Friday, 28 December 2018

AYAM MASAK KICAP BERCILI

Ayam Masak Kicap Untuk Kakak
haaaa....saper cakap mak aku ikut taste aku jew..
Ini untuk kakak nyer...
Hari sabtu nyer lunch untuk kakak
Sebab kakak x balik
Tapi kakak minta mak aku hantar kasut ..
Dahtu xkan nak hantar kasut jer
Mestilah dengan nasi sebab hantar waktu lunch
hahahaha.....
Yang pasti ni dari draff beberapa minggu dah
Aku pun dh lupa tarkh
Tapi sebab dah tulis half way
Sebab tu tahu hari Sabtu & nak hantar kat kakak
Semak draff..
Jumpa draff yang ni dah tulis separuh..
Sambubg jer skit
dah boleh post


Actually hari ni bz
Tak boleh nak tulis banyak
Just nak publish dulu yang ni



AYAM MASAK KICAP PEDAS
½ ekor ayam - potong kecik & gaul garam kunyit
2 biji kentang-potong wedges dan goreng hingga masak
½ cawan cili blend
½ cawan kicap pekat manis
½ cawan air asam jawa cair
½ cawan air
¼ cawan minyak
2 sudu sos tiram
1 sudu rempah soto@ serbuk rempah sup adabi
½ bawang besar
1 cili merah + cili padi
daun bawang

Bahan Tumis:
1 kulit kayu manis( saiz kecil0
5 buah pelaga
1 bunga lawang
5 bunga cengkih
1 daun pandan

1. Ayam digaul garam dan serbuk.kunyit
2. Goreng ayam sekadar untuk baginmasak..Tak perlu garing
3. Kentang potong wedges dan goreng
4. Panaskan 3 sudu minyak dak tumis rempah masak kicap..Kalau xde rempah masak kicap gantikan dengan rempah tumis sup tulang.
5. Masukkan bahan blend dan masak hingga naik minyak
6. Masukkan kicap manis dan pes asam jawa yang dibancuh bersama 1 gelas air..biar mendidih.Masukkan juga cili padi
7. Masukkan ayam goreng dan kentang goreng..
8. Bila nampak pekat sesuaikan easanya..
9. Sebelum matikan api masukkan bawang besar,daun sup dan daun bawang





Tumis bahan blen hingga naik minyak


Masukkan ayam goreng  & kicap


Bawang & tomato

Daun bawang supaya nampak colourfull & ffesh
Ok bye

No comments:

Post a comment