Saturday, 28 November 2020

MASAK SPAGHETTI JER

 Semalam Jumaat lepas masak Abuk-abuk Sagu terus ketiduran. Sakit kepala kembali menyerang. Mungkin sebab hari Khamis saya minum kopi masa makan rendang itik dengan cleaner tu. Malam tadi makan ubat & tidur dengan harapan bangun pagi ni akan lega. Sama seperti saya yang degil tak mahu tinggalkan kopi, maka sakit kepala pun degil tak mahu lega. Padan muka


Pagi tadi dalam kesakitan kepala bangun juga masak bekal untuk bujang. Kesian pula semalam pun saya masak ketupat goreng tu lambat tak sempat bawa bekal sebab masuk kerja awal. Hari ni masak express sahaja. Spaghetti Bolognese. Guna sos segera Adabi sahaja. Tambah sosej. Pukul 5 pagi dia dah gerak 


Makanya merangkap lunch la untuk yang kat rumah. Saya tidak minat spaghetti bolosnese ni. Lepas subuh, kepala sudah tidak boleh tahan, saya bancuh secawan milo, bakar 2 keping roti garlic & telan pula sebiji Synflex. Kita dilarang tidur selepas subuh tapi saya tertidur juga. Siap mimpi pergi ambil ubat  ke Klinik D. Mansur.. Hihihihi tu namanya mimpi siang hari. Orang dah ke bulan, ekau masih bermimpi... Alhamdulillah bangun sebelum zuhur tadi sakit kepala dah hilang. Betul lah nikmat kesihatan itu tiada tandingnya.. Setakat Allah uji dengan seciput kesakitan tu adalah sebagai kifarah untuk menggugurkan dosa-dosa kecil. Apalah sangat nak dibandingkan dengan nikmat seluas alam yang Allah kurniakan...Alhamdulillah..... 

Bangun tengok Cella masih di meja dengan asigmentnya... Dia cakap kakaknya ke Bangi.. Mereka berdua dah makan spaghetti tu.. Mmmm kepala ligat lagi berfikir nak masak apa ni petang ni..Kat Radio Klasik DJ AdiSuwardy tengah buat servey  dengan topik minum petang dengan menu cucur. Cucur Udang, Cucur Bawang & Cucur Bilis dipertandingkan. Macam sedap la pulak.. 

4 comments:

  1. Spaghetti ni selalu kala sedap gak letak banyak fauna Dan Flora bebanyak.pastu sedia sambal daging cincang sbg dayangnya.cucur aka cekodok mmg tak pernah miss terutama hujan2 ni

    ReplyDelete
  2. Anak bongsu akak peminat no 1 speghati.Malam2 buta pun dia boleh masak sendiri walaupun guna minyak zaitun dan bawang putih je pun jadi.
    Suami dan anak lelaki no 4 tekak melayu ,tak pandang speghati ni.

    ReplyDelete
  3. Kalau spaghetti ala Olio macam anak akak masak tu yezzz saya suka.. Sedap & rasa ori. Kalau bolognese ni memang buat untuk anak-anak sahaja la

    ReplyDelete