Sunday, 8 November 2020

SAMBAL TERUNG BELANDA/TERUNG PIPIT


Sambal Terung Belanda ni saya masak untuk lunch hari Jumaat. Terung Belanda tu nama panggilan orang kampung saya. Kat KL ni dipanggil Terung Pipit. Ada yang panggil Terung Rimbang. Kalau di Indon mereka panggil Tekokak.Terung Belanda ini juga antara makanan yang saya tidak suka ketika kanak-kanak dahulu. Emak saya pula kalau masak sambal bilis mesti letak terung belanda ni. Maklumlah, terung belanda ni memang banyak tumbuh  disekeliling rumah. Kalau emak saya masak, terungnya dimasak sekejapan sahaja & warnanya nampak cantik hijau didalam kuah sambal.Kalau dijadikan ulam pun emak saya akan hidangkan mentah-mentah. Paling-paling pun, emak saya hanya akan bakar sekejap diatas bara api & terus dijadikan ulam. Pop, pop, pop bunyi bila emak mengunyah nasi bersulam ulam terung belanda ni. Saya pernah cuba tetapi memang tidak sedap pada lidah & tekak saya. Mungkin itu menyebabkan saya tidak suka kerana rasa terung tu masih mentah & ada rasa yang kuat. Berzaman saya tidak makan terung ni sehinggalah beberapa tahun kebelakangan ini saya jadi teringin hendak makan. Cuma bila saya masak, memang saya akan masak hingga terungnya lembut. Bukan nak melawan emak, tetapi saya memang tidak mampu telan kalau terung ni masih mentah. Ternyata sedap pada tekak saya. Malangnya ketika saya sudah jatuh cinta kepada terung belanda ini, harganya boleh tahan 1kg Rm15. Tetapi saya bukan nak makan sampai sekilo. 250gm sudah cukup untuk saya beli & masak. 

Pagi Jumaat, saya menemani Adah ke tempat kerjanya. Asalnya, ingat nak suruh Cella sahaja temankan, tapi Cella nak siapkan asigmemt yang sudah menimbun hasil seminggu kelas. Akhirnya saya yang temankan. Ada hal perlu ke sana. Tetapi tidaklah lama. Hajat hati selepas itu hendak meronda-ronda KL, sekadar meronda tanpa turun dari kereta. Tetapi kata Adah, banyak roadblock hari tu, karang tidak memasal cari pasal musim-musim PKPB ni. Walaupun SOP membernarkan 1 kereta 2 orang, tapi kan tu untuk tujuan penting. So, meronda tu tak penting pun. 
Balik!! 
Maka beransurlah balik. Singgah Baker's Cottage beli Ayam Panggang sekor sebagai lauk sebab sudah lama saya tidak membeli ayam untuk lauk anak-anak. Lagipun boleh la cuti masak lauk, just masak nasi sahaja. Tetapi saya sudah terbayang lauk pedas-pedas. Maka saya saya ikut kata hati saya. Hajat nak cari petai, tapi yang dapat hanya terung belanda ni. Boleh lah untuk menyambal. 

Sambil menanak nasi & masak sambal, sambil meratah ayam ni berdua dengan Cella. Adah ke klinik gigi. 

1/4 ayam dah selesai diratah. Lagi 1/4 untuk Cella makan dengan nasi. Lagi 1/2 untuk abang & kakaknya
Cuma ayam yang ini kurang sedikit rasanya & kurang garing


Ini yang abangnya beli  hujung bulan hari tu masa dapat gaji katanya belanja ayam panggang ni. Yang ni sedap sebab garing. 


