Wednesday, 18 November 2020

LEPAT UBI vs BERRY TEA

 Plan asal nak buat Lempeng Ubi Kayu untuk dilawankan dengan Kopi Tenom setelah memabaca blog Cikgu Amei. Sebelum ni pernah juga sekali dua masak lempeng ubi tetapi sebab sudah lama tidak melempeng ubi, bila tengok Cikgu Amie buat rasa teringin la pulak. Tetapi Lepat Ubi juga jadinya. Puncanya kerana tangan ini laju mencapai gula merah & menggaulnya dengan parutan ubi. Sudah digaul baru teringat sudah dicampur gula merah. Kalau hendak melempeng, ubinya patut dibiar putih & tidak dicampur santan. Aduhai, nampaknya menjadi lepat lah lagi. Hendak dibakar menjadi bengkang ubi, malas la pula hendak mengeluarkan segala barang dalam oven. Lumrah la mak-mak akan simpan segala tray & peralatan bakery dalam oven. Mak-mak yang amatur bakers la. Kalau yang pro memang ada stor simpanan kan. Maka jalan singkatnya  buatlah lepat ubi lagiiiii..Kebetulannya sebab ada daun pisang,boleh la. Cuba kalau tiada, mungkin membengkang jugak la. 


Kejadiannya kali ini bentuk lebih stabil
Sebabnya saya sudah tercampur kelapa parut putih sebab konon nak buat lempeng. Selalu saya hanya guna santan pekat kalau nak buat lepat. Dengan adanya kelapa parut dalam tu adunan tidak terlalu cair tapi bila kunyah tidaklah selicin macam selalu. Ada sedikit rasa mengganggu tekak la sebab ada kelapa. Kalau lempeng tidak lah terasa sangat sebab digoreng.. Overall sedap sedap telebih lemak. Ada kelapa, ada santan lagi

Lepat Ubi untuk minum petang
Kat rumah saya minum petang bukan kemestian pun. Sebab selalunya bukan semua ada serentak. Kadang memasing bancuh air dan minum sendiri-sendiri sahaja.Cuma ada masa teringin nak amakan kuih, kalau dah malam pun, buat juga. 


Lepat ubi saya kali ini bercampur kelapa la sebab plan asal nak buat lempeng ubi. Tapi dah tercampur banyak gula merah.. Jadi lepat 

LEPAT UBI KAYU
2 ketul ubi =2 cawan ubi parut
1 cawan kelapa putih
1 cawan gula merah(dark brown sugar) 
1 sudu teh
1/2 cawan pati santan
20 keping daun pisang - layur

1. Kupas ubi, potong kecil

2. Blend segenggam potongan ubi dengan 1/2 cawan air & tapis. Ambil air tapisan & guna untuk blend segenggam lagi ubi & tapis. Buat hingga habis. (pastikan blend halus supaya tekstur lepat lebih mulus

3. Tapis semua ubi & mendapkan air tapisan ubi. Buang air kuningnya & ambil patihnya

4.Campur ubi dengan kelapa parut, garam, gula merah & santan pekat. 

5.Bentangkan sekeping daun pisang selebar tapak tangan & isikan 1 sudu besar adunan & bungkus. Buat hingga habis

6.Kukus 1/2 jam & biar sejuk sebelum makan. 



Ubi kayu diblend halus, Dulu-dulu emak saya parut ubi kayu dengan parut yang emak DIY menggunakan tin susu. Tin tu emak belah & tebuk lubang rapat-rapat menggunakan paku. Kiri kanannya emak pakukan pada kayu. Itulah parut emak saya. Masa saya kecil periuk kukus pun saya tengok emak DIY. Periuk lama yang sudah bocor, mak tebuk lubang banyak-banyak kat bontot periuk. Letak letak atas periuk lain yang sama saiz.. Settle. Kalau mak nak kukus kuih guna loyang (mak saya panggil loyang tu sebagai pelengat) mak akan guna kuali. Kuali tu isi air jerang sampai mendidih. Kemudia emak letak gegelang atau jaring besi atas air tu. Letak pelengat atas jaring tu & tutup dengan dulang (mak saya panggil talam) kecik.. Sama macam cina buat masa kukus ikan. 


