Monday 21 January 2019

SAYUR KELADI MASAK LEMAK KUNING

Sayur Keladi Masak Lemak Kuning...
Haaaa...ni lauk  yang mak aku masak sama dengan Telur Masak Kicap Campur Suhun semalam..
Tapi semalam citer pasal Telur Kicap Suhun jer..
Hari ni baru citer Sayur Keladi Masak Lemak Kuning ni
Sebab ada step by step


Sayur Keladi Masak Lemak Kuning ni
Lauk mak aku
Sebab mak aku yang teringin sangat nak makan lauk ni
Sebabnya minggu lepas Achik sent video gi kenduri umah Tok Ndak ada menu Sayur Keladi
Kata mak aku Sayur Keladi ni antara makanan nostalgia mak aku..
Mm....nostalgia lagiii...
Apa yang nostalgianya...?

Kata mak aku Sayur Keladi Masak Lemak Kuning ni kalau tahun 80-an dan 90-an dolu menjadi menu wajib untuk lunch jika ada rumah yang nak mengadakan kenduri kahwin..
Untuk jamuan kahwin ke..?
Mmmm...mak aku cakap bukan hidangan hari perkahwinan
Tapi menjadi hidangan wajib ketika kerja- kerja mendirikan khemah memasak dan menumbuk kerisik
Mak aku citer dolu- dolu kat kamping nenek semua masakan untuk kemduri dimasak secara bergotong royong
Beberapa hari sebelum kenduri,tuan kenduri  akan menetapkan satu hari untuk persiapan menyediakan kerisik kelapa dan bahan2 lain.
Kerja- kerja tersebut akan dilakukan dari pagi hingga petang
Sebab itulah ada lunch.
Mak aku cakap lunch tu biasanya hanya lauk2 dari hasil sekeliling rumah atau dibawa penduduk kampung  untuk dimasak dan dimakan bersama.
Keladi ni mak aku cakap antara yang memang dimasak sebagai salah satu lauk untuk lunch sebab kat kampung nenek banyak keladi.
Banyak keladi yang tumbuh liar dan ada juga yang ditanam.
Ada keladi yang boleh dimakan dan ada keladi yang x boleh dimakan kerana beracun.
Macamana orang kampung tahu nak.membezakan antara keladi yang boleh dimakan dan tidak boleh dimakan ???
Kata mak aku itulah keistimewaan orang2 dahulu kerana dikurniakaan ilmu yang tidak semua orang sekarang tahu..
Sama seperti burung- burung,monyet dan lain2 ..Allah memberi insting kepada mereka untuk mengenali tumbuhan yang boleh dimakan dan tidak boleh dimakan
Mm....complicated sangat la nak faham..


Hari tu balik Kedah pun nenek ada masak Sayur Keladi..
Tapi nenek x masak macam ni
Nenek masak keladi ni yang rasa kuah dia macam kuah laksa..
Haaa...mak aku cakap tu nenek panggul Asam Pedas Keladi..
Tapi kalau di KL orang panggil tu Asam Rebus..
Sebab kalau kat KL Asam Pedas tu mean yang ditumis macam sambal tumis..
Kalau Asam Pedas KL ni mak aku cakap orang kampung nenek panggil Asam Pedas Tumis


Sayur Keladi Masak Lemak Kuning
Kuah dia sedap...
Pekat,lemak,masin,sikit pedas dan sikit masam
Mak aku cakap pekat sebab ada masukkan isi ikan yang ditumbuk
Tapi aku hanya makan kuah dia
Keladinya aku x makan pun...
Sebab aku takut gatal..
Walaupun mak aku cakap x gatal..
Tapi aku tetap xnak
Aku makan kuah dia jer..

