Wednesday 29 September 2021

SAMBAL TUMIS CILI PADI SARDIN DAN BELIMBING

 Belimbing lagi ..Sardin lagi....


Ya....sardin lagi dan belimbing lagi.Sebab tu letak timun,terung dan tomato.Untuk cover line ...Hihihi....


Lauk semalam...Sambal Tumis Cili Padi Sardin dan Belimbing.Selagi ada belimbing,selagi tu saya akanasak lauk berasaskan belimbing.Ni kalau Rose offer lagi belimbing,mau saya pi ambik lagi tanpa rasa malu..Bukan apa,orang lain tak minat nak pi ambil,biarlah saya yang menyelamatkan belimbing tu daripada membazir ....kannn ..Hihihi...
 

Biar la anak-anak semut bertiga tu tak makan.Saya akan makan dengan suka hati tanpa perlu berbagi-bagi...Hihihi...


SAMBAL TUMIS CILI PADI SAEDIN DAN  MELIMBING 

1 tin sardin

20 biji belimbing 

Minyak,garam & gula.


Bahan Blend:

1 cawan cili padi merah.

1 bawang besar.


1. Panaskan ¼ cawan minyak dah tumis bahan blend.Terus masukkan belimbing & biar mendidih hingga naik minyak.

2. Tambah garam,1 sudu teh gula dan lagi 1 cawan air serta masak lagi hingga naik minyak sekali lagi.Masak agak lama supaya belimbing mengeluarkan masam dan menjadi lut sinar.

3. Masukkan sardin bersama sosnya dan biar mendidih perlahan supaya ikan tak hancur.

4. Sesuaikan rasa.Sambal ni akan lebih sedap jika dimasak awal beberapa jam.


Goreng juga ikan masin..Ni ikan talang masam yang mak bagi stok masa balik hujung bulan Julai hari tu.


Ulam timun & daun bawang saja.Hari-hari mak saya akan call cerita pokok ulamnya subur musim hujan ni tiada siapa nak makan..Layur..layur...nak suruh balik la tuuuuu...hihihi


Tekak kampung..Cukup ada sambal,ulam & ikan masin.Kalau datang makanan bandar atau omputih pun saya bedal juga.Cuma nasi tidak diabaikan ...🤣



17 comments:

  1. uiii...ini buat makan bertambah 2 kali ni....x heran dah penimbang sudut rumah...

    ReplyDelete
  2. Perghhh..selagi ada belimbing memang akan masak menggunakannya tanpa membazir. Suka jugak masak sambal sardin letak belimbing buluh. Ada sambal, ulam, ikan masin dan keropok memang padu betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi ada...
      Tak leh membazir..Nak gi amik selalu sangat rumah Rose tu....segan pulak🤭.
      Tapi kalau dia pelawa tak tolak🤣

      Delete
  3. Wah.. kali ni belimbing xyah hiris2 lg.. masuk sebiji2.. stok belimbing byk ye? sdpnya mak cella.. 🤗

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang sebab buah yang lebih kecil...kurang masam...Lagipun sexy sikit bila buat tergolek2 macam tu kan k.Lin🤣

      Delete
  4. Kenapa sy tak nampak pun ikan sardin dalam pinggan nasi tu? Kompomlah esok masuk dalam nasi goreng, sardinnya 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...
      Perati ya....
      Nampaknya gitulah...
      Tapi hari ni dah goreng nasi dengan lebihan ikan masin...Sardin tu belimbing dah habis tinggal sambalnya dengan ikan..Macam nak recycle jadi spaghetti sardin ja pulak🤭

      Delete
  5. Eiiii rasa macm nak ambik hidangan ni makan ermmmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mai la amik Naz Shima....tinggal sardin ngan kuah ja...belimbing dah yilek😁

      Delete
  6. Belimbing buluh ni kalau tengah musim emang lebat buahnya
    Wak ada 3 pokok, biasa berlambak aje buahnya berguguran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dekat,takat rentas daerah,saya dah bawa karung guni pi amik kat rumah Wak...hihihi..

      Delete
  7. Hidangan yang sangat menyelerakan!
    Ulam, sambal & ikan masin memang tak boleh tinggal.

    ReplyDelete
  8. kecur liur.. ammi benda masam buat masak bolehlah. kalau makan gitu je adouuuuuhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoi...saya pun kalau asam-asaman segar tak boleh nak gigit ..ngilu gigi

      Delete