Friday 7 December 2018

MUSHROOM CREAM SUP vs FRENCH BREAD

Mushroom Cream Soup & French Bread
Hari Rabu nyer
Selalunya orang buat dinner
Tapi ni mak aku masak pagi
Nak bawa bekal
Nak ikut mak aku lagi


Sedap makan kalu pans-panas


Aku suka cream soup
Clear soup pun aku suka jer



Cuma kalu cream soup sedap la ak cicah ngan roti



SUP KRIM CENDAWAN ..mak aku
2 pack cendawan shimeji- boleh guna lain cendawan
2 kiub ayam
1tin susu cair
4 cawan air
1/2 cawan cooking cram( jika perlu)
3 sudu butter/Marjerin
1 sudu makan lada hitam biji
1 tangkai daun sup + daun bawang
1 bawang Holland
2 sudu tepung gandum
1/2 sudu teh garam halus

1. Panaskan 1 sudu butter
/marjerin & tumis bawang holland cincang
2. Masukkan cendawan kacau hingga layu
3. Masukkan air,kiub ayam dan lada hitam
4. Masak hingga mendidih dan masukkan garam dan dan sup & daun bawang
5. Matikan api dan biar sup suam
6. Blend sup hingga nampak creamy
7. Dalam periuk kosong panaskan baku 2 sudu butter dan masukkan tepung gandum.
    Kacau hingga tepung gandum  sebati dengan butter
8. Tuangkan sup yang dah blend dalam campuran tepung dan butter dan kacau sentiasa supaya tidak berketul
9. Tambahkan susu cair dan kacau atas api perlahan biar mendidih sekejap sahaja sabil dikacau
10. Tambahkan cream dan matikan api.sesuaikan rasa
11. Hidagkan bersama garlic bread

*** Jangan blend ketika sup masih panas untuk mengelakkan sup bersembur


Bahan nak masak sup cendawan.
Tapi lastly cooking cream x guaan pun sebab beku keras tak sempat cair
Cream tu baki abang beli untuk masak carbonara hari tu


Idea asal nak masak Sup cendawan ni sebab hari tu aku nampak French Bread ni kat Hero
Aku cakap ngan mak aku nak makan ngan sup cendawan..
Mak aku cakap button mushroom xde kat Hero
Yang ada hanya shimeji mushroom jer
Boleh ke guna shimeji?
Mak aku cakap boleh jer apa2 mushroom
Macam masak kari la boleh jer apa2 ikan
Cuma ada ikan yang LEBIH seusi
Macam gak cendawan..
Ada cendawan yang lebih sedap dan harum bau dia
Ada cendawan yang biasa2
Tapi dah xde cendawan lain
Shimeji pun boley
Kebetulan masa ni cendawan ni agak murah
1 pack tu singgit berapa sen ntah dah lupa
French Bread tu pun x sampai 3 ringgit


Cendawan dah dipotong uang akarnya



Sup dah masak..Tengah tunggu nak bagi sejuk skit
Mak aku cakap kalau blend panas2 nanti penutup blender akan tercabut dan sup akan bersembur
Kan belajr sains...udara panas akan mengembang
Black pepper lak mak aku memang letak whole black pepper banyak laktu
Mak aku kata kali pedas dan panas skit baru hilang muak sebab sup ni berkrim


Blend soup yang dah biar sejuk sikit tu
Ikut selera nak blend kasar2 atau nak blend creamy


Panaskan baki butter dan masukkan tepung gandum
Kacau hingga sebati dan tepung menjadi masak
Masa ni tepung xkan berketul


Tambah susu cair
Lagi sedap kalau tambah cream
Tapi mak aku cakap cream tu x sempat nak defross
So just guna susu cair



Masak dengan api perlahan dan biar mendidih sekejap sahaja sambil terus kacau supaya tidak meruap



Ready to serve


Yummy

Patutnya French Bread tu sapu ngan Garlic Spread dulu
Tapi mak aku malas nak buat garlic spread..
Kalu beli readymade pun sedap jer
Tapi x ingat nak beli kat Hero

4 comments:

  1. Salam

    Murahnya shimeji ...even after sale..
    Kat cafe kantin tempat kerja...cheff buat mushroom soup dgn double cream..soup Tu pekat giler. Too rich..sampai omputih pun tak beli..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam..
      Murah ek...kat temoat sis nor mahal ker
      Huh guna double craem..double calories la..tapi mesti lagi creamy kan..
      Hahaha...omputih x beli sebab rich hadga ker...rich lemak..
      hahahaha

      Delete
  2. Tak beli mushroom soup Tu sebab too rich...pekat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti lagi sedap kan...
      Untungnya sis nor dapat tinggalkan kat negara orang..doakan kiter juga berjaya dalam axam nanti..

      Delete