Friday 28 May 2021

RAMBULAN KESIANGAN & CERITA GERHANA DULU-DULU

Malam semalam iaitu malam 15 Syawal 1442 berlaku gerhana bulan.Kebanyakan tempat dapat melihat dengan jelas,tapi di KL tak nampak sebab  hujan berserta kilat & guntur.Semalam siang,sepanjang hari terasa dingin tanpa sinaran matahari.Langit nampak kelabu & suram.

Dulu zaman kanak-kanak di tahun 1980an dulu tak ada hebahan atau pemberitahuan tentang bila akan berlaku gerhana.Jangan kata gerhana,tarikh mula puasa & tarikh raya pun memang surprise kerana hanya bergantung kepada melihat anak bulan secara manual(kalau maklumat saya salah sila betulkan).Jika nampak @ sebaliknya ,pada malam itu juga diumumkan melalui radio & TV.Masih saya ingat pernah beberapa kali ada kampung yang dah raya selepas 29 hari berpuasa & ada kampung lain pula beraya sehari kemudian dengan menggenapkan 30 hari puasa kerana alasan tidak nampak anak bulan Syawal.Saya tak ingat ( & malas nak cari info) sejak bila tarikh puasa & raya dikira secara hisab & rukyah & sejak itu tarikh puasa & raya sudah dapat dijangka lebih awal.Dalam kalender pun biasanya tarikh yang dipaparkan adalah tepat.Dah tiada lagi suspennya.Tapi anak bulan tetap dicerap  di seluruh negara.Sekarang gerhana bulan pun sudah dimaklumkan awal-awal detail dari pukul berapa hingga pukul berapa.

Teringat masa zaman kanak-kanak,dikampung saya jika ada yang kebetulan merenung bulan & ternampak fenomena gerhana tu,maka riuhlah sekampung.Semua penduduk kampung saling dikejutkan.Anak-anak yang sedang tidur juga dikejutkan supaya bangun & bersama melihat bulan yang sedang gerhana.Maka yang tua seakan merintih memohon agar gerhana segera berakhir.Segala pokok-pokok  & binatang juga ditepuk-tepuk dibangunkan & dikhabarkan gerhana bulan.Penduduk yang mempunyai senapang pula akan melepaskan tembakan ke udara.Kadang jika gerhana lewat malam hingga membawa ke subuh,maka selama itulah juga golongan tua akan berjaga.Kami yang kanak-kanak ada yang terlena dipangkin  tempat berkumpul & ada yang terlena dipelantar rumah.Sehingga esoknya akan riuhlah bercerita pasal gerhana bulan tersebut.Orang kampung risau jika gerhana ,takut  akan berlaku kemarau panjang.Memang pernah berlaku masa saya darjah 2@ 3 berlaku kemarau panjang hingga semua telaga kering dan penduduk kampung terpaksa menggali telaga nun jauh ditengah paya untuk minuman sendiri & binatang ternakan.Mandi bukan lagi kepentingan Sawah kering kontang seperti padang jarak padang terkukur & padi tidak dapat ditanam.Saya masih ingat-ingat lupa & sesekali bila bercerita dengan emak,emak khabarkan pada masa itu kerajaan terpaksa memberi sedikit bantuan kewangan yang dinamakan "Bantuan Padi Kering".Kebanyak penduduk hanya mampu membeli beras yang paling murah iaitu beras merah.Berasnya memang kemerahan & mempunyai bau yang sedikit masam.Seakan masih ingat rasa nasi beras merah.Rasanya memang tidak sedap,tapi apa lagi pilihan yang ada kerana padi di jelapang sudah kehabisan kerana setahun tidak dapat menanam padi.

Itu cerita zaman saya kanak-kanak.Ketika zaman remaja,suasana tersebut kian menghilang.Perubahan masa & pengetahuan agama yang semakin jelas,menyaksikan banyak perkara-perkara yang meragukan ditinggalkan sikit demi sikit kerana bimbang boleh membawa kepada syirik.Sebaliknya digantikan dengan amalan solat sunat gerhana  & istighfar berkat guru-guru agama yang saban minggu datang mengajar di surau kampung.Bezanya "orang dulu susah nak dapat ilmu,tapi mudah untuk mengamalkannya.Orang sekarang mudah dapat ilmu,tapi sukar mengamalkannya kerana banyak cabaran & godaan". Itu cerita & peristiwa yang saya lalui zaman kanak-kanak hingga remaja.Selepas habis sekolah menengah bermulalah kehidupan saya di Kuala Lumpur hingga kini.Di usia yang kian bertambah,kampung halaman sudah mula menggamit untuk kembali.Yang pasti kota & kampung semuanya sudah jauh berubah.


Ni bulan 16  Syawal pagi tadi.Masa ni pukul 6.45 pagi.Rasa macam jauh sangat bulan tu.Ada ketika nampak bulan mengambang macam dekat sangat dengan bumi sampai nampak macam ada peta dunia pada bulan tersebut.Walaupun sudah  hampir pukul 7 pagi,bulan masih jelas.Cahaya kemerahan antara cahaya matahari di sebalik bukit  arah timur & cahaya bulan yang masih bersinar disebelah baratNak tulis post ni awal pagi tadi lepas subuh tu,tapi tetiba tak boleh upload pic.Berulangkali cuba pun tetap fail.Saya bukan reti nak godek- godek cari puncanya.Tahu upload pic,taip & post sahaja.Hihihi
Nasib baik ni dah ok..boleh upload dah..

Masa ni pukul 7.45 pagi
Pun bulan masih kelihatan tapi berbalam-balam didominasi cahaya matahari yang sudah hampir segalah di puncak bukit.

Kalau zoom in baru nampak bulan yang semkin putih & tidak bercahaya lagi.Inikah yang dinamakan rambulan kesiangan?


10 comments:

  1. Waktu kecik-kecik dulu memang pernah dengar orang tua-tua cerita tentang gerhana bula. Macam-macam mitos dan kepercayaannya. Sekarang ni dah lupa-lupa ingat, nak cerita takut tersalah sampai pula hehehheee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul cikgu..
      Dulu2 banyak mitosnya.
      Semoga kita semua & nenek moyang kita yang pernah terkhilaf fahaman diampunkan dosanya oleh Allah swt

      Delete
  2. Sayunya dan sebak tengok pic bulan tinggi sayup diangkasa dan perlahan2 makin menghilang seolah2 mengingatkan putaran hidup kita dibumi Allah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...Bilankita merenung ciptaan Allah & muhasabah diri...takutnya mengenang tersangat kirang amalan sebagai bekal

      Delete
  3. canggih henfon ni leh zoom nmpk bulan agak besar.. 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...pic pertama bulan gerhana tu camera Google memang la canggih🤣

      Delete
  4. Saya masih ingat, masa kecik2 dulu, jika berlaku gerhana matahari, mak akan letak besen besar depan rumah, letak air dalam besen tu. Kami pun cangkunglah kat keliling besen tu tengok imbasan cahaya matahari. Tapi sy tak faham lagi, kenapa paksa kita tengok air dalam besen ni 😜😜😜

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maknanya orang dulu dah hebat science knowledge.Kena tengok dalam air/ guma film hitam sebab kalau tengok direct boleh rosak mata.,

      Delete
  5. Tetap cantik berseri walaupun bulan tu kesiangan :)

    ReplyDelete