cawan minyak

Bahan Blend;
30 cili kering
1 bawang besar
3 bawang putih
1 batang serai
3 hiris lengkuas
3 hiris halia

1. Panaskan minyak & tumis bahan blend hingga naik minyak. 
2. Masukkan daging hiris & masak hingga daging kecut. Tambah 3 cawan air & tutup kuali biar hingga daging empuk. 
3. Bila daging lembut barulah tambah air asam jawa (1 sudu teh pes asam jawa + 1cawan air). Adjust ikut kepekatan kuah
4.Tambah garam, gula, daun limau purut & daun kesum
5. Perlahankan api & masak dengan api perlahan supaya naik minyak & kuah cantik
6.Sesuaikan rasa. 
** Saya menggunakan daging rebus yang memang saya sentiasa ada stok frozen.Masa memasak pada hari bekerja  dapat dipendekkan. 

Dilawankan dengan Sayur Kobis Ala Mamak dan telur dadar garing panas-panas. 






8 comments:

  1. Replies
    1. Kalau dibiarkan sehari semalam rasanya lagi sedap Syaz.. Bau melekat pada tangan..

      Delete
  2. Asam pedas daging memang sedap sangat! Dapat kuahnya makan dengan nasi pun dah cukup lazat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan cikgu... Lagi-lagi yang kuahnya pekat masakan semalam, huh nikmat sungguh

      Delete
  3. Salaam, memori...masjid local masa kecik MLM jumaatlepas kuliah maghrib Dan baca yasin, makan nasi Dalam dulang lauk asam.pedas daging tetel. Sayur kobis goreng putih je ...Ikan gelama masin Dan sambal belacan. Air teh tarik..

    Tiap minggu Ada orang sedekahso mesjid menu Tu. Sedap. Kalau Ada qiamulail ..pun menu Sama..

    Arwah mak pulak letak Banyak langkuas dia blend haluskan. Langkuas and fibres good for flushing cholesterol.sayur kobis Dan fibres elok until jantung Dan kesihatan. So good match la..🤓🤓


    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليکم اسلام
      Wah, nostalgic tu makan nasi dalam dulang. Nikmat makam dulu-dulu lain macam kan walaupun makanan biasa-biasa.
      Owh lengkuas bagus untuk kolwstrol yer... Patutlah orang-orang tua dahulu ambil umbut lengkuas direbus, dijadikan ulam. Rupanya ada khasiatnya

      Delete
  4. Replies
    1. Mai la sini.... Saya masakkan kan.. Nak makan yang beli pun banyak sini. Siap ada COD

      Delete