Wednesday, 18 November 2020

SARDIN BAKE BEANS ALA KACANG FOUL

Malam nak tidur, kepala masih ligat fikir esok nak buat sarapan apa... Kalau hari kerja fikir nak buat bekal apa. Padahal sarapan tu minum minuman panas secawan +biskut 2 keping dah boleh buat kerja dah pun. Sebab tengahari dah nak makan nasi pula. Kalau hari kerja saya jarang makan tengahari. Selalunya makan nasi dah nak maghrib. Cuma jadual makan sejak PKPB memang berubah la. Berubah makin makan sikit atau makin makan banyak, sendiri tahu.. Hihihi



Ni sarapan Sadin Bake Beans Ala Kacang Foul. 
Terjadinya tanpa sengaja. 
Kisahnya menyelongkar kabinet dapur untuk buang mana yang patut & topup mana yang perlu. 
Ada 1 tin bake beans yang makin hampir  untuk expired. Kalau masak gitu sahaja makan dengan roti & sosej, memang saya sorang la makan bake beans nya. Anak-anak hanya akan makan sosej ngan roti. 

Lalu terfikir masak dengan sardin untuk makan nasi tengahari. Tapi bila dah siap masak rasa macam makan ngan roti lagi sesuai. Teringan kacang foul... 




Buat tellur mata kerbau letak atasnya..Wah,not bad la... Sedap sangat.. Persantan la sarapan roti dengan kacang foul. 


SARDIN +BAKE BEANS

1 tin kecil sardin
1 tin sedang bake beans
1/4cawan cili blend halus
1 bawang besar-dadu halus
1 sudu teh garam
1/4 sudu minyak
Daun sup cincang

1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar
2. Masukkan cili blend & masak hingga naik minyak
3.Tambah garam, sardin & bake beans.
4.Masak hingga nampak pekat dan naik minyak
5.Tabur saun sup cincang
**Hidang dengan telur mata dan roti


Nak pedas tambah cili padi. 

Rasa lebih sedap dengan ada telur mata goyang. Boleh ulang makan oo

Makan...... 





4 comments:

  1. Aslmkm sedapnye sardin cengitu. Boleh la try masak pelbagaikan menu sardin ni.sesekalibmasak me out tekak kita kalu ikut anak asik ayam manjang

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليکم اسلام
      Sedap juga rasa dia... Anak-anak boleh makan dengan roti. Kalau dapat roti paun yanv tebal tu lagi feel makan...

      Delete
  2. Ada sekali dulu, masa balik rumah mak mertua, mak buat sarapan ala kacang foul ni la, guna kacang panggang tu jer, makan dengan roti, sedapnya tu sampai skrg masih teringat, tapi bila buat tak sesedap mak masak. Sekali tu jerlah dapat makan sebab tak lama lepas tu mak stroke sebelah badan sampai la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Air tangan orang tua lain sedapnya kan SK...
      Tapi seriusnya saya belum pernah makan the ori kacang foul tu... Pernah nak makan kat MAHA tapi tetiba teroder T-bone steak kuah merah tu.. Kat KL tak tahu ada ke tidak..
      Syafikillah... Semoga الله beri kesembuhan untuk emak mertua SK...

      Delete