Monday, 23 November 2020

JUMPA RAMLAH RAM

 Hari ini tidak berapa nak rajin cerita makanan & masakan.Mata belum nak lena. Dok lip poq lip poq sambil dengar Radio Klasik ni. Tiba-tiba rasa nak TB zaman sekolah menengah  3 dekad yang lalu..

Zaman "Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu".. Hihihi

1988 zaman sekolah menengah. Cikgu buat lawatan sambil belajar 3h 4 m ke KL & Melaka. Guna duit biasiswa  bayar duit lawatan rm35. Saya memang dapat Biasiswa Persekutuan sebulan RM30. 

Dengan duit biasiswa la buat bayar yuran asrama sebulan RM30. Kalau cuti penggal yuran asrama hanya bayar separuh =RM15

Bila cikgu kata nak buat lawatan ke KL hati meronta nak menjejak kaki ke KL. Mula mak tak kasi, tapi pujuk-pujuk nak guna duit biasiswa, mak kasi. Bertolak malam. Pagi esok sampai Melaka. Petang ke KL tidur kat asrama Biro Tatanegara. Masa tu kalau tak silap YB  Datuk Othman Abdul dari Parlimen Pendang (rasanya masa tu beliau menteri di JPM) belanja dinner. Konon orang kampung mai KL.Saya ingat ooo.. TQ YB.. Ada lagi Datuk  Othman Abdul  tu sekarang.Di Kedah beliau dikanali sebagai nama kampungnya Man Bedun(rakaman ucapan terima kasih Tok Man Bedun) 

Esok pagi hari ke-2 lawatan, cikgu bawa ke RTM. Pagi lagi kami sampai RTM. 

Tiba-tiba jumpa Ramlah Ram depan RTM. Kecik molek kak Melah dalam persalinan merah menyala. Memang kena serbu la. Dulu-dulu bukan ada handphone. Camera pun cikgu sahaja yang ada. Apa-apa pun cikgu cakap pegang dulu Ramlah Ram tu sementara cikgu nak ambil camera. Hahaha, nampak tak tangan kak Melah kena kilas ke belakang. Memang kak Melah tak dapat lari la.. Masa ni zaman kemuncak kak Melah ni. Tengah meletop dengan lagu Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu... Hujung tahun tu kak Melah muncul juara dalam Muzik Muzik 1988(sekarang dikenali AJL) dengan lagu berhantu tu. Ingat lagi, masa tu kak Melah pakai dress putih ada  ♥️ besar kat dadanya. Esonya dalam surat khabar kecoh Norma Norell (perunding imej kak Melah) bgtau reporters  yang sepatutnya ❤️ kat baju tu ada lampu lip lap yang akan menyala masa kak Melah nyanyi tapi masa kak Melah nyanyi.... gimik tu tidak menjadi kerana masalah technical. 

Saya cuma nak cakap saya memang minat kak Melah. Banyak lagu-lagu kak Melah saya masih ingat  wording & melody nya. Saya juga masih ingat masa menang Bintang RTM & awal kemunculan kak Melah berambut panjang sampai ke lutut. Lepas tu dah potong pendek dah. Semoga kak Melah sihat & terima kasih kerana melayan kami dengan baik walaupun sedang bergegas nak gi show masa tu. Lihatlah kak Melah tetap memberikan pos paling manis & menjadi kenangan manis untuk kami. 

6 comments:

  1. Waduh waduh Tijah! Kau Kunci Cintaku di Dalam Hatimu....masih terngiang-ngiang suara nyaring, lantang Ramlah Ram. Meremang bulu roma!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman pertindihan pop & rock masa tu kan..
      Kat sekolah dak pompuan pakai kain senteng. Dak lelaki pakai seluar sendat kaki kecik macam legging.. Hihihi

      Delete
  2. Replies
    1. Kita membesar dalam zaman yang sama.. Zaman pop vs rock... Tapi saya gatai skit kawin awai.. Hihihi..

      Delete
  3. Ramlah Ram gadis desa yg tiba2 menyerlah dlm dunia hiburan.sukar dia mencari identiti apa yg dibuat serba tak kena masih digelar kampungan. Dlm hidup ni kita mmg tak dpt puaskan citarasa orang lain tapi Saya pn peminat Ramlah Ram

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. Nasib baik masa tu toada media social.. Sekadar ada akhbar & majalah.Kalau tidak jenuh kak Melah kena tutup ruang komen kan.. Hihihi.
      Tapi kak Melah antara artis yg masih bertahan hingga kini

      Delete