Saturday 23 June 2018

RESEPI SAMBAL MERAH BIHUN SUP UTARA

Bihun Sup Utara Kuah Merah..
Haa...tu la nama dia
Orang Kedah selalunya panggil BIHUN
Orang x Kedah selalunya panggil MIHUN..
Like me la...
I panggil Mee Hoon Sup
Tapi my grandma panggil Bihun Sup
Sebab ni mak aku masak kat Kedah...
Kena la pangg BIHUN SUP
Mak aku masak hari Raya ke-3
Sebabnya Achik ada bagi Tulang Lembu
Achik suruh masak sup makan puas2
Sebab kat KL memang mak aku xde beli tulang nak buat sup nyer...
Kami hanya akan makan Sup Tulang time balik Kedah sebab Pakcik selalu masak Sup Tulang fresh kalau we all balik Kedah
Tulang fresh sebab lembubyang bru disembelih..
Jangan x tahu..Pakcik  dah ada regular peniaga daging.
Bukan Pakcik yang regular customer
Tapi peniaga daging yang regular suplier..
Hahaaaa...sebabnya Pakcik hanya akan pilih daging terbaik.
Aku tak tahu macamana yang dikatakan daging terbaik..
Yang aku tahu..
Pakcik memang akan jadi tukang siang daging kalau ada kenduri..
Pakcik yang akan potong daging untuk masak kari setiap kali hari raya..
Even kalau tern rata kat Pahang pun...
Pakcik akan pastikan dah beli daging dan siap potong..simpan dalam peti ais sebelum balik Pahang...untuk kitorang masak dan makan
Kalau time Raya Haji pun Pakcim yang akan  uruskan daging Qurban
Mmm....aku suka time Raya Haji mewah makan daging fresh...
Boleh ratah2 gitu jer
Ops ...bak citer pasal Bihun Sup Utara Kuah Merah kan..?



Haaa....Bihun Sup Utara memang KUAH MERAH
Actually kuah dia merah sebab sambal nya yang membuatkan kuah dia merah
Kalau Mee Hoon Sup lain biasanya sambal dia SAMBAL KICAP CILI PADI
Tapi Bihun Sup Kedah SAMBAL MERAH
Bihun dia pulak WAJIB warna KUNING
Kalau xdak 2 perkara tu x dipanggil  Bihun Sup Utara..
Haaaa....tu kata mak aku la...
Kalau ampa x puas hati..
Ampa wasap mak aku..
Hahahaha...

Mak aku kata nak buat Bihun Sup Utara ni ada 4 bahagian.:

1. Masak Sup Tulang/ Daging/ Campur
2. Masak Sambal Merah
3. Masak Bihun Kuning
4. Bahan Tabur

Ok...jom tengok semua bahagaian tu

SUP TULANG/ DAGING1
1 kg tulang + daging l
1 bawang besar
1 ketul halia
garam secukup rasa
1 bunjut sup

Bahan Tumis:
1/4 cawan minyak
1 kayu manis
10 buah pelaga
3 bunga lawang
10 cengkih
5 bawang merah- hiris
3 bawang putih- hiris

1. Rebus tulang dengan air yang banyak hingga mendudih
2. Buangkan buih2 dipermukaan sup
3. Tambah bawang besar dibelah- belah,halia diketuk dan rebus hingga nampak daging mudah ditanggalkan dari tulang ( lebih kurang 1-1½ jam).Jika kuah mengering tambah air panas dan teruakan masak
4. Panaskan minyak dan tumis  hingga garing dan tuangkan bersama minyaknya kedalam sup yang mendidih
5. Sesuaikan rasanya


Kalau xde presure cooker...gunakan rice cooker lebih cepat dari menggunakan dapur gas.
Buang buih2 dipermukaan rebusan tulang  dan terua memasak hingga daging pada tulang nampak lembut dan mudah ditanggalkan dari tulang..Jika nak tambah air..gunakan air mendidih supaya kuah boleh terus mendidih.
Jika tambah air sejuk nanti proses memasak terbantut kerana suhu kuah menurun dan mengambil.masa untuk mendidih semula


Masukkan bahan tumis kedalam sup yang mendidih.Sesuaikan rasa




2. SAMBAL MERAH
1/2 cawan serbuk cili ( chilly powder)
Ada dijual dalam paket kecik seperti rempah kari dan ada pack besar
2 sudu minyak
1 bawang putih
1 sudu makan cuka
1 sudu teh garam
2 sudu makan gula

1. Bancuh serbuk cili dengan 1 cawan air
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih ketuk
3. Masukkan bancuhan serbuk cili dan masak hibgga mendidih
4. Tambah garam,gula,cuka dan jika suka sedikit serbuk perasa
5. Masak hingga naik minyam seperti memasak sambal tumis
6. Swsuaikan rasa - mesti ada rasa pedas,masin,masam dan manis


Sambal Merah yang dah siap..


Proses masak Sambal Merah hingga naik minyak


3. BIHUN KUNING
1 pack bihun kering
1/2 sudu pewarna kuning @ serbuk kunyit

1. Jerang air hingga mendidih dan masukkan pewarna kuni g & serbuk kunyit
2. Masukkan bihun dan rebus anggaran 2 minit hingga bihun lembut

3. Basuh bihun berulang kali seperti membasuh laksa rebus..jangam risau..waena kuning x akan hilang walau dibasuh berulang kali
4. Masukkan dalam tapis dan biar lebih kurang 15 minit sebelum dihidangkan supaya bihun kering dan cantik

BAHAM TABUR
lobak Masin
Tauhu Kuning
Daun Bawang
Daun Sup
Bawang Goreng

Lobak masin.
Pilih Lobak Masin kerana ada juga rupa yang sama tetapi rasanya manis..
Untuk bihun sup utara pilih lobak masin


Potong kecik- kecik dan rendam lebih kurang 1/2 jam dan cuci bersih..Kena rendam baru rasa dia sedap. Kalau basuh dan terus guna rasnya terlalu masin


Tauhu digoreng garing dan potong - potong

Daun  Sup dan Daun Bawang dihiris halus

Bawang Goreng juga wajib ada..pic terdelete


Ambil sikit bihun kuning dan tuangkan kuah sup tang bersama dagingbyang sudah dihiris2
Tabur bahan tabur dan campur sedikit sambal merah


Bihun Sup Utara Kuah Merah...
Salah satu makan iconic negeri2 utara

*** Pesan mak aku..
Bihun Sup Utara Kuah Merah ni juga boleh dignntikan dengan Sup Ayam .
Tapi biasanya memang dibuat dimakan bersama sup tulang terutama semasa Kenduri Kahwin...Raya Haji...kerana banyak bekalan daging dan tulang segar semasa kenduri atau Raya Qurban..

4 comments:

  1. eeeish sedap nya ... sup daging lembu yang sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heeee...mmg sedap sebab sebab daging dan tulang fresh...kuah dia memang best

      Delete
  2. nak tanya..untuk buat sup bahagian daging mana yg digunakan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa daging yang ada lemak baru sedap...hihihi
      jangan pilih lemak putih yang lembut tu nanti dia membeku pada permukaan sup bila sejuk...Pilih yang ada lemak pejal warna kuning...bila rebus pun lemak tu tak cair tapi sangat sedap dikunyah...tapi jangan makan banyak2...hihihu

      Delete