Monday 13 September 2021

MASAK LEMAK CILI API AYAM PANGGANG BAKER'S COTTAGE


Masak Lemak Cili Api Ayam Salai...

Hihihi,bila pula menyalai ayam...?


Bukan ayam salai pun...


Guna ayam panggang Baker's Cottage yang baki lunch malam semalam.Sekor ayam ni kan kami dua beranak saja makannya sebab dua beradik lagi tu dah makan kat luar.Makan dengan Cella ½ ekor pun tak habis.Saya pun macam Adah,tak minat sangat ayam panggang Baker's Cottage ni.


Akhirnya baki lagi ½ ekor saya jadikan lauk berkuah untuk lunch semalam.Ilusi makan ayam salai la kunun..Hihihi...

Guna pes garam kunyit yang beli dari Rose.Cantik harum .Rasanya Rose campur juga bawang putih & lain bahan kot sebab bau dia bukan sahaja harum kunyir segar tapi sedap sangat bila gaul pada ayam atau ikan untuk goreng garing.

Saya hanya tumbuk lumat 15 cili padi merah + hijau.Kemudian,cedok 1 sudu makan pes garam kunyit ni.Masuk dalam kuali bersama 2 cawan santan cair,sebatang serai & 1 asam keping.Ops,kentang sekali

Didihkan semua tu hingga kentang empuk,baru masukkan ayam.Kemudaian,baru tambah santan pekat & sesuaikan rasa.


Ni sesi merasa.Hihihi...rasa kunun tapi ½ mangkuk!
Kalau zaman kanak-kanak,bila nampak mak ambil mangkuk & sudu nak rasa gulai atau sayur,kita pun sibok sama nak merasa...Bila mak tanya cukup ke rasa?
Terkebil-kebil nak bagi jawapan sebab tak tahu pun macamana cukup rasa tu.Pada kita semua yang mak masak sedap.Hihihi.
Selalu bab merasa masakan mak cakap Achik boleh dipercayai...
Dia berani komen jujur untuk masakan mak.Saya tak berani berkata benar🤭


Masak awal beberapa jam,nak bagi bahan sebati & kuah pekat.Ni kalau ada belimbing buluh...Aummmmm..

Kesudahannya ½ ekor ayam ni hanya untuk Cella & abangnya.Adah takmau..Saya makan kuahnya sahaja..


13 comments:

  1. Kecur betul tengok kuah masan lemak ni. Masak lemak ayam hari tu pun sy tak sempat try lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...
      Simpan menu ni untuk hari yg takdak idea...

      Delete
  2. adoihaii. terasa2 lemak santan dan pedasnya tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebut lemak santan..
      Teringat sitcom kat TV 1 dulu2...Trio Santan Berlada...Fauziah Nawi,Khairul Azhar & Ali Mamak

      Delete
  3. Elok garam kunyit Rose 🌹 tu kannn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul..
      pes kental nak guna senang sedap pulak tu.Segala bahan kisar dia buat ...sebotol tu hanya rm10

      Delete
  4. Bagus gak idea akak masak lemak cili api. Taklah membazir bila tak habis. Nak dipanaskan memang takde sapa nak makan nanti. Sedap masak lemak cili api, kuah pekat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Fiza...Yang pelik tu bila recycle habis pulak...hihihihi

      Delete
  5. Cantiknya warna kuah lemak cili api ayam panggang tu. Saya suka bubuh kuah banjir atas nasi! Puas makan... slurrpp-sluurppp terasa-rasa pedas cili padinya. Jangan lupa air panas segelas!

    ReplyDelete