Abuk-abuk Sagu
Mak aku cakap ni Kuih Nostalgia...
Dah agak dah kan...
Asal masak apa-apa mesti mak aku ada jer nostalgianyer..
Kuih ni apa lak nostalgianya..?
Mmmm...mak aku cakap Kuih Abuk-Abuk Sagu ni nostalgia sebab ini adalah antara kuih yang perlu dimasak masa mak aku form 2
Mak aku cakap dalam sunject Sain Rumah Tangga Tingkatan 2 tahun 1980-an
Kata mak aku dalam buku tu ada macam-macam kategori masakan
Ada Biskut....Kek...Kuih Tempatan dan juga lauk dari telur
Kuih Abuk-abuk Sagu ni mak aku cakap dalam kategori Kuih Tempatan
Selain daripada Kuih Abuk-abuk Sagu..
Mak aku cakap ada lagi beberapa jenis kuih lain yang cikgu SRT ajar
Antaranya Kuih Keria...Karipap..Lepat Pisang...Onde-onde Buah Melaka..
Kata mak aku masa tu cikgu SRT tu sangat garang..
Kalau salah buat memang kena cubit sampai lebam hitam..
Huh...biar betik..?
Bapak garang cikgu-cikgu dolu..!!
Mak aku cakap sebab cikgu-cikgu dahulu garang..
Semua yang cikgu ajar dapat ingat sampai sekarang..
Mak aku kata murid form 3 masa tu kebanyakan semua dah reti masak beberpa jenis kuih..Kek...minuman dan juga boleh menjahit
Mmmm......yer lah....mak aku nak cakap aku x pandai menjahit la tu...huhuhu
Kuih Abuk-abuk sagu ni mak aku masak semalam
Semalam kan hari Ahad..
Semua cuti
Hari Sabtu dah hiking BUkit Besi
Hari Ahad makan-makan gantikan semula 1/2 kg lemak yang hilang tu
Hahahahaha...
Abuk-abuk Sagu ni
Aku suka...
Rasa dia lemak-lemak masin sikit kat luar dia kenyal-kenyal..
Dalam dia ada gula melaka
Bau dia harum daun pisang macam bau kuih lepat
Tapi kakak x suka
Aku x nampak pun kakak makan..
Abang..?
Abang aku xa tahu makan ke x sebab semalam abang kerja
Abuk-abuk Sagu ni mak aku dah pernah masak sebelum ni.
Cuma aku rasa macam bentuk dia lain sikit..
Mmmm...bila tanya..mak aku cakap selalunya mak aku akan buat bentuk yang KURUS
Hari ni nyer versi bentuk dia GEMUKs sikit
Ada sebabnya....
Mak aku cakap sebabnya....
Kerana kali ni guna pengukus Rice Cooker x boleh nam buat kon tu tingngi-tinggi sebab nanti x boleh nak tutup
Sebelum ni kalau buat yang kon kurus tinggu tu sebab guna periuk kukus.
periuk kukus penutupnmya tinggi..
So, boleh la buat tinggi kon dia.
Untuk cara membungkus bentuk kon panjang boleh tengok KUIH ABUK_ABUK SAGU kat sini....
Walau apapun bentuk dia..
Mak aku cakap rasa dia sama jer
Cuma kalau bentuk gemuk macam ni mak aku kata orang selalunya orang bungkus KUIH KOCI
Ni Abuk-abuk Sagu yang sudah dibuat keratan rentas
Hahahaha...
Tingat subjek Sains selalu ada keratan rentas
Ini Abuk-abuk Sagu juga ada keratan rentas
Baru nampak dalamnya ada inti Gula Melaka
ABUK-ABUK SAGU...
2cwn sagu (rendam kembang)- sebaiknya direndam semalaman @ beberapa jam
2cwn kelapa putih
1 sudu teh garam halus
15 keping daun pisang -anggara setiap satu selebar tapak tangan orang dewasa
(jika daun segar-layur atas api supaya lembut
jika daun layu x perlu lagi layur)
Inti:
1/2 ketul gula melaka
1/4 cawan gula pasir
( boleh ganti brown sugar)
1. Sagu dibasuh dan direndam dalam air yang banyak..(Jangan dikacau-kacau sagu tersebut... in sha Allah sagu x akan hancur)
2. Toskan sagu dan buang air rendamannnya
3. Campur sagu dengan kelapa parut putih dan garam halus.gaul rata
4. Gula Melaka diracik halus atau disagat kasar dan gaul bersama gula pasir
5. Buat kelongsong atau kon menggunakan sekeping daun pisang (BOLEH RUJUK kat sini....)
6. Isikan 1 sudu besar campuran sagu dalam kon dan gunakan batang sudu untuk membuat lubang ditengah2 sagu untuk mengisi 1 sudu teh inti gula Melaka yang dicampur gula pasir)
CARA ini akan menjadikan intinya berda ditengah-tengah kuih.
7. Tutup kon dan lipat dengan kemas supaya kuih tertutup
8. Buat sehingga habis dan kukus anggaran 15 minit sehingga kuih masak
9. Cara menguji kuih sudah masak ialah dengan mengambil sebungkus kuih dan buka untuk lihat isinys
10. Jika semua sagu berwarna jernih itu manandakan kuih sudah masak.\
11. Jika masih ada bintik pitih pada sagu..tambah masa mnegukus beberapa minit lagi
** Satu lagi cara ialah dengan memasukkan 1 sudu campuran sagu
Kemudian masukkan 1 sudu campuran inti gula melaka
Tutup semula campuran inti dengan 1 sudu lagi campuran sagu
Kemudian baru dilipat kemas
TETAPI cara ini akan menyebabkan kuih terputus dua bila sudah masak
Sagu yang sudah direndam dan ditoskan
Mak aku cakap sagu perlu direndam hingga betul-betul kembang supaya nanti mudah masak dan cepat menjadi jernih tanpa meninggalkan bintik putih ditengah sagu
JIKA sagu tidak direndam....Kuih hanya akan amsak pada bahgian luarnya manakala bahagian yang terkena gula akan menjadi bintik putih dan tidak berapa cantik masaknya
Intinya
Gula Melaka diracik-racik dan dicampur gula pasir
( Kalau suka manis gula Melaka sahaja x perlu campur gula pasir)
Kuih aynga siap dibungkus..
Sedia untuk dikukus
Jika sagunya sudah jernih maksudnya sudah masak
Yang putih itu ilah kelapa yang dicampur dalam sagu
Abuk-abuk Sagu ready to eat
Kuih abok abok nie kegemaran saya juga..emak selalu buat dulu..era 80an - 90an..adakalanya kalau daun tak ada emak buat dalam loyang je..sedap jugak
ReplyDeleteWaaaa... Mesti batch2 mak kiter jugak..
DeleteMak kiter cakap belajar masak kuih ni dalam buku Sains Rumah Tangga masa sekolah menengah tahun 80-an juga..