Bersama isi ayam...
Lauk hari Khamis..
Lauk dinner la..
Mana ada lunch kat umah..
xde sapa yang lunch kat umah la kalau weekday..
Pagi b/fas + bekal..
Terus dinner..
Supper...
Lunch kat umah hanya weekend...
Sambal Sengkuang ni sedap sangat..
Walaupun nampak budus..!!!
Hihihihi..mana boleh cakap b.o.d.o.h
Kena cakap budus jer..
Mak aku la makan beria-ia ngan cili padi tu habis...
AKu kutip makan ayam jerk..
Dah la halus-halus ayam tu..
Hahahaha..
Mak aku cakap Lauk Bajet...
Selain daripada Masak Sambal..
Mak aku selalu buat Masak Lemak Putih Sengkuang..
Tapi aku x jumpa cari entri Masak Lemak Sengkuang tu
Sengkuang juga sedap dimasak..
KARI SENGKUANG kat sini...
SAMBAL SENGKUANG
1 biji sengkuang ( saiz kecil)
1 cawan isi ayam- hiris
1/4 cawan minyak
1 asam keping
1 sudu teh garam
2 sudu teh gula
10 cili padi
Bahan Blend:
15 cili kering
1 bawang besar
1. Sengkuang.....Sedap dimakan jika dihiris dan disejukkan dalam peti ais..Juga dijadikan campuran rojak buah... Orang Indon banyak menggunakan Sengkuang ( di Indon dipanggil BENGKUANG) untuk dijadikan pupur (mask) kat muka supaya kulit muka cerah dan cantik...
2. Cara kupas sengkuang..Just siatkan kerana kulitnya mudah ditarik secara menyiat..
3. Hiris nipis sengkuang yang sudah dicuci
4. Panaskan minyak dan tumis ayam hingga masak.
5. Masukkan baham blend dan masak hingga naik minyak.
6. Tambah sengkuang dan 1 cawan air.Biar mendidih
7. Mask hingga sengkuang nampak lutsinar dan kuah sambal pekat..
Tambah asam,garam,gula dan cili padi..Biar naik minyak dan sesuaikan rasanya..Siap
Sambal Sengkuang dah siap..
Makan lak ngan Ikan Pekasam Goreng...
Hujan lakkkk..
Huh...
Heaven..!!!!
Mesti sedapkan sambal sengkuang...
ReplyDeletebiasa masak lemak sengkuang dan makan sengkuang calit je...
Mesti sedapkan sambal sengkuang...
ReplyDeletebiasa masak lemak sengkuang dan makan sengkuang calit je...
Sedapppp...
DeleteAyam nyer lah...
Hahahaha...sebab kiter kutip ayam jer..
Sengkuang Calit.....
Sedappppp