Friday 4 January 2019

SAMBAL HIJAU TOMATO, BILIS & TERUNG PIPIT

 Sambal Hijau Tomato,Bilis dan Terung Pipit
Actually ni menu lunch hari Isnin..
Lastday 2018...
Haaa...nak cakap menu 3 hari lepas atau nak cakap menu tahun lepas..?
Walaupun 3 days ago
Tapi dah kira last year juga la sebab 2018
Hahahaha....


 Sambal Hijau ni fav kakak
Kakak pun makan terung pipit tu...
Mak aku cakap masak ssbab kakak ada kat umah
Final axam tapi kakak kata ada gap banyak hari antara paper sebelum ni ngam next paper


 Mula aku hanya pilih makan Ikan Bilis dan terung tu je ngan kuah sambal ni..
Sebab aku lupa mak aku masak sambal.ni letak tomato hijau
Aku ingatkan tu kulit lembu..
Sebabnya  semalamnya hari Ahad..
Mak aku ada masak MASAK LEMAK CILI API KULIT LEMBU


Haaa....memang sama jer kan tomato slice tu ngan kulit lembu ni..
Nampak lutsinar dia sama jer kan..
Ssbab tu aku ingatkan mak aku masak Kulit Lembu tu lagi...
Bukan aku jer yang ingatkan ni Kulit Lembu...



 Masa mak aku upload pic ni dalam falimy whatsApp pun...
Achik ingatkan ni Kulit Lembu juga..
Hahahaha....bukan aku jer la kan...

SAMBAL HIJAU TOMATO,BILIS DAN TERUNG PIPIT
4 biji tomato hijau- belah dan hiria nipis
1 cawan  bilis- bersihkan
1 cawan terung pipit - lerai dari tangkai
1/4 cawan minyak
1 sudu garam
1 sudu teh gula

Bahan Blend
1/2 mangkuk cili padi hijau
1 biji bawang holland

1. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis
2. Tidak perlu angkatbikan bilis...teruskan masukkan  bahan blend dalam ikan bilis bersama minyaknya.
3. Masak hingga naik minyak
4. Tambahkan masukkan terung pipit dan 1 cawan air.
5. Masak hingga mendidih,kuah pekat dan terung empuk
6. Tambah tomato slices ,garam dan gula..
7. Masak hingga pekat dan naik minyak
8.Sesuaikan rasanya dan siap



 Bahan blend ..
Mak akunpesan elok guna bawang holland a.k.a bawang kuning supaya sambal jadi hijau cantik


 Sepatutnya guna tomato yang betul2 muda dan masih hijau..
Ni tomato ni dah ada sikit merah sebab dah 2 hari dibeli..
Mak aku suruh akunpilih tomato yang masih hijau .
Aku dah pilih yang hijau tapi dah disimpan 2 hari kulitnya dah sikit merah
Sebab bijinya dah berair...mak aku cakap mak aku buangkan bijinya.
Mak akunkata kalau buah tomato yang masih muda x perlu buang bijinya..


 Hiria tomato nipis- nipis


 Terung Pipit....


 Mangkuk Tingkat
Haaa....sebab bawa bekal mangkuk tingkat ni
Sebab hari Isnin tu aku ikut mak aku
Bawa la bekal ni untuk lunch


 Jom makan....


 Selain Sambal Hijau tu mak akunjuga gorengkan ayam..
Bawa bekal nasi putih...sambal hijau dan ayam goreng


 Tapi tetiba ada plak ulam ni..
Ulam apa ni..?


 Mak aku cakap ni ulam Pucuk Mahkota Dewa..
Huh....bapak arrr....nama sikit nyer gampak..
Mahkota....Dewa lagi...
Biar betik..!
Haaa...tapi mak aku cakap memang pokok tu namnaya Pokok Mahkota Dewa..
Petik kat bawah dekat pokok mangga tu..
Laaa...boleh makan ker pucuk.pokok tu
Pokok tu memang aku tahu..
Buahnya bulat2 macam macam buah bidara jer warna hijau
Swlalunnampak masak warna merah cantik..
Tak tau lak boleh makan..
Tapi buah dia xde swsapa amik.pun..
Mak aku cakap buahnya dolu achik Sariah tu sslalu amik keringkan bagi pada swsapa saja yanv nak  buat ubat darah tinggi
Tapi sekarang achik Sariah dah xde..
So..buah tu terbiar..
Mak aku cakap...mak aku pun baru tahu sari whatsApp yang pucuk dia boleh buat ulam..
Aku cuba juga sehelai..
Mmm...rasa dia macam Pucuk Tenggek Burung..

Ok...bye

No comments:

Post a Comment