Wednesday 2 June 2021

MAK DAH VAKSIN..!

Malam semalam mak call cakap PKK call untuk vaksinasi.Kata mak sepatutnya minggu lepas,tapi suruh Achik anjakkkan tarikh sebab mak belum bersedia.Tapi ni dah kali ke-2 dipanggil,Achik minta agar  mak setuju sahaja kerana bimbang akaj berlaku kesulitan kemudian hari.


Appointment pukul 9.30 tapi Achik kata bila sampai pukul 9.00,mak dapat nombor 260++.Pukul 10 baru giliran no 70++

Kata mak orang sangat ramai.Tapi urusan dimudahkan & staff KKM tu pun semua berbudi bahasa & bertolak ansur untuk warga emas macam mak.

Achik yang uruskan untuk  vaksinasi mak dari A-Z.Bukan sahaja vaksinasi,tapi semua urusan duniawi mak terpikul atas bahu Achik.Mana nak uruskan Pokcik.Sudah berbulan ulang alik hospital & perubatan altenatif untuk Pokcik.Walau luaran nampak sihat tapi Pakcik sedang diuji sakit yang perlu Achik uruskan.Urusan kerja,urusan keluarga & uruskan mak.Kadang terfikir betapa tidak bergunanya saya sebagai seorang kakak kerana tidak membantu Achik sekurang-kurangnya untuk menguruskan emak.Semoga Allah ampunkan saya & mudahkan urusan serta ganjarkan pahala melimpah untuk Achik.Doakan saya dilembutkan hati & dimudahkan urusan  untuk mohon pertukaran balik &  berbakti kepada emak selagi ada hayat mak & hayat sayam


Mak mudah diajak bergambar.Dulu zaman mak muda-muda mak rajin bergambar.Macam- macam fesyen baju & gaya rambut mak sebab dulu mak jahit baju sendiri.Badan maknpun dari muda hingga dah warga emas,mantain kecik molek(jauh benar dengan anaknya yang sorang ni..hihihi) .Tapi semua gambar-gambar  entah kemana.Mungkin semasa pindah rumah @ rosak sebab tidak ada album simpanan khas.

Ni Achik post semua pic ni dalam family group untuk update kat kami.


Mak dah vaksin.
2nd dose lagi 3 minggu.
Malam tadi mak call lagi ceritakan pengalaman divaksinasi.Kata mak,Alhamdululillah sebab tiada alahan atau lemah-lemah badan.Setiap orang berbeza kesannya.Ada yang mengalami muntah,lemah badan dan lain-lain. Semoga mak kekal sihat & dikurniakan umur yang panjang lagi berkat.Semoga kita semua dalam lindungan Allah.






10 comments:

  1. Emak wak pun dah lengkap vaksin dua kali.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah selamat dah vaksin untuk dos pertama.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. lega dengar mak dah vaksin.. tak ramai warga emas yang nak pergi vaksin ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak saya pun ada on off nya juga.Kejap onz..kejap off..Akhirnya adik yang deside..hihihi

      Delete
  4. Alhamdulillah. Moga Mak Mama Cella sentiasa sihat.
    Mak saya sedang menunggu giliran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinnn....
      Semoga mak cikgu juga dimudahkan urusan

      Delete
  5. Alhamdulillah, tahniah mak dah ppergi vaksin, mula tu takut ke agaknya, tu tak nak pergi ya. Mak sy pun dah sempurna 2nd dose, belum sempat lagi nak cerita kat blog, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la..asalnya excited.Pastu down..
      Eh,pastu ok pulak.Perasaan bercampur baur

      Delete