Ini kali ke 3 kami makan makan @ Dusun Rifaa.Kali pertama Achik bawa makan kat sini pada musim raya tahun lepas.sebelum Adah anak beranak balik ke Tawau.
Kali ke2 rasanya kami datang tanpa Adah rasanya sekitar bulan Oktober kot tahun lepas
.
Tempat makan ni memang happening ,luas,banyak pilihan temlat duduk dan memang terletak dalam dusun.Ada pelbagai jenis tempat duduk untuk makan.Ada jenis pondok,dewan dan beberapa jenis lagi. Kalau untuk jernis privasi 1 rumah kecil untuk 1 family tu rasanya kena booking awal.
Tapi untuk walk in pun banyak pilihan menarik.Boleh makan kat pondok-pondok kecil yang disediakan sepanjang sungai..Oh ya,ada sungai dan boleh mandi juga kat situ.Masa kami datang dulu nampak ada pengunjung yang mandi manda di sungai semulajadi dalam duaun ni.Boleh nampak dari pondok kita makan.Tapi kali ni Kedah kan kemarau musim panas yang serius hingga suhu mencecah 40°C .Sungai mengering dan hanyak ada sedikit sisa sisa air dan tak sesuai nak mandi manda.
Dulu kami datang ,makan kat pondok dan juga bahagian atas rumah kayu sambil menghadap sungai.Kali ni kami datang awal bebenar...Pukul 10.30 kami dah sampai sedabgkan Dusun Rifaa ni mula buka pukul 11 pagi.Tapi macam ada beberapa keluarga yang lebih awal dari kami dah siap order dan tengah makan juga..Rupanya bila tengok kat signboard,kalau public holiday depa beroperasi seawal pukul 10 pagi.
Parkir banyak dan luas...Tempat makan pun rasanya boleh menampung ratusan/ribuan pengunjung.Service tip top..Memang laju.
Datang je lepar parking kereta.Terus beratur kat pintu masuk untuk buat pesanan makanan dan minuman.
Pukul 11 dah lunch
Tapi yang ni tekak saya lebih suka daging bakar Thai yang makan kat Padang Besar.Daginnya lebih besar..juicy dan sos celup pun sedap sangat.
Yang ni pun sedap dan licin jugaðŸ¤
Pulut Mangga dia sedap betul.
Cella sampai 2 set kecik tu sorang dia habiskan
Lunch hari ni ditaja oleh Adah ...












Ya ampun! Sedap-sedap belaka...aduhai Mana Cella!
ReplyDelete