Roti Arab Goreng Cicah Kari Ayam..
Actually ni minum petang included dinner hari Selasa 1 st day tahun baru 2019
Untuk MENU LUNCH TAHUN BARU 2019...mak aku ada masak Kari Ayam
Sebab lunch tu kira brunch sebab makan pukul 11.30..
Petang dah lapar ...
Mak aku masakkan Roti Arab Goreng a.k.a Roti Puri ni...
Makan ngan Kari Ayam...
Aummmm....dah lama mak aku x masak Roti Arab Goreng ni...
Ni maknaku cakap simpan asing siap2 untuk abang
Nanti abang balik malam boleh makan...
Aku dah whatsApp kat abang bagitau nanti balik xyah beli makanan...
Ni untuk aku...
Aku nak kuah asing makan sorang2 sebab boleh gigit roti dan boleh celup..
Sendiri makan xper kan..
Hehehe....aku memang xboleh go kalau makan ngan kawan2 jenis lepas gigit cicah dalam kuah atau sos yang kongsi ramai2..
Aku bukan pembersih sangat pun tapi ada sesetengah memang x boleh
Tapi ada juga yang aku ok jer boleb terima..
Haaaa.....camaner tu....?
Ni mak aku cakap nak hantar kat jiran sebelah rumah ni...
Abang bujang sebelah pintu...
Tapi mak aku cakap call nak suruh dia buka pintu....tapi xberjawab..
Mak aku cakap whatsApp bagitau nak hantar makanan ni
Rupanya abang tu xde kat umah..
Dia cakap tengah lepak ngan kawan2 dia kat luar belum balik...
Mmm....kan cuti Tahun Baru...mesti la dorang kuar...
Dalam pukul 10 malam dengar bunyi buka pintu..
Mungkin abang tu dah balik tapi mak aku dah zzzzz dah masa tu..
Mak aku memang tidur awal...
Lagipun esoknya kan dah 2 January dah
Mak aku cakap nanti nak kena bangun awal masak sahur..!
Hahaha..mana ada sahur...
Masak bekal laaa...
Biasanya aku memang akan tidur selepas mak aku dah lena...
Nak iron baju sekolah sesiap
Baju mak aku sekali..
Setiap malam pun memang aku aka tidur selepas mak aku dah lena...
Haaaa...ada sebabnya...
Sebab yang misteri..
ROTI ARAB GORENG/ ROTI PURI..mak aku
1/2 kg tepung gandum
1bungkus (11gm) yis mauripan
2 sudu susu tepung
2 sudu gula
sikit garam
2 sudu butter/ marjerin
1 cawan air suam-
minyak untuk goreng
1. Campur tepung,gula,yis,susu & gaul.
2. tambah air suam + garam sedikit demi sedikit & uli sampai lembut.
3. masukkan butter sikit demi sikit sambil uli sampai x lekat tangan..
4.Bahagikan adunan jadikan bebola sebesar bola ping pong & biarkan 20 minit.
5. Gelek setiap bebola tadi hingga leper tapi masih tebal
6. Panaskan minyak hingga betul2 panas supaya roti dapat mengelembung bila digoreng.
7. Goreng sekeping demi sekeping hingga melembung dan perang muda
8. Hidangkan bersama kari atau sambal
Bebela roti selepas dibiarkan lebih kurang 20 minit..
Gelek setiap bebola hingga leper
Buat hingga habis sebelum digoreng
Panaskan minyak hingga betulw panas
Kata mak aku kalau minyak x cukup panas nanti bila goreng ...roti ni x cantik bulatnya
Kalau betul2 panas nanti goreng roti akan bulat mengelembung seperu pelampung
Betul laaa....
Roti leper tadi dah macam pelampung dalam minyak panas
Balik2kan hingga golden brown..
Mak aku cakap ni kuali lagend pakcik ni..
Mak aku cakap kuali ni ditinggalkan oleh achik dan pakcik masa dorang pindah balkk Kedah.
Kalau pakcik datang sini..
Pakcik akan citer betapa lagendnya kuali ni
Sebab pakcik kata beli kat Sarawak masa pakcik posting kat Sarawak lebih 20 tahun yang lalu..
Haaa...ni kalau Haikal tahu...
Mau Haikal amik balik kuali ni masukkan dalam frame lekatkan kat umah dia..
Kuali lagend bapa dia kot..!
Mak aku cakap dah berapa kali hangus...berapa kali hitam dan berapa kali kikis dah sepanjang hayat kuali ni..
Bukan xde kuali lain...
Tapi mak aku cakap kalau masak dalam kuali ni kuih akan lebih menjadi..
Hahahaha...
Ada ke plak macam tu...??
Roti Arab Goreng a.k.a Roti Puri..
Alhamdulillah ......kenyang sampai malam...
Sampai pagi...
Hahaha....sib baik makan ni 1 Januari
Kalau makan 31 December 2018..
Kenyang sampai 2019..
Ok...bye
No comments:
Post a Comment