Saturday, 2 June 2018

KETUPAT PALAS FROZEN

Ketupat Palas...
Dah masuk minggu ke-3 dah puasa..
Tapi lambat lagi nak raya...
Mak aku dah siap masak ketupat palas..
Haaa....bukan nak raya awal..
Tapi mak aku cakap teringin nak makan kerupat untuk iftar..
So...dah ada kan....
Rebus jer lah...
Aku memang suka ketupat palas..
Tapi kalau bulan puasa aku xnak la...
Aku nak tunggu makan masa raya..
Baru feel
Sebab ketupan senonim ngn raya..
Bukan bulan puasa...
Mak aku makan ketupat..
Untuk aku mak aku masak nasi dan lauk ayam goreng


Actually ni Ketupat Palas Frozen..
Haaa...jangan ingat Karipap jer mak aku buat Karipap Frozen..
Tapi ketupat palas pun...
Tapi ni bukan yang mak aku buat
Ni nenek yang buat...


Haaa....ni bukan tembakau yang macam Pak Long selalu isi dalam rokok daun tu..
Ni Serunding Daging ..
Orang Kelantan panggil Sambal Daging
Tapi orang Kedah panggil Serunding...


Ketupat Frozen sedang defros supaya hilang bekunya..
Mak aku cakap ketupat ni memang frozen yang belum direbus..
So...nak.makan kena la rebus dulu..
Tapi sebelum rebus mak aku kata kena defross dulu sampai suhu bilik..
Kalau terus rebus waktu belum betul2 defross ketupat tu jadi x cantik dan kurang sedap..
Bila masak ...pulut ketupat tu akan sedikit berderai dan x kenyal
Sebab tu kena betul2 defross sebelum rebus supaya isi ketupat akan jadi liat dan kenyal...
So...jangan gelojoh nak rebus..
Pastu nanti salahkan ketupat..
Salahkan orang yang buat ketupat cakap buat x sedap...
Haaaa....tips tu penting...

Mak aku pun dah selalu juga buat Ketupat Palas kat KL..
Itupun kalau ada stok daun palas...
Selalunya daun palas tu pun bawa dari kampung la..
Dah pernah tulis resipi dan cara buat Ketupat Palas KAT SINI....
Kat situ bukan sahaja ada resipi ketupat palas..
Tetapi juga ketupat palas yang unik bentuknya iaitu bentuk JANTUNG...


Ketupat ni nenek buat masak balik PRU 14 sebelum puasa hari tu..
Separuh nenek rebus sebaik sahaja siap dibungkus dalam daun palas..
Sebab neneknkata sejak berzaman memang setiap kali pilihanraya nenek akan masak ketupat macam raya..
Bukan nenek jer yang buat macam tu..
Kebanyakan orang lain pun akan buat ketupat...
Kalau khemah2 parti yang bertanding plak akan ada tradisi bakar lemang..
Mmm...cam best lak dengar cerita nenek masa tu..
Tapi nak joint cam x manis la plak sebab semua pompuan ...xde lelakk..
Nenek ..mak aku...aku pompuan..
Nenek kata x manis la nak joint malam2..
Dah ceritakan dah pasal ketupat pilihanraya tu KAT SINI....


Ni pic kat rumah Kedah
Ketupat yang dah siap dibungkus dan ready to frozen...
Ketupat di dibungkus dengan pucuk pokok palas..
Kalau yang x kenal poko palas...boleh tengok
POKOK PALAS KAT SINI....

Sebahagian lagi nenek dah rebua untuk sarapan pagi..
Haaa....pulut adalah sarapan pagi yang normal untuk orang Kedah..
Aku pu  dah terikut sebab mak aku memang selalu masak pulut..
Macam2 masakan daripada pulut mak aku pernah masak...

3 comments:

  1. tahu makan tapi buat tak reti....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takyah masak...kalo nak makan ...sia datang jer umah nenek...heeeee

      Delete
  2. lagi satu .. tak tahu rumah nenek pulak....
    satu Kedah kena cari...

    ReplyDelete