SAMBAL BILIS TERUNG BELANDA

2 cawan ikan bilis
1 cawan terung pipit
1 asam keping
1 sudu teh garam
1/2 keping gula melaka
1/4 cawan minyak

Bahan Blend:
30 cili kering
1 bawang besar
3 bawamg putih

1. Panaskan minyak & goreng bilis hingga garing.
2.Terus masukkan bahan blend & terung pipit
3. Masak hingga terung lembut & sambal naik minyak
4. Tambah asam, garam & gula. Biar mendidih  & tambah sedikit air jika terung belum lembut.
5. Perlahankan api supaya sambal naik minyak & sesuaikan rasa

13 comments:

  1. Salaam Terung pipit. Buat sambal Kering stay basah. Sedapnya ..atau sambal cili padi
    Dulu hidup liar macam semak je. Buat peluru dgn guna buluh meletup pop. Again kedai grocery Siam ADA jual. Selalunya mak Akan potong t didepan buat so ianya menyerap flavour sambal.
    Sungguh menambahkan air liur.banyak khasiat sayur ni.
    Siapa jangka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. وعليکم اسلام..
      Betul G.. Dulu tumbuh meliar tiada harga. Sekarang semak pun sudah tiada. Emak saya inisiatif ambil anak pokok dalam semak & tanam bersama pokok cili & pokok ulamnya dirumah, tak maunya subur walau diberi baja. Agaknya habitatnya memang maukan semak. Potong t itu idea yang bagus tu. Boleh saya cuba lain kali

      Delete
    2. Salaam, Cuba Tanam pakai biji.

      Biar Tua buah kat dahan.

      Baru semai..


      Masak lemak chilli padi pun sedap..letak ikan.
      Bila potong t buat lebar dan Dalam. Takyah rebus Terus je masak etc

      Delete
  2. Salam,
    Ini antara ,makanan yg belum lagi menjadi kegemaran sy, hihi.
    Mungkin kalau ada depan mata, baru sy ceduk, tapi belum lagi pernah termimpi nak makan.

    Terung pipit ni adalah pokok yg jenis menyerap plumbum dari dalam tanah, jadi jagan diambil berlebihan krn plumbum tidak elok utk saraf. Tapi dah tua2 ni makan aje lah, hahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh yer ke SK. Saya tidak tahu yang terung ini menyerap plumbem.hebatnya ciptaan Allah

      Delete
  3. Dulu masa kecik kutip terung ni sambil main yg tua buat peluru senapang buluh yg muda bawak balik buat sambal ngan bilis hitam keras masak lama bagi lembut letak belimbing buluh cicah pucuk Ubi kayu .aduhai zaman susah nak mkn cari je keliling kampung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Betul kebanyakan kanak-kanal zaman dulu mesti tahu permainan ini. Swnapang kayu

      Delete
  4. Eh eh macam tau-tau pulak aunty baru beli terung pipit ni. Ingat nak masak smabal letak petai...sedapkannn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Lin..
      Jangan menuakan diri, ni mak cella dah, cella dah bz sekarang. Hihihi
      Terung tu kalau sambal ngan petai lagi la sedap. masak lemak cili api sama daging salai pun sedap. Cuma ada orang alergy kalau makan terung ni katanya akan gatal bontotttttttt.. Hihihi

      Delete
  5. Saya pun membesar dengan terung pipit. Masa kevik dulu tak berapa suka, dah tua baru suka makan. Tapi sysahlah pulak nak dapat terung pipit sekarang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patutlah mak-mak kita dulu suka makan terung pipit ni. Rupanya sekarang baru tahu, selera berubah bila sudah tua. Sekarang memang jarang nak jumpa terung pipit ni, emak saya tanam pun tidak mahu menjadi

      Delete
  6. Terung belanda ni mak saya ajar rebus dahulu sebelum nak masak apa2. Buang air hitam rebusan. Sejak kecik saya suka mak saya masak sambal tumis ikan bilis terung belanda. Bila dah bekerja, duduk menyewa, pernah masukkan dlm gulai lemak kuning ikan. Sedap juga...

    ReplyDelete
  7. Suka juga buat sambal campur ikan bilis dan terung pipit

    ReplyDelete