Wednesday 8 September 2021

MUSIM BUAH PERAH DATANG LAGI...

 

Musim Buah Perah datang lagi.Setiap tahun,bulan Julai hingga September adalah musimnya.Memandangkan buah perah ni adalah buah hutan yang pokoknya tumbuh liar di hutan-hutan tebal,rasanya ada yang tak  kenal & tak  pernah makan...


Alhamdullah...tahun ini dapat lagi makan buah perah.Rezeki yang Allah kirimkan melalui hambaNya yang baik hati.
Terima kasih kepada Saifuldeen aka Apul yang bersusah payah mengutip,membungkus,
hingga postage pun ditanggung Apul.

1 Sept 2021..Apul whatsApp minta alamat rumah,dia nak hantar buah perah.Katanya dia kutip sendiri di hutan.Tak pernah jumpa pun dengan Apul ni.Cuma pernah sekali diperkenalkan kawan atas kawan saya  nak beli buah perah ni tahun lepas.Apul cakap dia beli dari orang asli.Dia tolong belikan & postage nanti bayar kepada J&T.Rasanya ada posting pasal buah perah ni tahun lepas.Jap nak cari..
Eh,ada la..Saya ada cerita dalam post 
Masa ni banyak juga Apul tolong beli dan pos tapi banyak tapi banyak juga yang rosak.Apul ni kerja kat stesen janakuasa elektrik nun jauh dibelantara.Kadang dia up kat status dia video gajah melintas jalan,kijang berlari menyusup denai ,air terjun yang cantik,ikan kelah berenang di air jernih.Pernah sekali dia up base mereka diserang gajah yang mengamuk.Seram..!
Untung Apul..walau masih muda ,anak kelahiran  ibukota,tapi berpeluang merasai pengalaman yang hebat macam tu!


Kali ni Apul kata dia dah kenal pokok perah.Dia kutip sendiri buah perah dihutan & sekarang dia dah tahu tahun lepas masa dia tolong beli buah perah ni dia kena kincing dengam orang asli🤭.Depa kutip jual segala biji buah perah yang dah lama & rosak.Sekarang Apul kata dia kutip sendiri sambil kerja & dia akan post kepada saya...Semuanya PERCUMA!
Kata Apul lagi,kalau selagi dia kerja di situ,selagi ada,in sha Allah setiap tahun dia akan post untuk saya.
Oh..terharunya.....bila Allah hadirkan insan- insan yang baik disekeliling kita.Semoga Allah ganjarkan mereka pahala yang melimpah diakhirat nanti.


5 Sept Apul pos nun jauh di utara
6 Sept dah selamat  mendarat @ rumah saya.

Sebungkus saya bagi Ita.
Ita ni anak Pahang,memang pandai makan makanan exotic macam ni.Saya hantar kat rumah Ita sepaket

Kat rumah,separuh saya dah rebus.

Nak rebus dia pun bukan sebarangan kerana buah ini kalau silap haribulan boleh memabukkan..hihihi

1. Saya rebus hingga mendidih lebih kurang ½ jam..Buang airnya.

2. Masukkan air baru & rebus lagi ½ jam & buang airnya.(airnya jadi gelap macam teh O pekat & macam ada bintik-bintik minyak dalam air tu)

3. Basuh & rebus lagi sekali hingga mendidih.Tambah sikit garam macam rebus ubi.Biar mendidih dalam 15 minit  & buang airnya..Selalunya masa ni kulit  bijinya akan nampak terbelah sikit.

Pastu kopek atau gigit kulitnya & makan isinya.Kulit dia keras sikit lebih kurang macam kulit buah berangan.

Dalam kulit keras tu ada selaput kulit dalam..Rupa kulit dalam ni seakan selaput biji getah.Katanya Asam Rong yang terkenal kat Pahang tu dibuat menggunakan biji buah perah ni la.Kemudian dialtenatifkan menggunakan biji getah pula sebagai ganti kerana rasa hampir sama...
Pernah makan biji getah?
Saya tak pernah makan tapi kat kampung saya ada sorang ( dah arwah) berasal dari Singgora Thailand.Kami panggil Long Kok (Yaakob) memang makan biji getah dengam cara menjeruknya terlebih dahulu.Tak tahu pula saya proses menjeruk tuacamana.
Pernah makan gulai ikan + Asam Rong yang macam masak tempoyak tu?
Saya pun tak pernah.Tapi menurut adik ipar saya ( orang Pahang) gulai asam rong sedap kalau guna ikan kenerak iaitu sejenis ikan sungai.

