Pagi2 dah siap nak balik KL dah
Selamat tinggal katilku @ rumah Kedah...
Jumpa lagi Raya Haji nanti..In sha Allah...
Abang dah balik KL malam tadi naik motor konvoi ngan kawan2 abang
Masa balik Kedah minggu lepas pun abang balik naik motor konvoi nvan kawan2 dari KL
Kitorang balik Kedah hari Selasa tengahari...abang balik Selasa juga tapi malam
Ni pun sama jer...abang balik malam tadi
Kitorang balik pagi..
Abang sajer xnak balik naik kereta
Abang kata seronik nak konvoi motor waktu malam x panas..
Alaaa....aku tahu sebenarnyanya abang x nak naik kereta sebab kalau abang tidur mak aku akan bising abang tidur jer
Kalau abang drive lagi stress kalau drive tapi mak aku ada kat sebelah...
Serba x kena...
Typical mak- mak...kalau duduk kat sebelah..
Semua orang lain drive x betul...
Padahal aku lagi confident naik kereta yang abang drive..
Syyyyy....!!
Dah siap masuk segala beg dalam bonet..
Gerak ke rumah Achik
Ala..dekat jer...x sampai 1 km pun..
Kalau naik motor x swmpat tukar gear 3 pun
Kena gi umah Achik..
Sebab Achik dah pesa sejak semalam..
Pagi sebelum balik kena datang umah Achik..
Setiap kali nak balik KL lepas raya or lepas cuti..
Achik akan sediakan bekal nasi berlauk untuk kitoranv
Achik kata standby sebab R&R memang akan penuh sesak...
Achik tahu lah sebab sebelum balik Kedah..dulu Achik memang tinggal kat KL juga
Ni fresh lagi pic..
Achik baru post kat Family WhatsApp Group..
Semalam siapkan bekal kitorang
Hari ni Achik siapkan plak bekal untuk kakak Pakcik..
Kakak Pakcik pun balik Kedah sebab kakak Pakcik pun kahwin dengam orang Alor Setar Kedah..
Dorang bertolak balik KL hari ni..
Pun Achik bekalkan nasi swbab takut lapar terperangkap dalam jam dan takut R&R penuh..
Kitorang semlam 4 bekal
Kakak Pakcik hari ni 5 bekal
Sabtu nanti bekal Haikal lak balik asrama..
Achik dah macam caterer dah...
Heeee...apapun TQ Achik Bucuk2 .
So...dah habis pasal bekal
Kita teruskan diary perjalanan
Kita tinjau keaadaan traffic PLUS dari arah utara menghala ke selatan..
( baca dengan intonasi laporan traffic dalam Buletin Utama @ Berita TV dan Radio yer..hahaha)
Traffic agak lancar hingga ke Tol Juru..
Mula sesak selepas R&R Gunung Semanggol menghala ke Selatan
Semakin perlahan menuju ke R&R Sungai Perak
Semakin perlahan menuju ke Terowong Menora kerana perlu mandaki bukit
Setiap kali masuk Menora Tunnel ni setiap kali itu juga mak aku akan erleter pada pemandu yang TIDAK MENYALAKAN LAMPU kenderaan...
Padahal dah ditulis diledua2 belah pintu masuk supaya semua kemderaan sila nyalakan lampu
Mak aku cakap pemandu yang tidak menyalakan lampu tu ada 2 kategori..
Kategori pertama..mungkin sebab lupa atau careless x baca arahan dipinti masuk terowong
Kategori kedua...sememangnya nak tunjuk degil xnak ikut arahan.Mereja mungkin menganggap peraturan tersebut hendak menyusahkan mereka.Sedangkan apabila mereka tidak menyalakan lampu ianya menyusahkan pemandu lain.Memang dalam tunnel ni ada dipasang lampu..
Tapi pemandu juga kena la pasang lampu untuk memudahkan pemandu di depan dan belakang nampak dan mengagak jarak dengan kenderaan anda..!!
Mak aku cakap pemandu yang sengaja xnak pasang lampu tu memang x nampak dia menyusahkan orang lain kerana pemanduannya lancar kerana ramai orang lain yang pasang lampu..
Harap kereta jer mahal!!
Lampu pun xnak pasang..
Mmm...mak aku tangah berleter tu diamkan jer..
Jangan cakap apa2....
Tapi dalam hati aku terfikir...
Agaknya lebih efective kalau PLUS tulis arahan tu secara terbalik..
Maksud aku...
Gantikan " sila nyalakan lampu kenderaan anda"
TUKAR KEPADA...
"Sila padamkan lampu kenderaan anda"
Haaa...mesti yang xnak nyalakan lampu tu akan menyalakan lampu kenderaan mereka..
Hihihi...ok x
Dah sampai sini mak aku cakap nak terkucil
Ada Hentian Sebelah kat sini..
Tapi erea ni memang sunyi dan menyeramkan dowh..!
Siingat aku hanya pernah sekali benti Hentian Sebelah Gua Tempurong ni..
Ada toilet dan pondok rehat
Tapi ki bayangkan dikaki gunung yang sunyi..
Masuk ke dalam lak tu..
Mak aku cakap kalau ada abang ker xper la juga ada lelaki..
Ni kami semua pompuan...
Mmm...x jadi benti
Mak aku cakap nak benti R&R Tapah
Tapi dari susur masuk R&R tu lagi dah sesak banget...
Alamatnya xde parking + kena Q panjang la kat toilet
So...next R&R..
R&R Ulu Bernam selalu menjadi pilihan mak aku kalau arah balik ke KL
Selepas Q kat toilet...