SAYUR KELADI MASAK LEMAK KUNING
2 pokok keladi
1 kotak santan
2+1asam keping
1+ 1 sudu teh garam
1 ekor ikan rebus- ambil isi

Bahan Tumbuk:
5 cili padi merah
1/2 bawang besar
1 ketul kecik kunyit

1. Keladi disiat kulit batangnya dan dipotong anggran sepanjang 2 ruas jari dan basuh
2. Masak air anggaran 1/2 periuk dan masukkan satu sudu garam dan 2 asam keping hingga mendidih
3. Bila mendidih masukkan sayur keladi tadi untuk dicelur lebih kurang 5 minit.Kemudian toskan dalam tapis
4. Masukkan bahan tumbuk dan isi ikan kedlam periuk bersama 1/2 kotak santan + 1½ cawan air
sayur keladi,asam dan garam
5. Masak hingga mendidih dan biar memdidih perlahan  anggaran 5 minit supaya sayur keladi lembut.
6  Tambah 1/2 kotak baki santan pekat dan kacau sentiasa supaya kuah tidak mendadih
7. Sesuaikan rasa


Ininlah pokok sayur keladi tu...
Mak aku beli masa beli siput sedut hari Jumaat tu.Kata mak aku selalu sayur keladi ni juga dimasak bersama siput sedut
Tapi mak aku cakap sebab mak aku x suka siput sedut dan aku ngan kakak lak x suka keladi
So..mak aku cakap masak la asing2..
Hari tu masak siput untuk aku ngan kakak
Hari ni masak keladi untuk mak aku
Memang untuk mak aku sebab aku x makan pun.Aku makan kuah je
Abang  pun xnak makan sayur keladi ni
Mak aku yang makan sampai habis..
Siap ratah2 depan TV macam makan pengat
Hahaha


Mak aku cakap nenek pesan seeloknya biarkan pokok keladi semalaman selepas dicabut dan dipangkas daunnya.Ini supaya getahnya berkurangan


Batang pelepah keladi ni mak aku cakap kena siat kulitnya macam siat pisang muda nak masak sayur lemak juga
Lepas tu kena basuh beberapa kali untuk membuang getahnya.


Masa siat kulitnya memang jari mak aku jadi macam pakai inai brown .hahaha
Mak aku cakap itu kerana getahnya melakat pada jari..bila basuh tangan kena gosok dengan berus supaya kesan getah tu tanggal


Pastu keladi tu kena celur dalam air panas bercampur asam dan garam.
Kata mak aku  ni salah satu cara nak hilangkan gatal keladi..

Keladi yang sudah dicelur dan ditoskan.
Ubi keladinya juga mak aku cakap turut dicelur bersama..


Cili Bangladesh..
Mak aku kata guna 5 biji sahaja + bawang dan kunyit ditumbuk lumat
Selepas lumat...isi ikan pun boleh ditumbuk bersama


Keladi siap dicelur bersama bahan tumbuk serta isi ikan


Masukkan 1/2 santan,air,asa,garam dan masak hingga mendidih.Bila kadi.lembut..tambah 1/2 lagi santan pekat dan sesuaikan rasa


Siap.....
Namanya Sayur Keladai Masak Lemak Kuning...

5 comments:

  1. sedap ... haritu beli frozen dari india, masak ... asam gatal.. buang seperiuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiter pun cuak nak makan sebab pernah mak kiter masak kiter makan rasa tercekik tekak..
      sama juga masa tu mak kiter pun buang..
      Tapi ni masak lagi..mak kiter makan sorang..kkter xnak cuba dah...

      Delete
  2. Orang Sarawak Dan Sabah pandai pilih.. mereka boleh makan buat ulam Lagi..
    Bestkan.
    DIA tahu Jenis APA YG gatal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ubi dia kiter suka jer.
      About batang dia kiter phobia..hahaha.
      Mak kiter cakap kalau kat kamoung..keladi jenis gatal tu masyarakat Siam akan potong2 kasi vavi makan..yarky

      Delete
  3. Lagi satu sulur.. kalau kena YG gatal Hampa. Kalau dapat YG tak gatal sedap. Masak Asam rebus .masak lemak... Masak sambal cili goreng...
    Sedap

    ReplyDelete