Rupa bijinya juga seakan biji getah.Buahnya juga ada iras buah getah cuma biji perah warna coklat polos serta lebih panjang berbanding biji getah lebih membulat & bercorak batik.

Rasa biji buah perah?
Pada lidah saya ,rasanya saling tak tumpah rasa buah berangan.Bau harum isi bijinya juga memang sangat seiras bau bau buah berangan.Begitu juga texture kulit dan isinya.
Pada saya ianya sedap dan mengenyangkan😁
Rindu kenangan lalu mengutip buah berangan dihutan untuk dimakan (Mak saya kutip banyak untuk dijual)...
Rindu kenangan mengumpul biji getah untuk bermain congkak..
Rindu semua-semua kenangan lalu...!



20 comments:

  1. mmg rare.. sbb sy sndiri pon xprnh merasa buah perah ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...
      Buah hutan yang tak dikormesialkan...Jarang nampak..Tapi ada ja sesekali ketemu di pasar- pasar @ KL ni

      Delete
  2. Kagum betul dgn mak cella ni. Mcm2 dia tau & mcm2 dia pernah mkn. Saya org Pahang tp x pernah tgok @ mkn pun buah ni. Terima kasih yer sbb up gmbr, baru tau rupa buah ni ,😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. kak lin pun kagum.. mcm2 benda baru yg kak lin dpt dr mak cella ni..

      Delete
    2. Tu yang payah nak slim...
      Makan belaka-laka🤣

      Delete
  3. Tengah sedap baca cerita makan buah perah, baru teringat.. belum masak nasii!!! Allahu Akbar!!

    Teringin la nak rasa, sy suka makan buah berangan...sedap la maknanya kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu...maafkan lah si buah perah....🤭

      Sib baik bukan mengidam...Kalau mengidam harus kena post jugak sikit pun...kempunan kang....hihihi

      Delete
  4. PH tak makan buah perah tapi kenal sgt buah ni sbb arwah Ayah peminat setia buah ni. Memang pernah nampak arwah Mak rebus buah ni, then ketuk2 sikit kan kulit luar tu untuk kopek.

    Seronoknya Apul tu, macam2 pengalaman mahal dia dapat kan?

    MamaCella main laga biji getah tak dulu2 haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la..masa dok tulis,teringat juga kat PH...Dok rasa dalam hati PH mesti kenai buah ni...Saya tau buah perah ni pun dari arwah tok tiri orang Kg Bandar,Siong,Baling.

      Delete
  5. Uniknya. Pernah dengar tapi first time tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buah dari hutan tebal,jarang dijual terbuka.
      Macam kalau kat Johor /Singapore kira macam "Buah Kluak" la...Banyak proses nak tawarkan racun tapi ada peminat tersendiri

      Delete
    2. Saya orang Johor pun tak pernah dengar jugak buah kluak tu. Buah hutan ni memang rare. Sejenis macam buah berangan jugak ni kulit tebal cuma buah kluak ni jenis lonjong. Rasa dia lemak lemak juga ye?

      Delete
    3. Buah kluak tu kena tanya mat Gebu dia terror...hihihi

      Delete
  6. Belum pernah rasa buah perah. Memang seumur hidup tak pernah jumpa. Kalau rasanya macam buah berangan, memang sedaplah. Kalau begitu tak dapat makan buah perah, dapat makan buah berangan pun kira okey juga kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahhaa...betul cikgu ..makan buah berangan kalau ada.Biasanya buah perah,buah getah & buah berangan sama musim gugurnya

      Delete
  7. First time tengok buah ni...nampak menarik la...cuma nak kena masak betul- betul kan...baguskana dikelilingi orang- orang yang baik....kalau rasa macam buah bernagan boleh rasanya SA makan...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya memang rasanya macam buah berangan cuma versi rebus Kalau sangai dengan pasir macam buau berangan tu takut getah dia tak keluar habis takut pening kalau salah makan...

      Delete