Thursday 6 December 2018

KARI TULANG CAMPUR KELEDEK

Kari Tulang Campur Keledek
Lauk untuk lunch hari Selasa..
Hari Selasa nak habiskan post about MAHA 2018
Hari ni baru sampai Q Kari Tulang ni


Kari Tulang Campur Keledek
Selalu orang masak Kari Tulang @ Daginv dicampur Kentang
Tapi mak aku cakap dolu2 nenek suka guna keledek menggantikan kentang.
Rasa keledek lebih sedap dari kentang
Bila dimasukkan dalam Kari atau Sup
Mak aku cakap rasa kuah akan lebih sedap kerana ada sedikit rasa manis semulajadi

Kari Tulang Dengan Keledek ni mak aku cakap salah satu makanan nostalgia mak aku...
Mmmmm....mak aku kan banyak makanan  nostalgia..
Kari Tulang Dan Keledek ni salah satu Comfort Food mak aku..
Mak aku cakap kalau dolu2 jika ada kenduri  kat kampung nenek terutama kenduri perkahwinan memang akan dimasak Kari Daging Dicampur Dengan Keledek..
Jarang jumpa Kari Daging dicampur Kentang
Mak aku kata sebab keledek lebih mudah dapat dan murah harganya pada masa itu kerana ramai orang tanam keledek dikebun dan huma.
Huma tu apa..?
Huma tu mak aku cakap tanah yang baru dibersihkan dari hutan untuk ditanam getah atau tanaman lain..
Selepas pokok2 hutan ditebang dan dilonggokkan ..kemudian dibakar
Tanah tempat longgokan kayu dan sisa bakar menjadikan tanah itu subur dan pekebun akan menanam pelbagai jenis tanaman makanan seperti cili,terung,keladi dan juga keledek.
Mak aku kata ada juga yang memang menanam keledek penuh kebun dicelah2 pokok getah yang baru ditanam sebagai pendapatan sampingan sementara menanti getah dapat ditoreh.
Kata mak aku pada masa dulu selepas hasil keledek yang berkualiti dituai..
Biasanya pekebun akan memberi kebenaran untuk orang2 kampung datang dan mengambil sisa2 keledek yang bersaiz kecil yang masih banyak dibatas2 keledek.
Begitu juga jika ada yang menanam Kacang Tanah.
Kacang Tanah pun ditanam ke..?
Haaa..mak aku cakap dolu2 kat kampung nenek ramai orang tanam kacang tanah sementara menanti getah dapat ditoreh..
Lepas tu kalau musim cuti sekolah ramai kanak2 mengambil upah mencabut Kacang Tanah,menggali keledek dan memetik cili.
Mak aku pernah ker buat macam tu..
Mmm..mak aku citer masa sekolah menengah mak aku juga pernah ramai2 dengan kawan2 ambil upah memetik cili..
Banyak ke dapat upah..?
Mak aku cakap biasanya dapat rm2- rm5 jer..
Laaa...sikitnya  !
Mak aku cakap masa tu tahun 80-an nilai ringgit masih tinggi..
Rm2 sudah boleh bebeli beberapa jenis barang .
Contoh..
Contohnya hanga sekati ikan kembung baru 80 sen..Sekati gula harganya 60 sen dan dengan 10 sen sudah dapat 5 pcs gula- gula
Huh....bapak murah...
Tapi sekati tu banyak ker..?
Mak aku cakap kati tu ukuran timbangan lama tahun 80-an dan sebelumnya..
Sekati bersamaan 600gm...lebih sikit dari 1/2 kg
Ooo....
Ops..keledek..keledek mahal x..?
Haaa..mak aku kata keledek biasanya dijual secara longgok sahaja
Kentang..?
Mmm...mak aku cakap tiada orang kampung yang tanam kentang..
Kenapa..?
Mungkin kentang x sesuai ditanam di Malaysia..
Mungkin juga kos lebih tinggi atau lain2 sebab.


