Sunday, 20 December 2020

COLEK BETIK NOSTALGIA DULU-DULU

 Telah lama saya nak makan colek betik macam pernah makan masa zaman kanak-kanak dulu. Colek ni kalau kat kampung saya panggil "garam belacan". Aktiviti makan colek beramai tu dipanggil "menyicah" .Selalunya  aktiviti menyicah ni pada waktu petang sambil mak-mak atau anak-anak dara berbual beramai-ramai atas pelenggar. (orang lelaki jarang yang suka menyicah) Hihihi.. Pelenggar tu ada orang panggil pangkin. Kalau orang Johor panggil ambin? . Pelenggar ni biasanya setiap rumah akan ada sebuah dibawah pokok tepi  bendang atau tepi rumah. Paling-paling pun diletakkan di bawah rumah atau dianjung rumah yang akan jadi port bersembang. Sambil bersembang, bergosip tu lah sambil menyicah atau makan colek. Kalau musim buah remia(kundang) muda, maka buah remia lah, kalau musim buah asam jawa muda pun jadi, buah jambu, buah setoi & kebanyakan buah-buah yang masam la menjadi habuan menyicah. Paling tidak pun betik, putik nangka yang baru sebesar ibu jari pun menjadi mangsa. Putik nangka yang masih baby tu kami panggil buah "dok ghey"(mungkin bahasa Siam kot) Buah kekuk, buah larak tua pun jalan. Nak menyicah pun ada jenis garam belacan berlainan ikut sesuai buah. Kalau buah-buah masam garam belacan dia macam kuah rojak. Pekat pedas & wajib boh toyu(kicap). Pencicah macam ni pernah saya buat & Cella ada post dalam old postPENCICAH MANGGA CHIK AM... kat sini. Bila baca baru teringat sedapnya pencicah Kak Am cleaner. Kalau cicah jambu, buah atau kemuyu, garam belacannya kena berderai & jangan letak kicap. Hanya tumbuk cili, garam, belacan & letak banyak gula.(garam belacan ni  macam yang dijual bersama limau bali & buah bidara @ Thailand).Garam belacan colek tu  saya cari ada dalam old post Cella sebelum ni dalam entri  PENCICAH MANGGA MUDA... kat siniKalau cicah buah kekuk(rekup) & buah larak yang kelat tu garam belacan ditambah sikit cuka untuk kirangkan kelat. 


 Kalau betik & mumbang kelapa memang cicah garam belacan air asam macam ni la.Betik semua pun tau kan. Mumbang nyoq/kelapa tau dak? Mumbang kelapa tu actually tempurung kelapa yang belum keras. Kadang bila kait kelapa muda yang terlalu muda lagi, dalamnya hanya ada air. Isi kelapa belum jadi. Lapisan yang sepatutnya akan jadi tempurung tu masih lembut dan rapuh. Itu yang dinamakan mumbang kelapa. Pun jadi bahan untuk menyicah.Dikorek dengan camca(sudu) berkeping-keping. Oleh kerana mumbang kelapa & betik ni ada tekstur rangup & tiada rasa masam, maka garam belacan air asam ni lebih sesuai la sebab ada sikit masam dari asam jawa. 



Kalau nak menyicah betik, sedap kalau betiknya mengkal dan rapuh. Kalau betik masak tak sesuai dah. Kalau betik muda sangat tawar la pulak. 


Betik tu hiris sederhaana tebal. Jangan nipis sangat dan jangan tebal sangat


COLEK BETIK NOSTALGIA. 
10 cili padi merah dan hijau
1sudu teh garam halus
4 sudu gula
1sudu teh asam jawa Adabi
Belacan sebesar ulas bawang putih(agak2) 
1/4 cawan air

1. Bancuh air asam, gaul garam, gula, belacan d lenyek hingga pekat. 
2. Patah-patahkan cili padi & lenyek dalam sos campuran air asam tu. 
3. Sesuaikan rasa, masam, masin&manisnya. 

**Sesuai cicah betik, mumbang kelapa & pisang kapas tua yang belum masak

Kalau zaman kanak-kanak ada seorang sepupu saya lelaki. Kami panggik abang Jik. Memang selalu buatkan  garam belacan air asam ni untuk dicicah dengan pisang kapas yang sudah tua tapi belum masak. Pisang tu disiat kulit macam nak masak gulai tu. Dihiris bulat-bulat sederhana nipis dan cicah garam belacan air asam ni.Masya Allah sedap sangat air tangan abang Jik kalau dia dia buat garam belacan air asam ni. Bila sesekali berziarah ke rumah abang Jik, kekadang  teringin nak rasa air tangannya macam dulu. Tapi sekarang dunia sudah berubah. Fizikal, mental d persekitaran sudah berlainan sama sekali. Semua sudah semakin tua & beranak cucu. Alam sekitar juga sudah berbeza








2 comments:

  1. Akak sebenarnya colek betik ni dah tua2 baru pandai makan sebab lagi budak2 dulu memang tak pernah makan .Garam belacan tu pun dah tua2 baru tau sebab kalau pencicah kami dulu simple je sekadar kicap gula dah cili.
    Yang pisang muda pun arwah mak mertua yang ajar makan dengan cicahan air asam buat ulam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun tau garam belacan yer.. Hihihi. Bagi yang kaki menyicah memang syok tengok depa lawan menyicah. Saya kalau jenis-jenis masam setakat sesuap boleh la.Suka tapi gigi tidak tahan. Ngilu. Orang Kedah kata seriau gigi..hihihi
      Pisang muda sedap kan sesekali buat ulam

      Delete