Tapis ubi yang sudah di blend. Perah hingga air sejat


Mendapkan air tapisan ubi. Kalau kita parut ubi tu, airnya pekat & tidak banyak,tapi kena perah juga. Kalau kita blend, memang banyak air sebab kita blend guna air


Bila mendapkan dalam 20 minit akan dapat macam ini. Perlahan-lahan tuangkan airnya & mendapan putih itu kita ambil. Mendapan putih ini ibarat gam yang akan melekatkan biji-biji ubi parut supaya kuih rasa kenyal dan mulus. Kalau tidak ambil mendapan ini kuih akan jadi agak kasar bila dikunyah & kurang kenyal. Kalau ubi parut,boleh sahaja air tidak diperah & terus buat kuih. Tetapi ada beza rasa. Kuih yang ubinya tidak diperah, bila kita makan, selepas telan akan ada rasa sedikit pahit melekat dianak tekak. Boleh cuba kedua-dua kaedah untuk tahu perbezannya. 


Part yang ini lah saya terlupa. Sepatutnya kalau nak buat lempeng tidak perlu guna gula merah banyak-banyak. Gula pasir sahaja digunakan sedikit untuk sekadarnya sahaja. Sebab jarang masak lempeng ubi. Fikiran sudah setting, letak santan & gula merah. Maka kenalah tukar plan jadi lepat. 


Gaul semua sebati. Adunan akan nampak sikit berair.Bentang sekeping daun pisang sebesar tapak tangan dan isikan 1@2 sudu adunan ubi. Pastikan daun pisang dilayur dahulu supaya tidak pecah bila dilipat
Buat hingga siap dan kukus 1/2 jam hingga masak. Biar sejuk sebelum hidang supaya bentuk kuih beku & mudah dimakan. Jika dimakan semasa panas, kuih agak melekit & lembik. 


Lepat Ubi Kayu siap.. 



Tekak nak minum kopi Tenom dari Sabah ni. Saya bukan pandai menilai rasa kopi pun, asal namnya kopi  saya minum. Tapi kalau nescafe memang saya alah. Secawan minum, maka sampai ke malam hati akan berdebar. Tidak tahu apa kaitannya tapi kalau terminum nescafe, akan berdebar macam  nak 1st time nak jumpa bakal mertua. 
Lagipun, sebab minggu ni sudah langgar janji, sudah minum kopi beberapa hari lepas. Mengenangkan kerja bertimbun belum siap. Tidak jadi minum kopi



Saya rendamkan  1 sachet Berry Tea


Berry tea ni pemberian kawan. Buah tangan dari UK katanya. 

Memang betul-betul berry la. Bermacam berry kering diisi dalam kain net. 



Saya buka net tu sebab nak tengok isinya. Kemudian masuk dalam mug dan isi air mendidih. Rupa macam teh.. Tapi rasa masam... 


Akhirnya saya bancuh black tea juga.. 
Hati gerammmm sahaja nak bancuh kopi baru kena nak lawankan dengan lepat. Tapi pujuk hati, sabar dulu, tunggu semua kerja siap nanti reward kopi. Bukan kopi cap perempuan rambut panjang tu, hanya kopi cap gantang dah cukup untuk tekak saya. Hihihihi... 


8 comments:

  1. Aslmkm tengok lepat Ubi terliur la plak ptg hari ni.ubi parut ada beku dlm peti tapi nak olah tak de kelapa muda tambah malas sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, siap ada ubi parut beku lagi best nak masak. Nak mengerjakan ubi tu yang malas..keluarkan malam ni, esok cari kelapa.. Dah boleh masak tu

      Delete
  2. Aduhai... baru makan minggu lepas. Datang sini rasa nak makan lagi lepat ubi huhuhuuuu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun dah 2 kali buat lepat bulan ni.. Jarang tu terjadi.. Hihihi... Makanan nostalgia kita kan, mestilah melekat dihati

      Delete
  3. Replies
    1. Oh, lemet pun bermaksud lepat yer.. Selama ini lemet tu saya ingatkan tilam yang dibuat dengan isian kekabu tu.. Hihihi

      Delete
  4. Lapaq laaa tvk lepat ubi..
    Susah nak cari...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat la nayfatimah.
      Buat seketul ubi pun cukuplah habuan hilang teringin. Saya bkend sahaja ubi.. Semoga dimurahkan rezeki Hihihi

      Delete