Thursday 20 December 2018

KARI IKAN KERING TUMIS DARAT

 Kari Ikan Kering Tumis Darat...
Tumis Darat tu apa..?
Mmm...mak aku kata Tumis Darat tu maksudnya  tumis selepas kari dah masak
Mmm...camaner tu..?
Mak aku kata selalunya kalau masak kari memang akan ditumia bawang dan rempah kari hingga naik minyak baru masukkan santan untuk kuah
Tapi Kari Tumis Darat akan dimasak kuah dahulu
Dan bahan tumis akan ditumis berasingan dan dimasukkan dalam kari yang dah masak
Mmm.....kalau dengar maknaku citer memang aku x boleh imagine..
So....jom tengok camaner Kari Ikan Kering Tumis Darat tu...


 Kari ni mak aku kata guna Ikan Haruan Kering
Nenek.kata sekarang ni.musim.memancing Ikan Haruan plak..
Dalam peti ais tu dah berbekas2.ikan haruan kering yang nenek dah siapkan
Nenek.kata lepas.digaram dan dijemur kering elok simpan dalam peti ais supaya tahan lama

KARI IKAN KERING TUMIS DARAT
4 ekor ikan haruan kering (@ ikan kering lain)
10 biji terung hijau
( boleh ganti 3 terung bulat purple)
1 paket kecil serbuk kari ikan
1 kotak kecil santan
4 cawan air
1 asam keping
1 sudu teh garam

Bahan Tumis:
3 bawang merah hiris
3 bawang putih hiris
1 sudu teh halba campur ( jika suka)
1 tangkai dau kari
2 sudu besar minyak

1. ikan kering dipotong2
2. Dalam periuk bancuh rempah lari dengan 4 cawan air dan 1/2 kotak santan
3. Masukkan ikan mering,terung ke dalam bancuhan kari dan santan tadi
4. Masak hingga mendidih dan ikan serta terung empuk
5. Tambah garam dan asam keping serta baki santan pekat. biar mendidih atas api perlahan
6. Panaskan minyak dalam kuali dan tis semua bahan tumis hingga harum dan garing
7. Tuangkan semua tumisan bersama minyaknya kedalam kari yang sedang mendidih perlahan.
8. Cepat2 tutup periuk kari supaya semua bau tisan diserap oleh kuah dan matikan api
9. Biarkan 5-10 minit baru penutup.kari dibuka dan dan dikacau

** Pesan maknaku Kari Tumis Darat ni hanya sesuai untuk  Kari Ikan Kering  dan kari seafood
Kalau kari ikan segar ..ayam.dan daging lebih swshai Kari Tumis Biasa


Kari Ikan Kering Tumis Darat swlepas dibiar 10 minit
Bau dia aummmmm....
Kalau balik Kedah memang nasi jadi sarapan..lunch & dinner..
Haaha....jangan peliks
Lagi 1 kalau balik Kedah jangan bangun lewat..
Tidur awal xper..
Kalau xleh solat pun jangan bangun lambat
Pagi2 memang sarapan & lunch dah siap
Mak aku plak bangun je pagi terus masak sarapan & terus masak nasi dan lauk untuk lunch sesiap..
Ni mak aku masak Kari Ikan Kering Tumis Darat ni hari Ahad lepas balik dari Kulim..
Nenek nak gi pasar beli ikan
Tapi mak aku cakap x payah bekinikan sebab nak Kari Ikan Kering Tumis Darat ni

 Ni Terung Hijau
Fresh baru petik


Nenek yang tanam.kat belakang rumah
Ada 2 pokok sedang nerbuah
Beberapa pokok.lagi baru ditanam
Nenek kata masa beli terung ni kat Pasar nenek sengaja pilih sebijinterung yang matang sebab nak amik bjjinya untuk ditanam..
Nenek kata ni Terung Hijau Thailand yang orang buat masak Kheng Som tu
Kat pokok tu ada beberapa biji terung ni nenek biar masak sebab nak simpan bijinya untuk dijadikan biji benih
Terung ni sedap..
Isinya creamy

 Nak masak Kari Ikan Kering Tumis Darat ni mak aku kata sempoi jer sebab rebus je ikan kering,terung,rempah kari dan santan cair sampai masak..
Macam masak lemak tapi akhirnya dimasukkan bahan tumis
Actually mak aku kata Kari Ikan Kering sepatutnya lebih kuning dan kurang pedas
Kalau kat Kedah memang ada Rempah Khas untuk Kari Ikan Kering


Ni antara Serbuk Kari Ikan Kering & Seafood yang fmous kat Kedah
Mak aku cakap kalau masak kat KL mak aku guna jer serbuk kari biasa tapi + extra serbuk kunyit ..



 Kari Ikan Kering warna lebih kuning
Dimasak sampai semua dan siap dan sesuai rasa
Asam keping dimasukkan sslepas terung sudah empuk

Kemudian bawang dan daun kari serta halba campur ditumis dalam kuali hingga harum dan garing


 Semua bahan tumis termasuk minyaknya dituang kedalam kari yang sedang mendidih..
Siap ada bunyi brrrrrr....masa minyak bertemu kuah mendidih..
Hahaha...macam bunyi perut lapar..


 Cepat2 tutup supaya baunya diserap oleh kuah
Matikan apinya



Selepas beberapa minit baru penutup periuk.kari dibuka dan dikacau
Bagitulah kisahnya Kari Ikan Kering Tumis Darat...
Ok...bye

8 comments:

  1. ikan kering darat ... lama tak makan dahh ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiter pun kenal dan makan ikan sawah dan sungai sebab nenek rajin memancibg...every day nenek.akan gi sungai untuk memancing..
      Kadang nenek cakap nak balik kampung kejap..tapi sebnarnya nenek gi sungai...hehehe

      Delete
  2. best eh nenek kaki joran... seronok tau... kalau dapat memancing. kita selalu kaitkan ikan puyu, guan dan air tawar ikan sawah... padahal di tempat lain di eropah dan usa etc ikan ni ada di tasik tasik air tawar dan sungai sungai..

    macam kawan dari switzerland.. bila balik kampung dia di sana, dia pergi memancing kat tasik.. sungai.. sebab di asal dari kawasan pergunungan .. takde laut....
    tu yang masak ikan pierche fillet dan pan fry dengan butter...heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti leh ar sis nor datang Kedah ikut nenek gi mancing..
      Kiter pernah ikut tapi cepat bored nak tunggunikan makan umpan..
      Baik kiter layan hamdphone jer.hahahaha
      Tapi kalau tengok kat TV...kat negara dorang sungai & tasik bersih giler..bestnyerrr

      Delete
  3. kita tak gi memancing lagi dah.. kita nak tebar jala .. more efficient in catching and pancing buat syarat je.. kita nak tangkap ikanggggje... tebor je jala. heheheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa..kalau sis nor tebar jala memang kena sound ngan nenek la..
      Hahaha...swbab nenek pernah citer tengahancing ada orang datang datang tebar jala...nenek terpaksa blah gi cari port baru..
      Kiter pernah tanya nenek.naper x belinjala jer..
      Tapi nenek.kata x best & hanya kaki pancing yang fah.feel.memancing..
      Hahaha

      Delete
  4. Memancing memberi ketenangan dan mengajar sabar..
    Debab tu nenek awak rilek aja..tak moody. Kalau separuh nenek berleter..bising. i bet you your nenek selamba aja..tak latah hyper..
    Sebab memancing.
    Sambil memancing.. sambil tu memikirkan ..perkara.. kehidupan...

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete