Wednesday 25 December 2019

GULAI TEMENUNG LEMAK PANGKOQ & ULAM CABAI

Selalu kalau balik Kedah.. Achik akam bawa
pi MENYEGHOK NASI GULAI IKAN TEMENUNG.... kat sin
Tempat  Gulai Temenung..unik nama dia Batas Paip
Balik kali ni cozz banyak sangat makan macam-macam x sempat gi makan Gulai Temenung tu
Temenung @ Kedah mean Ikan Kembong ok..


Tapi sebab x sempat gi makan
Mak aku masak Gulai Temenung in the house
Temenung Lemak Pangkoq nama dia.
Pangkoq @ Kedah mean Pulau Pangkor.
Haaaa tapi ampa jangan ingat semua huruf "r" tu bunyanya "q"
Kalau Pangkor memang kat Kedah dipanggil Pangkoq
Kalau buah "anggur" xdelah depa panggil "anggoq" 🤭
Nenek selalu sebut Buah "anggot"
Cam orang KL la buka semua bunyi "e"
Kalau bola tetap dipanggil bola
Takdelah dioanggil "bole" 😂
Tapi ada 1 perkataan bahasa Kedah yang famous kat sekolah aku iaitu "pungkoq"
Kalau "punggung" @ Kedah dipanggil "Pungkoq" 🤣🤣🤣
Faiz Kedah classmate form5 la ni suka sangat guna perkataan tu..
Kalau dia nak marah apa2 mesti dia sebut "pungkoq hang" 🤣🤣🤣🤣
Sampaikan cikgu2 pun dah terikut dengan Faiz Kedah guna perkataan tu..
Ok now bukan about pungkoq lagi na
Now nak citer about Ikan Temenung LemaknPangkoq
Lemak Pangkoq ni memang rasa dia lain skit dari kembung biasa
Neneknkata Temenung Lemak Pangkoq memang datang dari Pulau Pangkor.
Ikan dia memang lemak & sangat sedap
Mak aku lak cakap memang rasa ikan ni sama ngan Ikan Temenung yang makan masa gi Pangkor baru ni

 Sebab nenek x suka sangat Ikan Temenung Lemak Pangkoq
Maka mak aku kata kena la campur juga Ikan Nyok-nyok dalam gulai ni untuk nenek
Nenek yang cakap ikan isi tu namanya Ikan nyok-nyok..
Peliks kan....

GULAI IKAN TEMENUNG 
5 ekor ikan temenung/ kembong /ikan lain
2 asam keping
10 cili padi
3cawan santan cair
4 sudu minyak
2 sudu rempah kari ikan
garam secukupnya

Bahan Tumis:
1/2 bawang besar cincang
2 bawang putih cincang
1 sudu teh halba campur
1 pelepah daun kari


1. Panaskan minyak dan masukkan bahan tumis hingga harum dan bawang keemasan.
2. Masukkan rempah kari yang sudah dibancuh dengan 1 cawan air .
3. Masukkan garam dan masak hingga naik minyak
4.Bila rempah naik minyak baru masukkan ikan dan balik- balikkan hingga ikan 1/2 masak.
5. Masukkan asam & garam
6.Setelah naik minyak semuka baru masukkan santan
7.Biar mendidih & esuaikan rasanya
8. Perlahannkan api paling kecik dan biar beberapa minit supaya kuah naik minyak dan cantik

**pesan mak aku lepas ni lain kali kali kalau masak lagi gulai temenung lemak ni kena masukkan ikan beberapa minit sebelum matikan api coz mak aku cakap ikan ni isinya lembut & mudah benyek. Yang masak hari tu ikan nampaknx cantik sebab masukkan awal.. 

***bawang tumis sepatutnya bawang merah tapi mak aku cakap now bawang merah mahal 3x ganda.. 😅.. so guna bawang besar


Ikan Temenung Lemak Pangkoq Goreng


Ikan Sungai
Yang nenek pancing
Garing crispy


Ikan Keli fav aku
Nenek pancing juga
Mak aku goreng garing-garing
Sekor aku makan buat lauk
Sekor lagi aku ratah🤣


Ulam-ulaman..
Bendi Rebus
Timun
Pucuk Putat(bukan Buntat yer)
Kacang Sirih Rebus
Terung Rebus
Haaaa... Terung rebus mak aku dah selalu buat
Cabai Picit by nenek
Sedappp
Cicah ulam terung rebus
Cicah ngan ikan keli goreng
Aummmmm

**OK dah clear dah folder makanan/masakan sepanjang 2 minggu cuti2 & balik Kedah.. Dah boleh clear gallery.. 🤭

5 comments:

  1. Best Kan duduk Di kampung...sayur sedap ikan sungai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heee.. Best kalau sesekali balik
      Kalau lama sangat mati kutu x tau nak buat apa

      Delete
  2. La ...ingatkan Gadis desa.. 🤭🤭🤭🤭

    ReplyDelete
  3. Bagi lah resepi cabai picit by nenek. Nampak sedap.... nyam... nyam...

    ReplyDelete
  4. Bagi lah resepi cabai picit by nenek. Nampak sedap.... nyam... nyam...

    ReplyDelete