Kari Tulang dan Keledek
Memang sedap
Sebab daging pada tulang tu lembut
Rasa kuah dia sedap
Rasa keledek pun bila campur kuah kari makan ngan daging dia aku rasa sedap...
Mak aku kata kalau untuk masak kari masa kenduri biasanya orang kampung nenek akan potong keledek tu saiz besar dan direndam dalam air kapur sirih sebelum digunakan untuk masak kari..
Kenapa kena buat macam tu..?
Mak aku cakap untuk mengelakkan keledek hancur
Sebab keledek mudah empuk dan kalau dimasak dalam kawah memang akan selalu dikacau.
So...sebab tu keledek yang nak masak kari kenduri perlu dipotong besar2 dan direndam air kapur sirih.
Air kapur sirih tu mak aku kata akan membentuk lapisan nipis pada keledek dan mencegah keledek pecah.
Mak aku kata petua tu juga digunakan ketika nak masak SIRA LABU macam kat sini.....
Tetapi untuk masakan yang sedikit boleh sahaja memilih untuk rendam dengan air kapur atau tidak keranan masakan yang sedikit mudah dikawal



KARI TULANG DAN KELEDEK
1 kg tulang lembu+ dagingnya
2 ketul keledek oren
2 paket kecik rempah kari daging
( = 3 sudu)
1/2 kotak kecil santan
3 sudu minyak
garam

Bahan Tumis:
3 bawang merah
3 bawang putih
1 tangkai daun kari
1 batang kecil.kulitbkayu manis
2 bunga lawang
5 cengkih
5 buah pelaga
( rempah tumis boleh beli remoah sup tulang kerana dalam pack rempah sup tulang sudah ada serba sedikit whole rempah ratus untuk tumis)


1. Bersihkan tulang dan rebus hingga daging pada tulang nampak lembut dan boleh ditanggalkan dari tulang
2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis
3. Masukkan remoah kari yang sudah dibancuh dengan 1 cawan air.
4. Masak hingga naik minyak dan masukkan tulangw bersama air rebusannya. Jika air rebusan sedikit tambah sikit air supaya mendapat jumlah kuah yang diingin.
5. Tambah keledek yang sudah dipotong dan masak hingga mendidih dan kelwdek empuk
6. Tambah garam dan santan pekat
7.Perlahankan api dan biar mendidih perlahan beberapa minig supaya kuah naik minyak dan cantik
8. Sesuaikan rasanya

 Rulang sedang direbus..
Mak aku cakap ni tulanv yang tak tahu bila nyer stok
Ssbab tengah beku keras dalam freezer..
Haaaaa...kalau bukan tulang yang Pakcik beli mesti ni tulang lembu qurban..
Tapi tak tahu qurban tahun ni atau tahun lepas..
Hahahaha...


Tulang dan daginga yang dah siap rebus
Rebus dalam multy cooker..
Hahahaha...rice cooker lah..
Kalau rabus....semua mak aku gunakan rice cooker..
Rebus tulang,daging,kacang bubur, ketupat,keledek, sup semua dalam rice cooker..


Kari Tulang dan Keledek ni lah jadi bekal aku hari Selasa..
Heee ...dah citer pasal bekal ni dalam post  sebelum ni...BEKAL MANGKUK TINGKAT 2 ....kat sini....
Sedap tau Kari Tulang ngan Keledek ni..
Keledek ni swlain masak Kari ngan Tulang...
Mak aku pernah masak...
 KARI KELEDEK DENGAN SALMON  kat sini...
SUP AYAM + KELEDEK kat sini...
Semua sedap...
I like sweet potato....!


6 comments:

  1. salam,

    sedapnya.. i suka kari daging... lembu.. not kambing..hehehe
    tak pun buat asam pedas letak langkuas. makan dengan kobis goreng campur carrot dan ikan masin. sedap untuk kari daging atau kari tulang lembu atau asam pedas daging lembu atau tulang lembu dan tetel.
    tak pun buat soup atau masak singgang..

    kat sini keledek dianggap vege.

    kat negara kita... kalau diabetic... dinasihatkan kena makan ikut portion kerana nasi.. naikkan gula dalam badan ...dan keledek pun sama. menaikkan gula dalam darah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..
      Heeee...Sis nor memang suka kari kan...
      Gang mak kiter ngan nenek ler tew..
      Hehehe...kite rpun suka
      Asam Pedas pun kiter suker..
      Mmm.....dah lama mak kiter x masak Asam Pedas
      Tapi kiter suka keledek..
      Goreng pun sedap

      Delete
  2. keledek gebhuih cicah ikan masin.. keledek goreng cicah cili kicap bawang.. cuka... sedap...

    ReplyDelete
  3. Keledek bakaq Pon best.. CT

    ReplyDelete