Tuesday 7 September 2021

PENGAT PISANG APA?

 

Masak pengat  pisang..

Untuk minum petang.

Masak awal-awal  pagi.

Supaya pekat & sebati bila nak makan nanti



Pengat pisang.Kami panggil serawa pisang.Biasanya saya kenal kebanyakan pisang.

Tapi tak tau ni pisang apa 

Beli 6 biji sahaja.Tapi beratnya lebih sekilo.


Tengok rupa ingatkan pisang nipah atau pisang kepok.


Pisang ni saiz besar.Enam biji dapat seperiuk serawa.Dah dijadikan pengat.Bila makan,pisang dia masam.Lebih masam daripada pisang nangka.
Kalau pisang nipah atau pisang kepok biasanya tak masam.
Habis tu ni pisang apa?



Apapun pisangnya.Kalau dah nama pengat atau serawa,saya akan makan dengan cream creaker.Begitu juga bubur.Saya nak juga ada cream creaker.Tak puas kalau tak ada cream creaker yang krup krap ni.


Bila makan bubur atau serawa ni,dapat gigit cream creaker yang rangup baru rasa meriah.Kalau hirup bubur atau serawa tanpa cream creaker rasa senyap sunyi.Tak feel
...Hihihi


PENGAT PISANG APA?
6 biji pisang ( tak tau nama tapi besar saiznya)
1 kotak santan
2 keping gula nisan Kelantan
½ sudu teh garam
3 sudu sagu - basuh & rendam 10 minit
1 helai pandan

1. Kupas pisang & potong serong sederhana tebal.

2. Masukkan pisang dalam periuk bersama 4-5 cawan air & masak hingga mendidih.

3. Masukkan sagu & kacau sesekali hingga nampak sagu jernih,baru masukkan gula,garam dan pandan.

4. Tambah santan dan kacau sesekali hingga mendidih.Kecilkan api supaya mendidih perlahan & santan tidak pecah.Sesuaikan rasa

16 comments:

  1. Sekali pandang macam pisang abu kan? Tapi sbb masam bukanlah kot :)
    PH suka serawa tapi takde geng nak makan, anak2 ikut Walid depa, tak makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok...yang ni kita sama PH...
      Kadang anak-anak ni depq jamah la juga.Tapi kali ni saya balun sorang- sorang depa tak pandang...hihihi

      Delete
  2. Kalau sy dulu2 la, makan biskut cc ni dengan bubur kacang hijau. Tapi, beberapa tahun lepas, sy tengok abg ipar makan biskut cc dengan serawa pisang. Masa tu baru tau org Kedah makan lagu tu. Pak Inche tak pernah makan macam tu, dia jenis makan gitu jer.

    Sy ni lagi la bodo piang tak kenal jenis pisang. Sy tahu pisang tanduk ja 😜

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan semua orang Kedah makan ngan CC ni SK.Ramai ja spesis PI.Tapi ramai jugaklah apesis abg ipar SK tu termasuk saya..hihihi..
      Satu lagi orang Kedah kalau cakap ..kasar & ada penambahan dibelakang...
      Bodo piang...Segak nak mamp*s....masam purit...merah menyala..panas lit-lit..putih gebu..hitam merelit..hihihihi.

      Delete
  3. Replies
    1. Mai la Syaz....ada lagi dok perangat...🤭🤭

      Delete
  4. Sedap pengat pisang campur sagu. No idea pisang apa ni sebab tak pakar sangat tentang jenis pisang. kena tanya pada yang pakar. hihi

    Kak, nanti update kat profile akak letak link blog sekali ye. sebab bila saya click profile takde link blog akak. Terpaksa google dan akan jadi broken link dalam blog. Sebelum ni macam ada link dalam profile akak.

    Terima kasih kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak...
      Saya pun baru perasan sebelum ni macam ada link..Ni Fiza cakapnbaru tertrlengok memang dah takdak link la...
      Nanti nak cakap kat tuan tanah suruh dia tolong tengok...Saya memang tak reti nak usik kat mana🙈🙈
      TQ Fiza atas keperihatinan🌹🌹🌹

      Delete
  5. Macam spesies pisang abu /nipah / saba. Keluarganya mungkin.
    Pernah saya buat pengat pisang begini, rasanya masam. Tapi sedap juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh,pisang nipah memang masam jugak ya..
      🤭Saya selalu masak pengat guna pisang nangka memang tau masam.Pisang nipah ni selalunya goreng ja.Nampaknya kena study lagi pasal pisang...hihihi

      Delete
  6. Sedap serawa Pisang nipah ni..sebb masam lawan degn kuahnya yg manis aummmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la...semalam makan rasa masam sangat.Ni dok ulang panas...eh,dah balance dah masam vs manis dari kuah

      Delete
  7. sy lg xtau jenis pisang ape.. tau mkn je.. haha

    kalo sy plak suka mkn ngn roti putih.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...kadang-kadang tak perlu tahu nama pisang kan...makan ja...hihihi

      Delete
  8. pisang nipah ni kak..dulu mak tanam banyak..kami suka goreng cicah dengan sambal kicap ngammm...kalau pengat/serawa kami pakai pisang berangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh ..memang pisang nipah ek...Kadang boleh terkompius sat...hihihi
      Ooo pisang berangan pun boleh buat pengat ye..Ingatkan tak oleh takut hancur...Boleh cuba nanti....Selalu saya guna pisang nangka & pisang awak ja...

      Delete