Sunday 5 September 2021

TERJEBAK MIHUN 12 SUDU GULA

Kuatnya pengaruh rakan sabaya.hihihihi


Mihun 12 sudu teh gula.Dok viral merata dah mihun 12 sudu teh gula ni.Saya tak tau pun sapa ownernya.Baca macam- macam orang komen,tapi tak rasa nak cuba pun.Tapi ,tu lah...rupanya remaja "purba" pun mudah terpengaruh dengan rakan sebaya.Tak perlu diajak-ajak..Cukup tayang sikit sahaja,jiwa tergugat weh...Hihihi...

Mula terpengaruhnya tu  kat rumah PUAN HAZEL.PH kata sedap.Baca komen SK kat situ kata nak buat.Saya dah mula tergugat.Pagi tadi sambil sarapan sengsorang,membelek handphone sempat terbang ke LD...Malam tadi tak sempat jenguk.Nampak post terakhir kat situ Nasi Ambeng.Balik ke semenanjung,singgah rumah YUSARIMA..

Eh,dia dah masak la mihun 12 sudu teh gula tu.Takpa,saya tahankan hati sebab pagi dah masak mee & nasi goreng.Takkan nak masak mihun pulak kan....Tak lama lepas tu rasa nak terbang semula ke Sabah Landing kat LD depan rumah CIKGU AMIE.Eh,depa sarapan mihun 12 sudu teh gula la...Tak peduli dah Cikgu Amie dok bagitau boleh guna Eno halia ganti Eno biru.Mata dik lip pok lip pok pandang mihun 12 sudu teh dalam nyiru dia.Saya dah goyang...!

Melalui Cikgu Amie baru saya tau mihun viral ni resipinya daripada seorang lelaki..!.Resipi asal dari Toknek dia...Eh,Toknek macam bahasa belah utara pulak ...Kalau tempat saya Tok maksudnya nenek.Tokwan maksudnya atuk.Toknek maksudnya moyang.Tok chey/chai maksudnya moyang lelaki.Tapi sekarang kebanyakan dah tak panggil tok untuk nenek sebab dah keliru.Cucu-cucu mak saya pun semua panggil nenek kat mak saya sebab dari cucu sulung mak dah suruh panggil nenek.

Lepas Zohor,cari port landing layan mata..Tak boleh tidurrrr..Macam ada bisikan kat telinga .."Mihun 12 Sudu Teh.....!!!!"

Bunyi macam melampau kan... tapi serius  tak tipu!

Terus bangun,rendam mihun.Nak masak awal lagi 


Lepas asar saja terus tang ting tong....
Tadaaaaa.....Mihun 12 Sudu Teh Gula...

Resipi saya C&P dari blog

Bahan-bahan:
1 paket bihun - rendam dengan air biasa sehingga lembut - toskan
1 paket kecil udang kering - bilas & toskan (Amie gunakan 2 sudu besar udang kering)
4 sudu besar minyak
2 sudu teh MSG - ajinomoto - ratakan

Bahan kisar:
3 biji bawang merah Rose
2 ulas bawang putih
4 tangkai cili kering
1/2 sudu kecil belacan bakar
asam jawa sebesar duit 20 sen
12 sudu teh gula - ratakan
7 X 1/2 sudu teh garam - ratakan

Cara memasak:


Panaskan minyak dan goreng udang kering  seketika.

Tuangkan bahan kisar dan tumis sehingga terbit aroma.

Perlahankan api dapur. Taburkan MSG. Terus tumis sehingga pecah minyak.

Masukkan bihun.

Gaul rata. Jika perlu tambahkan sedikit air. 

Untuk mengetahui bihun goreng sudah masak, akan kelihatan asap di permukaan bihun.

Gaul lagi beberapa kali dan padamkan api dapur.


Cuma saya punya bahan tumis  macam gelap sikit.
Mula tadi ok..Lepas saya boh gula dia gelap sikit. sebab gula dah jadi caremel kot.