Kakak ajak mak aku teruskan perjalanan supaya cepat sampai..
Tapi mak aku cakap enjin kereta tu perlu juga berehat sekejap selepas non stop selama hampir 5 jam
Mak aku cakap driver pun nak rehat juga sekejap sebab dah kebas bontot
Mencuba nasib mencari tempat duduk plak
Mak aku mesti nak juga duduk
Sebab ada makanan fav mak aku kat situ
Mee Kari Zul..
Dah boleh hafal
Tapi memang sedap..
Aku pun suka..
Mak aku plak lagi pelik
Kalau masak mee kari atau beli mee kari atau jamuan yang ada mee kari mak aku x pernah nak makan..
Mak aku cakap x suka mee kari
Tapi Zul Mee Kari ni mak aku x boleh x makan plak..
Apa yang istimewa..?
Hanya mak aku yang boleh jawab
Sib baik ada rezeki dapat tempat duduk walaupun berkongsi dengan orang lain..
Kakak xnak makan..
Hanya aku ngan mak aku makan mee kari..
Minum air kotak jer sebab malas nak beratur beli air bancuh
Ok..dah 1/2 jam rehat...
Jom gerak...
Lagi 1 jam lebih sampai la
Alhamdulillah...
Kuala Lumpur senyumanmu di petang indah
Sungguh bermakna...
Kerna aku kembali lagi...
Setelah seminggu beraya di Kedah..
Lama tu...
Kalau kira bulan..
Balik Kedah Bulan Ramdhan
Sampai KL dah bulan Syawal dah...
Heee
Sampai rumah semua kepenatan..
Malam.dinner nasi yang Achik bekalkan
Achik dh tapawkan 4 bekas..
Sorang 1 ..
Abang..kakak...aku...& mak aku
3 lauk Sambal Daging + Ayam Goreng
1 lauk Sambal Daging + Ikan Rebus Goreng
Untuk mak aku
Sudu yang dapat gift kat lenduri Pendang Lake Resort pun Achik masukkan sekalai dalam beg bekal.. supaya senang nak makan dalam kereta
Tapi sebab makan kat umah...
Mmm...sudu tu boleh buat bawa dengan bekal gi sekolah
Sudah makan...
Kita selongkar plak beg..
Tengok apa yang Achik kirim bawa balik KL
Daging Segar...
Dah ikut tips sis nor...suruh frozenkan dan bungkus surat khabar..
Cuma x beli seafood sebab musim raya seafood mahal + x berapa fresh sebab musim raya nelayan x ke laut..
Seafood kat pasar stok sejak sebelum raya
Tapi Pakcik belikan 1kg Daging Fresh baru sembelih..
TQ Achik dan Pakcik
Frozen dan wrap ngan beberapa lapis old news paper...
Sampai KL ais dah cair tapi daging masih sejuk beku..
Potong 4 bahagian dan frozen kan semula...
Makanan kering...
Pun banyakk
Kerepek Ubi Pedas
Bukan sira tau
Tapi pedas
Biskut Akaq Nyoq..
Makanan nostalgia mak aku ngan Achik
Tapi ni Pakcik order khas untuk anak buah kesayangannya...
Mmm..siapa lagi kalau bukan kakak..!
Kuih Sepit..a.k.a Kuih Kapit
Orang Kampung nenek panggil Egg Roll a.k.a Love Letter
Hahahaha
Ni pun sama ..
Pakcik bagi 1 untuk makan ramai- ramai
Satu lagi special order Pakcik untuk kakak bawa balik kolej..
Biskut Raya ni setiap tahin Achik akan order dan bagi 1 bekas untuk bawa balim KL
Sebab aku suka sangat bisskut ni
Ada cashew nut & greted cheese on the top..
Sedap..
TQ Achik
Ni juga biskut wajib setiap tahun untuk Achik bagi bawa balik KL
Winter Oats..
Sepatutnya sedap sangat..
Tapi kali ni rasa dia agak kureng sebab setiap pieces rasa hangus..
Mmm...yang makan kat umah Achik ok jer..
Yang ni mungkin dari tray lain yang dibakar berasingan...
Memang biskut dalam tu waena dark brown dan luar dia macam snow ..sebab disalut susu tepung..
Sayangnya sebab rasa hangus..
Maka x feel nak.makan..
Dah cuba bayangkan x hangus..
Tapi tetap rasa hangus..
Heeee....mungkin pekerja yang baking biskut ni asyik layan wasap sampai biskut hangus...
Achik bagi sebalang Kuih Sepit versi Coklat celup Sun flower Seed
Sedap giler..
Makan dari dalam kereta masa otw balik sampai kat rumah...bila abang bangun tidur jer terus tinggal 1/4 jer lagi..
x sempat snap pic dari balang dah licin..
TQ Achik...
Serunding Ikan
Pakcik order daro kawan Pakcik banyak..
Masa raya Pakcik bawa baljk kampung nenek 1
Bagi kitorang sebungkus..
Actually Pakcik nak bagi bekal.kakak bawa balik kolej kot..
Kakak kan " anak" Achik ngam Pakcik.
Hahahaha...
2 benda yang sama
Berat yang berbeza tapi dengan harga yang sama
Yang kecik tu mak aku beli
Berat dia 100 gm
Yang besar tu Pakcik bagi
Berat dia 200 gm
Tapi harganya sama..
Kenapa bayar lebih..??
Lain kali bamdingkan harga dilamana web kami Hotel.....????
TRIVAGO...!!!!
Hahahaha...ok bye!!!
No comments:
Post a Comment