Tuesday 25 May 2021

SUP BEBOLA AYAM + CENDAWAN HITAM

Masak sup bebola ayam campur cendawan hitam ni.


Sebab bebola ayam hanya ada 1/2 pack sahaja,saya campur sayur- sayuran.

Antaranya cendawan hitam kering ( black fungus) lebihan masak lontong hari raya ke3 hari tu.Resipi yang saya guna lebih kurangnya:

SUP BEBOLA AYAM+CENDAWAN HITAM.

20 biji bebola ayam.

1 genggam cendawan hitam kering - rendam

1 cekak fucuk - rendam.

1/2 cekak suhun- rendam.

1 batang lobak merah- potong kasar.

1 bawang besar- cincang.

3 bawang putih - cincang.

3 hiris halia muda - mayang

Sikit daun sup.

Sikit minyak,garam,serbuk lada sulah & 1 sudu teh serbuk pati ayam.


1. Panaskan sikit minyak & tumis bawang besar,bawang putih ,& halia.

2. Masukkan bebola ayam & goreng sekejap.

3. Tambah 5 cawan air.Masukkan lobak merah,fucuk,cendawan masak hingga mendidih.

4.Tambah suhun,serbuk pati ayam,lada sulah & sikit garam jika perlu.

5. Sesuaikan rasa & tabur daun sup


Saya ratah semangkuk sup ni kerana sayangkan cendawan hitam tu anak-anak tak minat.Tapi yang musykilnya,pakat rasa pening lepas makan sup ni.Anak bujang cakap dia balik lambat dari kerja sebab pening sebab makan sup ni.Saya juga rasa kepala berpusing.Cella juga cakap pening nak muntah.Adah tak cakap apa-apa.
Saya syak saya jadi pening sebab saya ada letak serbuk pati ayam brand K...
Saya memang alahan kalau makan makanan yang guna serbuk @ kiub brand tu(orang lain makan ok ja kan..).Jarang saya guna kiub @ serbuk ayam tu dalam masakan.Tapi hari tu gatal tangan pi campurkan juga sesudu kecik sebab sayang tengok anak bujang beli serbuk tu 1 pack masa dia masak pasta hari tu.
Anak bujang tu pulak cakap salah cendawan.Kata dia sebelum ni dia masak pasta carbonara guna serbuk pati ayam tu ok jer.Tak pening pun.Cella pulak cakap dia nak muntah sebab perut dah masuk angin kot sebab makan lambat & dok ngadap laptop lama sangat.Adah no komen.
Sekarang ni,apa silapnya lepas makan sup tu pakat pening?

4 comments:

  1. Saya suka menu begini. Hirup kuah panas-panas...slurrpp...slurrrppp! Lepas tu keluar peluh di dahi...sihat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...kalau musim hujan sedap menghirup.tapi tu la,dah pening pulak.hihihi

      Delete
  2. cuba cek packaging serbuk pati ayam tu kak.. takut expired ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak....
      Boleh jadi jugak tu,tapi pembungkuanya saya dah buang sebab dah masukkan serbuk tu dalam botol.Kena buang jugak lah sebelum pisang berbuah 2 kali

      Delete