Sunday, 24 June 2018

KETUPAT ADABI SAMBAL KACANG

 Diary Raya lagi..
#rayakansebulan#

 Ketupat Adabi Sambal Kacang...
Menu raya...
Tapi bukan untuk hidangan raya pun
Untuk kakak bawa balik kolej...
Biasalah...setiap kali nak balik kolej lepas raya kakak mesti bawa menu raya balik kolej..
Agaknya dorang ada makan2 jamuan raya kot


Ketupat Mini Adabi..
Haaa...siap mantion brand..
Kikiki..mesti la sebab mak aku soh kakak gi beli..
Kakak ajak aku teman beli kat Hero
Berkali2 mak aku pesan...beli ketupat mini ADABI..
Setiap kali nak beli ketupat segera..
Mak aku mesti soh amik Ketupat Mini ADABI..!
Kenapa ..?
Mak aku cakap sebab ketupat ADABI lebih harum dan wangi..
Pastu mesti pilih ketupat MINI..
Mak aku cakap sebab senang nak rebus dan cepat masak..
Pernah sekali aku beli tapi aku x baca kat pack dia..
Rupanya dalam tu ada 4 pack besar.
Dah bukan Mini lagi dah..
Mmm...3h 2m mak aku bising sambil rebus ketupat tu
Mak aku cakap dolu2 mang xde pack mini tu
Memang dolu2 mak aku cakap semua ketupat segera pack besar2..
Baru beberapa tahun kebelakangan ni jer maka aku cakap ada piliham ketupat mini..
Mak aku kata kalau dolu memang biasanya mak aku kata buat sendiri jer..
Camana buat sendiri..?
Mak aku cakap isi beras dalam plaatik bungkus lauk tu separuh penuh dan staple atasnya..
Pastu seluruh permukaan plasti tu mak aku cakap kena cucuk2 dengan lidi sate @ cucuk funa garfu supaya air dapat masuk ketika direbus..
Dah masak kena biar sejuk dan dipotong cube..
Kata mak aku lagi dolu2 kalau raya memang mak aku akan anyak sendiri sarung ketupat daripada pucuk daun kelapa..
Nenek akan buat Ketypat Palas dan mak aku kata mak aku akan buat Ketupat Daun Kelapa..
Tapi...naper sekarang mak aku dah x buat letupat daun kelapa..?
Mmm...mak aku cakap sebab........


Sambal Kacang..
Mak aku yang cakap ni Sambal Kacang
Bukam Kuah Kacang ker..?
Mmm...mak aku cakap sama jer
Tapi kalau versi mak aku...Kuah Kacang agak cair
Kalau yang pekat kental tu namanya Sambal Kacang...
Oooo


KUAH KACANG CEPAT DIMASAK

1/2 kg kacang tanah
2 keping gula nisan
1/2 cawan gula pasir
2 asam keping
3 sudu teh garam
1 cawan minyak

Bahan Blend:
20 cili kering- rebus
2 serai- hiris
2 hiris lengkuas( jika suka)
2 bawang besar

1. Basuh kacang dan tapis hingga kering.
    Masukkan 3 sudu minyak dalam kuali dan tuang kacang tanah tadi..Goreng hingga nampak kacang garing.
   Agak-agak 10 minit..Api mesti kecil supya nanti kacang rangup garing.Kalau api kuat nanti nampak kulit
  dah hangus tapi isi belum masak...Kacang jadi x garing.
  Alihkan dalam bekas dan biar sejuk sikit supya kacang rangup dan senang nak blend
  ( goreng macam nak makan ngan nasi lemak pun ok)

2. Blend kacang dengan beberapa cawan air..
   Yang ni untuk 1/2 kg bahagi 2 baghagian dan setipa bahagian blend dengan 2 cawan air setiap 1 bahagian
 Jangan risau..x kan rasa lemau pun....rasa dia tetap sedap

3. Blend agak-agak sederhana halus...
    Kalau terlalu kasar nanti kuah x pekat kalau terlalu halus nanti x rasa tekstur kacang lak..

4. panaskan minyak dan tumis bahan blend hingga garing

5. Masukkan kacang blend..dan masak hingga mendidih

6. Masukkan garam,gula melaka dan asam keping..

7. Masak hingga naik minyak dan sesuaikan rasanya..


** Untuk step by step dan tips lebih jelas boleh tengok MUAH KACANG CEPAT DIMASAK kat sini....

Tu entri Kuah Kacang dan Nasi Impit untuk bekal kakak juga masa Raya Puasa tahun 2017..
Haaa...kan dah cakap setiap kali nak balik kolej lepas raya mesti mak aku buatkan menu raya



Aku suka makan nasinimpit dengan kuah kacang..

Bekal kakak nak balik kolej hari Jumaat



Ketupat Adabi
Sambal Kuah Kacang
Cookies
Popia Nestum
Àkaq Nyoq yang Pakcik bagi
Popia Simpul Kasih..pun Pakcik beli khas untuk kakak
Biskut..
Mmm...apa lagi ntah ..
Dah macam nak pergi umah mak mertua..
Hahahaha.....


Masa mak aku hantar kakak aku x ikut
Sebab aku nak gi kenduri Pakcik Nad school mate aku
Tapi sudahnya aku tertidur sampai petang...
Dah la hujan lebat giler..kilat sabung menyabung
Mak aku plak malam pukul 8 malam baru sampai..
Mak aku cakap perjalanan balik yang selalunya 1 jam dah jadi 3 jam sebab hujan dan ribut dan jalam jem teruk..
Mmm...memang aku dah cuak bila hujan lebat..
Risau mak aku drive sorang..
Dok umah sorang lagi la aku takut ..

2 comments:

  1. Replies
    1. Alhamdulillah....
      Allah sentiasa memberikan rezeki untuk kita semua ...Semoga rezeki ini berpanjangan lagi berkat..Aaamiiinn

      Delete