Mihun dah rendam awai-awai.

Ada yang nak ke..?
Hihihi...
Eh,tapi pasai pa mihun saya macam gelap sikit...?
Sebab gula saya terhangus kah?Tapi tak pahit pun

Nampak tak kesan minyak kat pinggan ni..warna bercampur kunyit..
Cakap dengam Cella & abang dia..ni namanya mihun 12 sudu teh gula.Cella dah kerut dahi..Hihihihi
Biaq pi kat depa.Depa tak faham pun tu..
Depa hanya faham makanan viral yang semuanya cheese meleleh ja...hihihi

Anak bujang tu memang lagi suka mee..Maka + separuh baki mee tadi dalam pinggan dia.Licin ja dia belasah.

Cella pun sama.Separuh mee,separuh mihun.Bancuh teh susu sorang 1 mug kat depa..Laju ja dengan hujan lebat menggila di luar .Sejuk-sejuk pekena mihun 12 sudu teh gula vs teh susu panas.Berpeluh..


Saya pulun mihun 12 sudu teh gula ni.Betul kata depa yang dah pernah masak.Walaupun mihun ni kosong ,tapi 
Ok..mihun ni kena dengan tekak saya..Masam masin manis dia just nice.
Atau sebab saya memang penggemar mihun?

Saya memang suka mihun goreng.Tapi dengan satu syarat.Jangan mihun hancur,saya kurang feel.Tang makan tu makan juga kalau hancur pun.Tapi kurnag sikit la feel.Saya suka mihun tak hancur. Tapi mihun hancur pun ada juga orang yang suka kan...
Selera masing-masing kan.Bak kata mak saya..Kalau selera sama,kain kat kedai tu sekayu sahaja la...takdaklah corak-corak berbeza...hihihi

Apapun,malam ni dah boleh tidur lena...
Dah seminggu diganggu mimpi-mimpi yang memenatkan..Tidur dah macam bukan rehat,tapi penat.Taktau pasai pa,padahal nak tidur dah baca 3 Qul & doa tidur.
Harapnya malam ni tiada gangguan mimpi lagi.
Jangan mimpi mihun  sudah la...hihihi...



9 comments:

  1. ramainya terjebak ngn bihun ni! hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengaruh rakan sebaya...
      Tapi not bad rasa dia

      Delete
  2. Nampak bihun goreng 12 sudu teh gula ditingkap, terus terbang rentas Laut China Selatan ke KL. Wah! Sampai terdengar-dengar bisikan suruh goreng bihun! Meriah betul cerita bihun goreng 12 sudu teh gula di sini ye. Harap orang selatan Malaya tu dengarlah.... boleh sama-sama tumpang semulut di sini hihihiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha....dah diseru ...
      Sampai dah kat bawah ni...

      Delete
  3. Kah kah kah.. melampauuuuu...

    Tapi memang betul, tak manis pun, rasanya seimbang. Hari ni Kak Ipaq sy terpengaruh bila sy kata, sama rasa bihun mak, terus dia buat. Dan dia kata betul, ada iras rasa bihun goreng mak. Mungkin mak mertua sy geng dengan Toknek Mohd Shukur tu 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi ..ada sedikit kemelampauan kat situ🤭
      Agaknya la...
      Tapi kalai perasan ..
      Ayam Masak Merah Che Nom pun guna jus asam jawa & gula untuk imbang rasa & memang sedap kan

      Delete
  4. Meriah betul la bihun gula 12 sudu....bahan simple sedap boleh tahan👌

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom terjebak bersama...memang boleh tahan sedapnya

      Delete
  5. Sebelum ni dah terjah blog Puan hazel dan kak Amie. Blog kak SK je belum terjah lagi. Ini blog mama cella pulak. Aduhh..nampaknya pengaruh rakan blogger semakin kuat ni. Kena jugak cuba resipi mihun 12 sudu gula ni. Nantikan...

    ReplyDelete